Terima rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Feb 2024 12:57:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terima rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM Sabah tahan lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/ https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/#respond Mon, 26 Feb 2024 10:13:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50148
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita hari ini mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek yang berusia sekitar 60-an dan bekerja sendiri telah meminta dan menerima wang rasuah berkenaan kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek yang bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan projek tersebut tidak wujud.

“Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar tahun 2019 di mana supek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek terbabit.

“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/feed/ 0 50148
Dua beranak ditahan SPRM, terima rasuah kira-kira RM10,000 https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/#respond Fri, 02 Feb 2024 05:10:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48860
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua beranak kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM10,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek memperoleh wang tersebut dengan memperdaya orang ramai membabitkan permohonan rumah skim Program Perumahan Rakyat di salah sebuah daerah di negeri ini.

Menurutnya, suspek pertama seorang bapa berusia 40-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama anak lelakinya yang berusia 20-an dan mereka telah ditahan antara kira-kira jam 3 hingga 4 pagi tadi dalam satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Sandakan.

“Kedua-dua beranak ini dipercayai melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2023 dan mereka ditahan kerana meminta sejumlah wang daripada orang ramai dengan menjanjikan rumah mesra rakyat dan diberi insentif seperti perkakasan rumah sekiranya para pemohon dapat menarik lebih ramai orang.

“Wang rasuah yang diterima adalah melalui bayaran tunai dan pindahan bank ke akaun isteri suspek,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, beberapa tangkapan lagi dijangka akan dibuat susulan kes ini dan turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini agar tampil ke hadapan bagi membantu siasatan SPRM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/dua-beranak-ditahan-sprm-terima-rasuah-kira-kira-rm10000/feed/ 0 48860
Terima rasuah RM8,000, dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM https://sabahmedia.com/2023/11/11/terima-rasuah-rm8000-dua-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/11/11/terima-rasuah-rm8000-dua-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-sprm/#respond Sat, 11 Nov 2023 00:13:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45036
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30’an hingga 40’an dipercayai ditahan pada Khamis kira-kira jam 7 malam di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek yang bertugas di sebuah daerah di negeri Sabah dipercayai meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM8,000 pada 4 Oktober lalu yang mana RM2,000 telah diberikan pada 17 Oktober 2023 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan kedua-dua mereka direkodkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/11/terima-rasuah-rm8000-dua-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-sprm/feed/ 0 45036