terima – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Apr 2024 06:30:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terima – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Nancy Shukri https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/ https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/#respond Mon, 08 Apr 2024 06:30:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52368
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Nancy memaklumkan Hajiji berkaitan program-program untuk memperkasakan
wanita khususnya di Sabah yang telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi dibawah kementeriannya di negeri ini.

Menurutnya, pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Malaysia (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah
melaksanakan Program Wanita Bangkit yang telah melibatkan hampir 2,000 wanita
Sabah dan Program Advokasi Akta Antigangguan Seksual di bawah Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) yang melibatkan lebih 1,000 wanita di negeri ini.

Untuk tahun ini, beliau ingin meluaskan lagi perkhidmatan KPWKM di Sabah terutamanya untuk memperkasakan wanita.

Beliau diiringi oleh Ketua Pengarah JPW Malaysia, Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail dan
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Nordina Haron.

Nancy berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program rasmi di Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/feed/ 0 52368
186 kanak-kanak, 40 pemimpin masyarakat Tempasuk terima sumbangan https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/ https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/#respond Sun, 31 Mar 2024 09:06:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51944
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA BELUD: Seramai 186 kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tahfiz sekitar Tempasuk menerima sumbangan wang tunai ketika Majlis Iftar Kasih Ramadan, anjuran Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud (Perkasih) baru-baru ini.

Pengerusi Perkasih, Datin Nursyahirah Abdullah berkata, seramai 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat juga menerima sumbangan menunaikan umrah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari ketika majlis tersebut.

“Majlis Iftar Kasih Ramadan ini adalah acara kemuncak program Jelajah Kasih Ramadan yang telah berjalan sejak awal Ramadan lalu dan seterusnya menyampaikan sumbangan tunai kepada penerima-penerima sasaran sambil meraikan anak-anak yatim dan golongan asnaf
dengan berbuka bersama mereka.

“Persatuan akan terus komited dan berbakti dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan demi memberi manafaat kepada masyarakat.

“Terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli persatuan yang bersama-sama menjayakan
majlis ini, dan juga kesungguhan semua dalam menerbitkan tiga buah buku masakan tradisional Tempasuk untuk mengumpul dana aktiviti kebajikan melalui jualan buku,” kata Nursyahirah.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Perkasih
dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Pusat Khidmat Rakyat
Tempasuk.

Dalam program ini, Perkasih mengadakan aktiviti berbuka puasa, bersahur sambil
mengagihkan sumbangan bakul makanan ke beberapa masjid di kampung-kampung sasaran sejak awal bermulanya Ramadan.

“Sebanyak RM5,000 sumbangan daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Perkasih untuk disalurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf Tempasuk, manakala Arsad memberikan sumbangan RM50,000 kepada 40 ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat yang akan berangkat menunaikan umrah pada April.

“Sebanyak RM10,000 daripada tabung Perkasih telah digunakan pada majlis ini,” tambah Nursyahirah.

Kanak-kanak yatim, asnaf dan pelajar tafiz yang menerima sumbangan tersebut adalah dari Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Pusat Pendidikan Tahfiz Muhammad Al-Fateh, SMK Taun Gusi, SMK Taun Gusi 2 dan beberapa kampung sekitar Tempasuk.

Turut hadir ketika majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Ismail Mohd Adnan; Timb Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Mohd Arif Hairal; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Wahab Sidek dan Pemimpin Pembangunan
Masyarakat Sigam Angor.

Arsad, ketika merasmikan majlis mengucapkan tahniah kepada Perkasih atas kejayaan melakukan pelbagai aktiviti sepanjang empat tahun lepas yang memberikan manfaat kepada ramai masyarakat Tampasuk.

Arsad juga menghargai usaha persatuan itu dalam menerbitkan buku resipi tradisional yang bukan sahaja memelihara warisan nenek moyang malah menjadi sumber rujukan kepada generasi akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/31/186-kanak-kanak-40-pemimpin-masyarakat-tempasuk-terima-sumbangan/feed/ 0 51944
Pelajar tajaan YBR mangsa kebakaran terima bantuan https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/#respond Sat, 23 Mar 2024 12:04:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51481
Read Time:1 Minute, 25 Second

PAPAR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyantuni seorang pelajar tajaan yang baru sahaja menerima tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU).

Pelajar berkenaan merupakan antara mangsa kebakaran dalam kejadian membabitkan kemusnahan 10 buah rumah di Kampung Laut Bongawan pada 4 Mac lalu, telah mendapat perhatian YBR.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil untuk melihat sendiri keadaan pelajar tajaan YBR, Norwardina Abd Sani, 21, yang telah kehilangan harta benda akibat kebakaran itu.

