Terhadap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Oct 2023 14:01:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terhadap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Serangan peribadi terhadap Hajiji bermotifkan politik, berniat jahat https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/#respond Tue, 10 Oct 2023 14:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43441
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri Sabah mengenai isu permohonan tanah di Pulau Balambangan, Kudat itu secara jelas bermotifkan politik dan berniat untuk mencalarkan imejnya yang begitu bersih, kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau turut menyifatkan keperibadian dan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor yang lemah lembut dan tidak pandai menghentam pihak lawan menyebabkan beliau diserang secara peribadi.

Katanya, keperibadian yang begitu baik tidak mungkin akan bertindak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Saya cukup kenal keperibadian Ketua Menteri. Saya percaya beliau tidak akan berani dan tergamak menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Jika benar berlaku salah guna kuasa seperti didakwa, buat sidang media secara terbuka. Jangan berselindung di sebalik media sosial dimana identiti pihak menuduh tidak dikenali.

“Tuduhan berniat jahat sebegini adalah satu tindakan tidak wajar dilakukan oleh pembangkang,” kata Pandikar Amin pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, proses permohonan tanah oleh ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Thomas Ha itu dibuat secara telus melalui proses undang-undang yang sah. Ahli perniagaan itu melihat Pulau Balambangan berpotensi untuk pembangunan industri penternakan maka, beliau mengemukakan permohonan tanah mengikut prosedur sedia ada.

Katanya, memang terdapat sebahagian tanah untuk pembangunan industri silika di Pulau Balambangan namun, perjanjian yang ditandatangani antara anak syarikat Yayasan Sabah dan syarikat dari Sarawak semasa pemerintahan Parti Warisan telah dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat tertentu.

“Sekiranya gambar Ketua Menteri bersama Thomas Ha menjadi kayu pengukur tentang kredibilitinya sebagai pemimpin, harus diingat Thomas Ha juga pernah bergambar bersama Mohd Shafie Apdal semasa beliau menjadi Ketua Menteri.

“Sedangkan pemimpin itu ada kalanya kenal mahupun tidak dengan orang yang bergambar bersamanya jadi, janganlah pemimpin bergambar dengan sesiapa,” katanya.

Pandikar Amin juga mahu agar siasatan dilakukan terhadap individu yang membocorkan dokumen sulit kerajaan sehingga ia ditularkan dalam laman media sosial.

Katanya, politik itu berkisar kepada persepsi atau sangkaan buruk maka, wajar laporan polis dibuat dan mudah-mudahan kebenaran sebenar akan terungkai.

Beliau yakin apa juga tindakan dibuat oleh Hajiji, segala tindakan dibuat adalah mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/serangan-peribadi-terhadap-hajiji-bermotifkan-politik-berniat-jahat/feed/ 0 43441
Tindakan akan diambil terhadap ketua jabatan yang tidak mesra pelabur – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/06/16/tindakan-akan-diambil-terhadap-ketua-jabatan-yang-tidak-mesra-pelabur-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/06/16/tindakan-akan-diambil-terhadap-ketua-jabatan-yang-tidak-mesra-pelabur-hajiji/#respond Fri, 16 Jun 2023 07:48:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36492
Read Time:2 Minute, 7 Second

TUARAN: Tindakan akan diambil terhadap mana-mana ketua jabatan yang didapati menghalang usaha Kerajaan Negeri untuk membawa masuk pelabur ke negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata terdapat keadaan di mana ketua jabatan didapati secara unilateral mengenakan peraturan mereka sendiri untuk pelabur yang berminat untuk melabur di Sabah.

“Dengan berbuat demikian, mereka telah menghantar isyarat yang salah kepada pelabur ini yang kemudiannya menjauhkan diri daripada mengejar kepentingan pelaburan di negeri ini.

“Saya sedang memerhati dan jika ini berlaku, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,” katanya.

Berucap pada majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan kepada 19 Ahli Majlis Daerah Tuaran bagi penggal 2023/2025 di Shangri-La’s Rasa Ria Resort di sini hari ini.

Hajiji berkata peranan ketua jabatan itu adalah untuk memudahkan pelaburan.

“Jika semuanya teratur, tidak perlu menyusahkan pelabur,” katanya sambil menambah Kerajaan Negeri hari ini mesra pelabur.

“Kami mahu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat, sebab itu kami membawa masuk lebih ramai pelabur ke Sabah,” katanya sambil menambah dalam tempoh dua tahun lepas, jumlah pelaburan yang diterima Sabah berjumlah lebih RM30 bilion.

