Terima Kunjungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Aug 2023 10:47:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terima Kunjungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan dua Menteri Persekutuan https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/#respond Mon, 21 Aug 2023 09:16:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40461
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar.

Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir.Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.

Sementara itu, V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Amran Ahmad.

Hajiji (tengah) mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen GRS dan seorang Ahli Parlimen Bebas.

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen Bebas, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/21/hajiji-terima-kunjungan-dua-menteri-persekutuan/feed/ 0 40461
Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat KP J-KOM https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/ https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/#respond Mon, 12 Jun 2023 09:02:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36220
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Isnin.

Dr. Mohammad Agus memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi J-KOM dan berharap dapat membina hubungan kolaboratif yang baik dengan Kerajaan Negeri menerusi program-program bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani di bawah Kerajaan Perpaduan.

Katanya, melalui kerjasama yang erat antara J-KOM dan Kerajaan Sabah diharapkan dapat memastikan para pegawai J-KOM Zon Sabah memberi penerangan yang baik kepada masyarakat di negeri ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Hajiji, Abdul Rahman Md. Yakub, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Komunikasi Komuniti), Dato’ Ismail Yusop, TKP (Pengurusan), Zamri Yusoff, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Kazidi Mohd.Zainuddin dan Pegawai Penyelaras J-KOM Zon Sabah, Dr. Diana Dominic.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/12/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-kp-j-kom/feed/ 0 36220
Masidi terima kunjungan Shahelmey, bincang isu rakyat https://sabahmedia.com/2023/03/24/masidi-terima-kunjungan-shahelmey-bincang-isu-rakyat/ https://sabahmedia.com/2023/03/24/masidi-terima-kunjungan-shahelmey-bincang-isu-rakyat/#respond Fri, 24 Mar 2023 05:25:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31394
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Masidi dan Shahelmey membincangkan beberapa isu mengenai rakyat termasuk urusan penyelenggaraan dan naik taraf jalan, bekalan air dan lain-lain perkara.

Masidi berkata perkara yang secara langsung menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai seperti penyelenggaraan jalan raya dan naik taraf serta urusan bekalan air mesti dikendalikan dengan segera, bukan
dipandang ringan atau ditangguhkan yang tidak perlu.

“Saya mencadangkan mana-mana jabatan dan agensi yang terlibat dengan membaikpulih dan penyelenggaraan fasiliti awam dan infrastruktur seperti jalan raya dan air agar mencontohi sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/24/masidi-terima-kunjungan-shahelmey-bincang-isu-rakyat/feed/ 0 31394
Ketua Menteri terima kunjungan Mat Sabu https://sabahmedia.com/2023/02/09/ketua-menteri-terima-kunjungan-mat-sabu/ https://sabahmedia.com/2023/02/09/ketua-menteri-terima-kunjungan-mat-sabu/#respond Thu, 09 Feb 2023 10:35:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29296
Read Time:20 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat pertama menteri kepada Hajiji sejak menjadi anggota kabinet Kerajaan Perpaduan Persekutuan ialah pertanian, termasuk komoditi kelapa sawit, dan jaminan makanan.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/09/ketua-menteri-terima-kunjungan-mat-sabu/feed/ 0 29296