“Bantuan yang diberikan ini tidak mampu membantu mereka sekeluarga sepenuhnya, namun diharapkan sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan yang perlu ditanggung untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Selain itu sumbangan ini juga membantu untuk pembelian keperluan dan peralatan persekolahan adik-adik Norwardina yang baru memulakan persekolahan pada 11 Mac lalu,” katanya yang tampil sendiri menyampaikan sumbangan tunai di Kampung Laut Bongawan di sini, hari ini.

Syaiful berkata, YBR amat prihatin dengan musibah yang dihadapi Norwardina dan keluarga yang yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Justeru, beliau turut memohon agar mereka yang berada diluar sana tampil membantu mereka sama ada dalam bentuk bantuan tunai atau lain-lain keperluan.

“Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadan yang mulia ini dan juga mendapat lindungan dari Tuhan,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR,
Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Norwardina turut mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR
kerana sudi hadir untuk melihat sendiri keperitan yang ditanggung dan berasa amat bersyukur dengan bantuan yang telah disampaikan itu.

Pada tahun 2023, YBR memperuntukkan lebih RM335,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/feed/ 0 51481
SESB terima dua kontena menara ERS dari TNB https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/ https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/#respond Tue, 05 Mar 2024 04:00:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50550
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Usaha pemasangan Menara Pengalihan Sementara, dikenali sebagai Emergency Restoration System (ERS) di Ranau oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sebagai tindak balas pantas terhadap keperluan mendesak untuk memindahkan talian penghantaran kepada menara ERS sejak 7 Februari lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah memberi bantuan kecemasan dengan menggunakan perkhidmatan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengangkut lima kontena Menara ERS dari Selangor ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua daripada lima kontena yang dihantar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah tiba pada hari ini untuk digunakan SESB, sementara baki tiga kontena lagi dijadualkan tiba pada hari berikutnya.

Katanya, sebanyak lapan menara ERS akan dipasang oleh SESB bersama TNB dan kerja-kerja pengalihan dijangka akan siap dalam pertengahan bulan Mac ini.

“Sementara itu, kerja-kerja pembinaan menara penghantaran yang baru dijangka siap pada awal bulan April dan juga pertengahan bulan Jun tahun ini.

“SESB komited dan fokus untuk sentiasa memastikan bekalan elektrik di negeri ini kekal stabil demi keselesaan pengguna dan rakyat dan menyambut baik kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membantu mengatasi masalah ini,” kata Mohd Yaakob dalam kenyataannya hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/05/sesb-terima-dua-kontena-menara-ers-dari-tnb/feed/ 0 50550
Pasukan Kolej Komuniti Beaufort terima Anugerah Best Carving Artist di Pakistan https://sabahmedia.com/2024/02/17/pasukan-kolej-komuniti-beaufort-terima-anugerah-best-carving-artist-di-pakistan/ https://sabahmedia.com/2024/02/17/pasukan-kolej-komuniti-beaufort-terima-anugerah-best-carving-artist-di-pakistan/#respond Sat, 17 Feb 2024 09:12:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49645
Read Time:2 Minute, 54 Second

BEAUFORT: Pasukan Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (KKBS) mengharumkan nama negara apabila dinobatkan pingat emas dan perak bagi kategori Anugerah Best Carving Artist di Pakistan International Culinary Championship 2024, Musim Ke-6 di Royal Palm Golf & Country Club, Lahore, Pakistan baru-baru ini.

Acara pertandingan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Februari 2024 dianjurkan oleh Chefs’ Assiociation of Pakistan dan College of Tourism & Hotel Management (COTHM), Pakistan.

Mohd Yusoff (tiga kanan) menerima anugerah Best Carving Artist. – Foto sumber: Facebook: Pakistan International Culinary Championsip

Peserta dari pasukan KKBS diwakili Mohd Yusoff Yaakob berjaya meraih pingat emas bagi kategori Anugerah Best Carving Artist mengalahkan 700 peserta lain dari pelbagai negara yang menyertainya.

Dalam kategori sama Wisley Miriton, pelajar Sijil Kulinari KKBS menerima pingat perak, manakala Chef Madhusna dari Sri Lanka mewakili Pearl Continental Hotel Lahore menerima pingat gangsa.

Pemenang pingat gangsa Wisley Miriton. -Foto ihsan KKBS.

Keseluruhannya Malaysia berjaya merangkul lapan pingat iaitu tiga emas, dua perak dan tiga gangsa dari pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Mohd Yusoff dan Wisley masing-masing membawa pulang Rs50,000 dan Rs15,000 berserta pingat dan sijil.

Mohd Yusoff dengan hasil ukirannya. – Foto ihsan KKBS

Mohd Yusoff, 44, berasal dari Banting, Selangor telah berkhidmat di KKBS sejak 2019 sebagai pensyarah dalam bidang kulinari berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh anak didiknya Wisley, 19, berjaya menyahut cabaran mewakili kolej sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Saya bangga meletakkan nama Kolej Komuniti Beaufort , kolej kecil pendalaman bawah Sabah di pentas dunia bersama pelajar Sabah sendiri.

