terima kunjungan hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Jul 2023 02:02:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terima kunjungan hormat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan hormat deligasi MPN PKR Sabah https://sabahmedia.com/2023/07/05/hajiji-terima-kunjungan-hormat-deligasi-mpn-pkr-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/hajiji-terima-kunjungan-hormat-deligasi-mpn-pkr-sabah/#respond Wed, 05 Jul 2023 02:02:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37717
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Deligasi itu diketuai oleh Pengerusi MPN, Datuk Dr. Sangkar Rasam.

Turut serta ialah Naib Pengerusi MPN, Joseph Alex Chang dan Romansa Lamin, Setiausaha, Simsudin Sidek, Setiausaha Pengelola, Sahrudin A.Harol, Ketua Wanita Sabah, Noriha Yakub dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil.

Menurut Sangkar, kunjungan itu bertujuan mempekenalkan MPN PKR Sabah kepada Hajiji selain memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman
yang sedia terjalin diantara MPK PKR Sabah dan Ketua Menteri.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdul Rahman Yakub.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/hajiji-terima-kunjungan-hormat-deligasi-mpn-pkr-sabah/feed/ 0 37717
Hajiji mula bertugas, terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/#respond Tue, 09 May 2023 08:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34063
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mula bertugas selepas menjalani pembedahan “gallstone”, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah baharu, Datuk Jauteh Dikun di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, dekat sini.

Jauteh 57, dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa 2 Mei 2023 bagi menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bersara pada 31 Mac lalu.

Dalam taklimatnya kepada Hajiji, Jauteh memaklumkan tentang program, rancangan, operasi dan isu yang dihadapi oleh pasukan polis di Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Jauteh sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dan Shahurinain sebagai Timbalan Pesuruhjaya, yakin mereka dan pasukan polis mampu memastikan tahap keselamatan Sabah kekal terpelihara dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Beliau memberi jaminan kepada Jauteh, Kerajaan Negeri akan membantu memudahkan pembinaan lebih banyak pondok polis dan juga operasi keselamatan di seluruh negeri.

Jauteh berterima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas sokongan padu yang
diberikan kepada pasukan polis selama ini.

Mengiringi Jauteh dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah
baharu, Deputi Komisioner Shahurinain Jais, Ketua Cawangan Khas (KCK), SAC
Datuk Mohd Salleh Yahya, Ketua Jabatan Pengurusan (KJP), SAC Nik Md Zain Nik
Omar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ), SAC Azmi Abdul Rahim dan Ketua
Jabatan Logistik, ACP Datin Laila Sagir.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/09/hajiji-mula-bertugas-terima-kunjungan-hormat-pesuruhjaya-polis-sabah/feed/ 0 34063
Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Kewangan II https://sabahmedia.com/2023/04/14/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kewangan-ii/ https://sabahmedia.com/2023/04/14/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kewangan-ii/#respond Fri, 14 Apr 2023 10:29:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32759
Read Time:13 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Steven Sim Chee Keong di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Steven berada di Sabah dalam rangka lawatan kerja dua hari di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/14/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-timbalan-menteri-kewangan-ii/feed/ 0 32759
Ketua Menteri terima kunjungan hormat Hannah Yeoh & Duta Jepun Ke Malaysia https://sabahmedia.com/2023/02/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-hannah-yeoh-duta-jepun-ke-malaysia/ https://sabahmedia.com/2023/02/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-hannah-yeoh-duta-jepun-ke-malaysia/#respond Mon, 06 Feb 2023 08:42:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29134
Read Time:54 Second


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu, tahun lalu.

Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan
infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Hajiji (kanan) terima.kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini.- Foto ihsan JKM

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.

Ini merupakan kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji
membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya
(SMJ).

Hajiji berharap dengan hubungan baik diantara negara Jepun-Malaysia dan Sabah, lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai
pelancongan dari negara matahari terbit.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/06/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-hannah-yeoh-duta-jepun-ke-malaysia/feed/ 0 29134