Menurut Hajiji, yang terbaru ialah Esteel Group yang berpangkalan di Singapura membawa masuk jumlah pelaburan AS2 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Bukan sahaja ia mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat kita tetapi ia juga mewujudkan spin-off ekonomi yang besar,” katanya.

Pelaburan Esteel akan menghasilkan HBI (Hot Briquette Iron) & keluli rata di SOGIP untuk Fasa 1, diikuti dengan pelaburan berbilion dolar untuk menghasilkan produk keluli hijau dalam fasa berikutnya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri menggesa semua ahli majlis daerah memainkan peranan mereka dan melaksanakan tanggungjawab mereka ke tahap yang terbaik.

“Peranan ahli majlis sebagai sebahagian daripada kerajaan tempatan adalah penting, khususnya dalam memastikan pembangunan di kawasan masing-masing dilakukan dengan betul dan sistematik.

“Jangan leka. Pantau pembangunan di kawasan anda dengan baik bagi mengelak ia menjadi pembangunan ‘rojak’,” katanya.

Beliau berkata, bagi ADUN Tuaran, mereka perlu memanfaatkan kedudukan daerah yang berhampiran dengan Ibu Negeri dengan memastikan limpahan pembangunan dapat dirasai oleh penduduk di daerah itu.

Hajiji menggesa semua ahli majlis dan pengurusan pihak berkuasa tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) supaya peka dan proaktif dalam melaksanakan dasar kerajaan selain boleh berfikir di luar kotak.

“Pastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dalam urusan mereka dengan kerajaan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, wakil rakyat Tuaran, Setiausaha Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jamili Nais dan Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/16/tindakan-akan-diambil-terhadap-ketua-jabatan-yang-tidak-mesra-pelabur-hajiji/feed/ 0 36492
Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/#respond Tue, 18 Apr 2023 22:32:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33020
Read Time:3 Minute, 23 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony kerana memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sembilan tahun lepas.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Peter, 52, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam S. Devanandan yang mewakili Peter untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan sabitan terhadap anak guamnya sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada Jun tahun lepas, Peter memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Hakim Azura Alwi selepas mendapati dia bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu membayar denda RM50,000.

Hakim Ahmad dalam penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa saksi pendakwaan ketiga (SP3) Mohd Shukur Mohd Din, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S. Omang (SP8) dan bekas Pendaftar UMS Datuk Abdullah Mohd Said (SP9) bukan rakan sejenayah perayu.

“Mahkamah juga mendapati tiada sebab untuk saksi-saksi ini berbohong dan saling menyokong antara sama lain kerana mereka menjadi mangsa yang diperdaya serta dipergunakan oleh perayu (Peter). Keterangan mereka konsisten yang beranggapan P2 (surat sokongan) adalah untuk kepentingan UMS bagi maksud ‘perkongsian pintar’ dan bukan untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata SP8 dan SP9 telah mendapatkan kepala surat kosong daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah (SP1) dan kemudian SP3 menaip draf surat sokongan namun tajuk pada kepala surat itu tidak ditaip oleh SP3.

“Keterangan juga menunjukkan beberapa surat sokongan telah dibuat perayu dan SP8, SP9 dan SP3 juga telah memberi surat sokongan seperti diminta perayu. Ketiga-tiga saksi ini kemudian berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk meminitkan surat sokongan itu,” katanya.

Hakim Ahmad berkata hakim Mahkamah Sesyen (HMS) tidak terkhilaf dan mahkamah juga bersetuju dengan dapatan hakim itu bahawa perayu memalsukan dokumen sedangkan perayu mengetahui projek itu dibuat melalui tender terbuka.

“Mahkamah bersetuju bahawa pembelaan perayu difikirkan kemudian yang akhirnya membawa bencana kepada perayu. Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada dan mengambil kira hujahan kedua-dua pihak serta meneliti eksibit, mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan oleh itu, mahkamah menolak rayuan perayu,” kata hakim itu.

Terdahulu, Devanandan memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh hakim bicara yang dianggap agak keterlaluan mengambil kira sumbangan diberikan perayu kepada rakyat Sabah.

“Perayu seorang menteri di Sabah sebelum dituduh di mahkamah dan beliau banyak memberi sumbangan pada rakyat di negeri itu selain memberi projek dan program untuk penuntut UMS menjalani latihan di syarikat perayu.