“Harapan saya agar kolej ini secara konsisten dapat melahirkan pelajar-pelajar Sabah yang berkualiti bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Mohd Yusoff , antara kejayaan-kejayan yang telah diperolehi bersama pelajar-pelajar Sijil Kulinari, Kolej Komuniti Beaufort termasuklah Satu Anugerah dan lima Emas di Istanbul Gastronomy Festival (2019), satu Gangsa di Asia Hospitality & Culinary Challenge Expo, Male, Maldive (2019), satu perak dan dua gangsa di Thailand International Culinary Challenge, Thailand (2023) dan satu emas, satu perak dan enam gangsa di Taipei International Culinary Challenge, Taiwan (2023).

Sementara itu, Wisley yang berasal Kampung Pinalabu, Kota Belud turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.

“Walaupun ia merupakan penyertaan sulung saya dalam pertandingan ukiran buah, baik dalam mahupun luar negara, banyak perkara yang saya pelajari bukan sahaja idea dan teknik ukiran dari peserta-peserta lain tetapi kemahiran berkomunikasi, budaya, makanan dan sejarah Lahore sepanjang mengikuti Pakistan International Culinary Championship 2024,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff turut berkongsi pengalamannya memenangi pingat emas dalam kategori tersebut iaitu secara kreatifnya menggunakan bahan-bahan seperti buah labu, lobak merah dan tembikai, yang membawa tema “Underwater Semporna” manakala Wisley menggunakan buah tembikai, lobak merah, lobak putih dan labu, antaranya yang bertemakan “Dekorasi Siam”.

Hasil ukiran Mohd Yusoff bertemakan “Underwater Semporna”. – Foto ihsan KKBS
Hasil ukiran Wisley Miriton bertemakan “Dekorasi Siam”. – Foto ihsan KKBS

Antara cabaran menyertai pertandingan itu, Mohd Yusoff berkata, selain cuaca sejuk di negara itu mencecah bawah 20°C, mereka juga menghadapi kesukaran untuk mencari bahan untuk persediaan ke acara pertandingan itu kerana ada buah yang bermusim.

“Pada ketika ini musim sejuk di sini mencecah bawah 20°C, antara lain cabarannya ialah kami sukar untuk mencari bahan untuk diukir seperti buah tembikai, tembikai susu, betik dan labu kerana ia produk bermusim. Kami terpaksa mencari merata tempat, adapun tetapi kualitinya tidak sama dan mudah rosak,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohd Yusoff dan Wisley berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh dan memaklumkan akan kembali ke tanah air pada Isnin ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/17/pasukan-kolej-komuniti-beaufort-terima-anugerah-best-carving-artist-di-pakistan/feed/ 0 49645
Mangsa samun, kerani wanita terima tujuh jahitan di kepala https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/ https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/#respond Fri, 16 Feb 2024 06:02:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49576
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang mangsa kerani wanita menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditumbuk dan disamun dalam kejadian di lorong belakang HSBC Bank Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, kejadian berlaku tengahari semalam (15 Feb) semasa mangsa seorang diri dalam perjalanan ke kedai One Stop Premium telah didatangi oleh seorang lelaki dari arah belakang yang terus menutup mulut mangsa dan menjatuhkan mangsa.

“Mangsa telah ditumbuk di muka dan di kepala sehingga mengalami kecederaan. Kemudian lelaki tersebut melarikan diri setelah mengambil dompet mangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Kalsom, mangsa berumur 35 tahun itu telah mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan menerima tujuh jahitan di kepala akibat kecederaan yang dialami selepas ditumbuk oleh suspek berkenaan.

Katanya, mangsa juga telah mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM50.00 dan dokumen peribadi.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera dan melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” jelasnya.

Pada sidang media sama, Kalsom turut memaklumkan, satu tangkapan telah dijalankan pada hari sama kejadian jam lebih kurang 7.30 malam ke atas seorang penganggur lelaki berumur 18 tahun bertempat di Bataras Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, lelaki tersebut disyaki terlibat dalam kes samun sebelum ini dan semasa tangkapan lelaki tersebut baru sahaja melakukan satu kes curi telefon bimbit ke atas seorang lagi mangsa wanita berumur 36 tahun di Jalan Pantai.

“Semasa suspek itu sedang dikejar oleh orang awam, anggota polis yang sedang menjalankan tugas Ops Payung di Jalan Pantai ada pada masa itu juga turut mengejar dan suspek berjaya ditangkap.

“Hasil soal siasat awal lelaki tersebut mengaku telah terlibat dengan kes samun di belakang Hsbc Bank Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

“Lelaki tersebut telah dibawa mendapatkan reman pada pagi ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kalsom mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang membantu pihak polis dalam mencegah jenayah di negeri ini.

