Terima vaksin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 15 Sep 2021 11:05:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terima vaksin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Benarkan Remaja 12-17 Tahun Terima Vaksin Bermula Esok https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/#respond Wed, 15 Sep 2021 11:05:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6361
Read Time:23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula esok.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu diputuskan selepas mengadakan perbincangan pada mesyuarat Kabinet negeri hari ini.

“Ini juga sejajar dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa ramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.

“Selain itu, ini juga adalah sebahagian langkah menjelang pembukaan semula sekolah mulai 3 Oktober depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/15/sabah-benarkan-remaja-12-17-tahun-terima-vaksin-bermula-esok/feed/ 0 6361
Sedar Akan Kepentingan Vaksin, Jumlah Kehadiran Meningkat Terima Vaksin Di PPV Ranau https://sabahmedia.com/2021/08/25/sedar-akan-kepentingan-vaksin-jumlah-kehadiran-meningkat-terima-vaksin-di-ppv-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/sedar-akan-kepentingan-vaksin-jumlah-kehadiran-meningkat-terima-vaksin-di-ppv-ranau/#respond Wed, 25 Aug 2021 09:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5234
Read Time:1 Minute, 8 Second

RANAU:  Sebanyak 63.52 peratus penduduk daerah Ranau telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 setakat 24 Ogos 2021, manakala 39.86 peratus telah lengkap dos kedua daripada 78,200 penduduknya yang layak menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau di sini.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Daerah Ranau selaku Ketua Pegawai Penyelaras PPV Ranau, Dr Edwaider Koimon berkata, peningkatan jumlah individu yang layak menerima vaksin hadir ke PPV Ranau adalah didorong dengan kesedaran terhadap pentingnya menerima vaksin dan memahami  kepentingan mendapatkan dos vaksin lengkap untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti sekeliling.

“Kita masih mengalu-alukan dan mengharapkan lebih ramai lagi yang tampil menerima suntikan vaksin demi kebaikan semua pihak”, jelas Dr.Edwaider.

Dalam pada itu, semasa tinjauan ke PPV Dewan Masyarakat Ranau pada Selasa (24 Ogos), seramai 1,084 individu hadir di pusat vaksinasi itu iaitu dari jumlah tersebut 400 penerima vaksin dos pertama dan 684 dos kedua, ini termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pada masa yang sama, ramai yang ditemui berasa lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima suntikan  bagi mengekang jangkitan COVID-19 yang kini masih aktif dikalangan masyarakat.

“Kita harus akur dengan arahan kerajaan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana saja kita berada untuk sama-sama memutuskan rantaian  COVID-19, ‘”kata seorang penerima vaksin Hakim Bin Lahat, 67, dari Kg Paka.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/sedar-akan-kepentingan-vaksin-jumlah-kehadiran-meningkat-terima-vaksin-di-ppv-ranau/feed/ 0 5234