Terima kasih SPR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Nov 2022 10:14:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terima kasih SPR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Terima kasih SPR dan pihak berkuasa – Raime https://sabahmedia.com/2022/11/15/terima-kasih-spr-dan-pihak-berkuasa-raime/ https://sabahmedia.com/2022/11/15/terima-kasih-spr-dan-pihak-berkuasa-raime/#respond Tue, 15 Nov 2022 10:14:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24658
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN ) Sabah merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa dalam pelaksanaan proses pengundian awal yang berjalan lancar di seluruh negeri hari ini.

Ketua Penerangan Barisan Naisonal (BN) Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, pihaknya turut menghargai semua jentera kempen BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana kerjasama dalam mengurus pelaksanaan pengundian awal.

“SPR dan pihak berkuasa sangat berkerjasama, kita akan meneruskan momentum ini sehinggalah proses tarikh undi pada 19 November hadapan, kita amat menghargai proses yang berjalan lancar dalam undi awal diadakan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raime berkata, disiplin yang ditunjukkan pada hari ini perlu diteruskan momentumnya sehingga garis penamat dan kerja keras harus ditingkatkan bagi meningkatkan jejak pengundi.

Untuk rekod, hari ini, seramai 21,432 tentera, polis dan pasangan di Sabah menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/15/terima-kasih-spr-dan-pihak-berkuasa-raime/feed/ 0 24658