“Daripada kes ini kurang 24 jam kita dapat menangkap penjenayah berkenaan yang melakukan dua kes samun dan mencederakan mangsa di bandaraya Kota Kinabalu, justeru itu, kita melihat ini juga adalah disebabkan kerjasama orang ramai dalam membantu pihak polis mencegah jenayah, kita ucapkan terima kasih kepada mereka,”ujarnya.

Kalsom berkata, kes kedua yang dilakukan suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/feed/ 0 49576
Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM2,000 https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/ https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/#respond Mon, 05 Feb 2024 05:58:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49028
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas di sini hari ini, atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang individu pada tahun 2021 di Daerah Kudat.

Zakaria Mohd Jasni, 40, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, hukuman di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Menurut fakta pertuduhan, pada 18 Jun 2021 jam 12.20 petang bertempat di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd, di dalam daerah Kudat, tertuduh Zakaria sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Sarjan di Jabatan Siasatan Narkotik, Polis DiRaja Malaysia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, secara rasuah cuba untuk memperoleh suatu suapan, iaitu wang berjumlah RM 2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik individu lain sebagai balasan untuk tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwalnya iaitu tidak mengambil tindakan ke atas pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang individu di daerah Kudat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000.00 dengan deposit RM3,000.00 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan bahawa tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM setiap dua bulan sekali dan diarahkan tidak menganggu saksi. Manakala pasport antarabangsanya perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norsham Saharom sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 4 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/05/sarjan-mengaku-tidak-bersalah-terima-rasuah-rm2000/feed/ 0 49028
Hajiji terima kunjungan MB Selangor https://sabahmedia.com/2024/01/23/hajiji-terima-kunjungan-mb-selangor/ https://sabahmedia.com/2024/01/23/hajiji-terima-kunjungan-mb-selangor/#respond Tue, 23 Jan 2024 08:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48393
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Amirudin mengetuai rombongan Kerajaan Negeri Selangor seramai 160 orang terdiri
daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pegawai-Pegawai Daerah mengadakan lawatan kerja empat hari ke Sabah bermula 21 Januari 2024.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Timbalan Peguam Besar Negeri (2), Suzumaidah Hussain .

Rombongan Amirudin terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Setia Haris Kasim, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dato’ Salim Soib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Tajuddin.

Amirudin juga menghadiri Program Jelajah Mahasiswa #KitaSelangor yang diadakan di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/23/hajiji-terima-kunjungan-mb-selangor/feed/ 0 48393
SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd terima Sijil Menduduki https://sabahmedia.com/2024/01/22/sbh-kibing-solar-new-materials-m-sdn-bhd-terima-sijil-menduduki/ https://sabahmedia.com/2024/01/22/sbh-kibing-solar-new-materials-m-sdn-bhd-terima-sijil-menduduki/#respond Mon, 22 Jan 2024 10:26:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48348
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini menyerahkan Sijil Menduduki (Occupation Certificate) kepada SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah mewakili DBKK manakala Pemangku Pengarah Urusan, Ma Wen Tao menerima bagi pihak SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mayor, Tingkat Tiga Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Dr Sabin, penyerahan kelulusan Sijil Menduduki ini menunjukkan komitmen DBKK dalam memastikan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd dapat meneruskan operasi pertamanya dalam tempoh terdekat.

“Ini merupakan satu perkembangan positif ke sektor perindustrian di Bandaraya Kota Kota Kinabalu berikutan kilang ini menawarkan peluang pekerjaan kepada warga bandaraya serta kawasan berhampiran untuk bekerja di loji yang akan menghasilkan kaca fotovolta solar (PV) dengan nilai pelan pelaburannya yang bernilai RM3 bilion.

“Limpahan daripada pelaburan ini pastinya akan memberi manfaat kepada peningkatan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu secara amnya berikutan pelbagai aspek termasuk pemindahan teknologi dan penciptaan alam pekerjaan dapat dicipta kepada warga bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Sabin berkata, apabila beroerasi nanti ini sudah tentunya akan membantu meningkatkan kemajuan negeri sebagai pusat pembuatan yang berkembang maju dan merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan DBKK, Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan DBKK, Lifred Wong dan Timbalan Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/22/sbh-kibing-solar-new-materials-m-sdn-bhd-terima-sijil-menduduki/feed/ 0 48348
Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi https://sabahmedia.com/2024/01/08/hajiji-terima-kunjungan-hormat-menteri-pendidikan-tinggi/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/hajiji-terima-kunjungan-hormat-menteri-pendidikan-tinggi/#respond Mon, 08 Jan 2024 10:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47685
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan
tinggi di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/hajiji-terima-kunjungan-hormat-menteri-pendidikan-tinggi/feed/ 0 47685