“Mahkamah juga perlu pertimbangkan faktor perayu yang merupakan pesalah pertama,” kata peguam itu yang turut memohon supaya mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Menurut peguam, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata tidak dinafikan bahawa perayu seorang terpelajar dan banyak memberi sumbangan di Sabah dan perkara itu telah diambil kira oleh hakim bicara sebelum menjatuhkan hukuman.

“Denda RM50,000 itu celah gigi perayu sahaja. Oleh itu, saya mohon hukuman penjara dan denda dikekalkan kerana ia tidak terlalu tinggi,” katanya.

Wan Shaharuddin juga tidak membantah permohonan peguam untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara kerana perayu tidak pernah menimbulkan masalah semasa prosiding kesnya di Mahkamah Sesyen.

“Perayu mesti diberi peluang untuk merayu dan pihak kami tidak membantah permohonan peguam itu,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/sabitan-dan-hukuman-penjara-tiga-tahun-denda-rm50000-terhadap-peter-anthony-kekal/feed/ 0 33020
MARA Tidak Berkompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Pelajar MRSM https://sabahmedia.com/2021/12/10/mara-tidak-berkompromi-terhadap-sebarang-salah-laku-pelajar-mrsm/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/mara-tidak-berkompromi-terhadap-sebarang-salah-laku-pelajar-mrsm/#respond Fri, 10 Dec 2021 08:09:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9696
Read Time:53 Second

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media susulan penularan kandungan video membabitkan pelajar sebuah sekolah berasrama hari ini.

Tambah Mahdzir, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA, jika video yang tular adalah benar.

Pihak MARA juga tegas Mahdzir, tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.

Selain tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/mara-tidak-berkompromi-terhadap-sebarang-salah-laku-pelajar-mrsm/feed/ 0 9696
PBS Sambut Baik Sokongan PH Terhadap Kerjasama Bipartisan https://sabahmedia.com/2021/09/14/pbs-sambut-baik-sokongan-ph-terhadap-kerjasama-bipartisan/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/pbs-sambut-baik-sokongan-ph-terhadap-kerjasama-bipartisan/#respond Tue, 14 Sep 2021 12:11:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6323
Read Time:1 Minute, 35 Second

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik keputusan Pakatan Harapan untuk menyokong cadangan kerajaan bipartisan bagi mencapai kestabilan dan transformasi politik di negara ini.

Pada dasarnya, keputusan kerjasama bipartisan telah berakhir sejak ia dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga minggu yang lalu.

“Sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah, saya juga turut terlibat dalam usaha menghulurkan jemputan kepada Ahli Parlimen DAP, PKR, dan Warisan Sabah untuk menyertai kerjasama transformasi ini, tetapi mereka menolak.

“Walaupun keputusan pembangkang untuk menyertai kerjasama ini lewat tiga minggu, namun ianya “lebih baik lewat daripada tiada,” kata Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Isnin lalu, pihak kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PH dan merupakan satu kerjasama menitik berat semangat Keluarga Malaysia, dan merangkumi mengukuhkan rancangan untuk memerangi Covid-19, transformasi pentadbiran , reformasi Parlimen, memastikan kebebasan dalam sistem kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

“Saya mengalu-alukan kesediaan pihak PH untuk menerima prinsip-prinsip yang dipersetujui dalam MoU, terutama hal berkaitan MA63, undang-undang lompat parti, mengurangkan had tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun, dan mengurangkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

“Walau bagaimanapun, dalam hal ini, PBS tidak menyokong penuh pendaftaran automatik pengundi sehingga daftar pemilih di Sabah dibersihkan dari Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Kami sedia bekerjasama dengan PH, terutama isu berkaitan MA63 yang tidak disentuh pihak PH semasa mereka berkuasa, contohnya seperti isu PATI di Sabah, pemberian dokumen secara meragukan yang tidak dapat diselesaikan, status warga asing yang memegang sijil IMM13, Kad Burung-Burung, dan Sijil Bancian, serta isu kemiskinan dan jurang perbezaan pendapatan ketara di Sabah, terutama di luar bandar Sabah,” katanya.

Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, turut hadir pada upacara menandatangani MoU itu, mengatakan bahawa beliau sempat duduk dan beramah mesra dengan ahli parlimen pembangkang Sabah.

“Pendirian kami di PBS berbeza dari pembangkang dari segi idea, perjuangan politik, dan konsep berbilang kaum,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/pbs-sambut-baik-sokongan-ph-terhadap-kerjasama-bipartisan/feed/ 0 6323