Terhadap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 05:19:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terhadap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Buat kajian, bacaan sebelum lontar kenyataan tidak berasas terhadap Pelan Pembangunan SMJ – Nizam https://sabahmedia.com/2024/03/21/buat-kajian-bacaan-sebelum-lontar-kenyataan-tidak-berasas-terhadap-pelan-pembangunan-smj-nizam/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/buat-kajian-bacaan-sebelum-lontar-kenyataan-tidak-berasas-terhadap-pelan-pembangunan-smj-nizam/#respond Thu, 21 Mar 2024 05:19:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51370
Read Time:2 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Pusat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengingatkan Datuk Suhaimi dan pasukan pembangkang di negeri ini supaya melakukan kajian dan bacaan sebelum melontarkan kenyataan yang tidak berasas terhadap Pelan Pembangunan SMJ.

Ini bagi menjawab kenyataan yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa rakyat ingin tahu akan status Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan sejak 2021.

Nizam berkata, kerajaan telah menghebahkan maklumat berkaitan kejayaan SMJ melalui wakil-wakil rakyat dan kementerian-kementerian.

“Selain itu, hebahan maklumat turut dilakukan menerusi agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, Unit Pembangunan dan Pemimpin Masyarakat (UPPM), pejabat-pejabat wakil-wakil rakyat dan unit media kelolaan kerajaan, termasuklah media digital.

“Cara termudah untuk mengakses maklumat berkenaan SMJ adalah melalui laman web rasmi: https://smj.sabah.gov.my/
,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Nizam turut menjelaskan, antara rangkuman pencapaian SMJ meliputi hala tuju kemajuan dan pembangunan 2021-2025 termasuklah pencapaian dan keberhasilan menyelesaikan kemudahan asas terutama berkaitan bekalan air dan tenaga elektrik.

“Bagi hal berkaitan jalan raya, sudah tentu ia berkaitan proses menyiapkan Pan Borneo, sementara projek berkaitan jalan-jalan yang di luar Pan Borneo, kebanyakannya sedang berada pada fasa pembinaan.

“Melalui persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, kerajaan juga telah menjawab perihal berkaitan status projek-projek kerajaan melalui jawapan secara lisan atau bertulis.

“Seandainya ahli Parlimen Libaran merangkap ADUN lantikan, Datuk Suhaimi Nasir meluangkan masa mengikuti maklumat yang diberikan melalui medium yang saya telah nyatakan, sudah tentu beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan tersebut,” tegas Nizam.

Menurut Nizam lagi, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat penting, wakil rakyat seperti Datuk Suhaimi mempunyai tanggungjawab untuk mencari maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Untuk pengetahuan Datuk Suhaimi, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menurunkan kadar miskin tegar di Sabah menjelang penghujung tahun ini.

“Antara usaha yang sedang berjalan adalah memberi bantuan modal perniagaan, menyediakan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, dan memberi peluang pekerjaan untuk anak-anak miskin tegar di Sabah. Kelompok miskin tegar dalam sistem e-Kasih adalah golongan sasar yang akan dibantu,” jelasnya.

Selain membasmi kemiskinan, Nizam berkata, kerajaan negeri juga telah melancarkan Sabah Energy Roadmap & Master Plan 2040 pada bulan September 2023. Usaha ini untuk kerajaan beralih daripada kebergantungan sumber tenaga tidak boleh diperbaharuhi kepada rangkaian sungai di Sabah.

“Hidroelektrik adalah kunci kepada aspirasi tenaga boleh diperperbaharuhi di Sabah. Pada tahun 2022, kapasiti hidro di Sabah ialah 102MW, memberi sumbangan hanya 4% kepada penghasilan tenaga campuran di Sabah.

“Untuk meningkatkan kapasiti hidro di Sabah, pembinaan Projek Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom bernilai RM4bilion dengan kapasiti 187.5MW dilaksanakan, dan projek ini dijangka siap pada tahun 2029. Selain menyumbang tenaga, ia juga berpotensi menyumbang bekalan air 6000MLD,” katanya.

Tambah beliau lagi,
untuk menstabilkan bekalan air, kerajaan telah meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Telibong 1dan 2 sebanyak 130 sehingga 180 MLD dan mampu membekalkan air di kawasan Kota Kinabalu Utara, Tuaran, KKIP dan UMS.

“Kerajaan turut meningkatkan kapasiti bekalan air di Loji Rawatan Air Kogopon di Papar kepada 80 MLD untuk kawasan Papar, Kimanis sehingga ke Selatan Kota Kinabalu. Projek ini telah bermula lima bulan lepas, dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Apa yang saya sebutkan ini adalah sebahagian daripada kejayaan-kejayaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, semua maklumat ini adalah maklumat awam yang boleh diakses melalui platform yang saya sebutkan – terutamanya laman web rasmi SMJ.

“Saya berharap selepas ini Datuk Suhaimi dan pasukan pembangkang akan melakukan sedikit kajian dan bacaan sebelum melontarkan kenyataan yang tidak berasas,” tegas Nizam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/buat-kajian-bacaan-sebelum-lontar-kenyataan-tidak-berasas-terhadap-pelan-pembangunan-smj-nizam/feed/ 0 51370
Pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan wanita memacu perkembangan ekonomi negara – Redonah https://sabahmedia.com/2023/10/15/pengiktirafan-kerajaan-terhadap-sumbangan-wanita-memacu-perkembangan-ekonomi-negara-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/10/15/pengiktirafan-kerajaan-terhadap-sumbangan-wanita-memacu-perkembangan-ekonomi-negara-redonah/#respond Sun, 15 Oct 2023 02:05:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43645
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyifatkan Belanjawan 2024 yang melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita kembali bekerja sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan golongan itu kepada negara.

Ketuanya, Datuk Redonah Bahanda berkata, pengecualian cukai yang diteruskan sehingga 31 Disember 2027 itu menjadi insentif atau galakan kepada wanita untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

“Adalah diharap dengan pengumuman itu akan meningkatkan penyertaan wanita untuk kembali aktif bekerja dalam mana-mana sektor yang bersesuaian.

“Peranan dan tenaga wanita amat penting bukan sahaja membantu pendapatan suami dan keluarga tetapi juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024 bahawa kerajaan melanjutkan pengecualian cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027.

Redonah dalam pada itu turut menyambut baik keputusan kerajaan meningkatkan had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak daripada RM2,400 kepada RM3,000.

Sementara mengulas mengenai peruntukan RM1.2 bilion kepada orang kurang upaya (OKU), Redonah berharap nasib golongan berkenaan akan lebih terbela baik dalam aspek kebajikan, pendidikan atau peluang pekerjaan.

“Kita berharap peruntukan ini dapat membuka peluang melatih OKU dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai termasuk dalam bidang keusahawan.

“Sementara bagi OKU yang terlantar dan tidak upaya bekerja pula kebajikan mereka lebih terjamin khususnya dalam aspek penjagaan, makanan dan ubatan,” katanya.

Mengenai peruntukan RM6.6 biion untuk negeri Sabah, Redonah berkata kenaikan peruntukan pembangunan kepada RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2024 sebagai manifestasi dokongan Kerajaan Perpaduan untuk menyeimbangkan pembangunan di antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Secara keseluruhannya beliau menyifatkan Belanjawan 2024 sebagai ‘belanjawan merakyat’ kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan.

Katanya, intipati Belanjawan 2024 jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan yang menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/15/pengiktirafan-kerajaan-terhadap-sumbangan-wanita-memacu-perkembangan-ekonomi-negara-redonah/feed/ 0 43645