terima – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Apr 2024 03:36:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terima – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji terima kunjungan MB Kelantan https://sabahmedia.com/2024/04/25/hajiji-terima-kunjungan-mb-kelantan/ https://sabahmedia.com/2024/04/25/hajiji-terima-kunjungan-mb-kelantan/#respond Thu, 25 Apr 2024 03:32:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53483
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Khamis.

Mohd Nassuruddin berada di Sabah pada Khamis dan Jumaat kerana menghadiri majlis rasmi di Kota Kinabalu.

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama beliau ke Sabah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023.

Turut hadir ialah isteri Mohd Nassuruddin, Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacub, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Ustaz Asri Mat Daud dan timbalannya, Nik Bahrum Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Bahari Mohamed Nor.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan isteri, Datin Seri Nuinda Alias.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/25/hajiji-terima-kunjungan-mb-kelantan/feed/ 0 53483
Alesyah Asa terima Anugerah Ikon TVET Sabah 2023 https://sabahmedia.com/2023/10/12/alesyah-asa-terima-anugerah-ikon-tvet-sabah-2023/ https://sabahmedia.com/2023/10/12/alesyah-asa-terima-anugerah-ikon-tvet-sabah-2023/#respond Thu, 12 Oct 2023 08:27:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43506
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Alesyah Asa, alumni Kolej Vokasional Keningau yang kini bertugas sebagai pembantu penyelia di salah sebuah syarikat pembinaan di Sabah, telah dipilih sebagai penerima anugerah Ikon TVET Sabah sempena persidangan International Sabah TVET Symposium.

Persidangan selama dua hari itu bermula pada 10 hingga 11 Oktober 2023 bertempat di Magellan Sutera Resort di sini.

Simposium tersebut adalah anjuran beberapa institusi iaitu North Borneo University College (NBUC), Institute Development Studies (IDS) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Alesyah menerima plak, sijil dan wang berjumlah RM5,000. Beliau juga merupakan salah seorang pembicara forum yang berlangsung di simposium itu.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup berkata, beliau berasa sangat gembira dengan penghargaan tersebut yang diberikan kepada alumni kolej itu yang telah pun menempa kerjaya dalam bidang pembinaan selari dengan program yang dipelajarinya di institusi itu.

“Pemilihan Alesyah sebagai penerima anugerah itu membuktikan kemenjadian graduasi TVET di negeri ini.

“Alesyah dipilih sebagai penerima anugerah itu atas pencapaiannya di peringkat tempatan dan global dalam bidang inovasi dan STEM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Alesyah juga merupakan pelajar Malaysia pertama berjaya menjadi 10 finalis terbaik Global Student Prize iaitu anugerah pelajar paling berprestij di dunia pada tahun 2022.

“Selain itu, Alesyah juga pernah mengetuai pasukan sekolahnya yang berjaya memenangi hackathon anjuran UNESCO pada tahun 2020 dalam kategori inovasi komuniti.

“Pada tahun yang sama, pasukan mereka berjaya memenangi geran STEM dari The Awesome Foundation yang berpusat di Amerika Syarikat,” katanya.

Tambah Nordin, Alesyah bersama pasukannya juga pernah membentang projek inovasi teknologi pembinaan mereka di beberapa persidangan dan pertandingan inovasi.

“Atas pencapaian-pencapaian ini, beliau telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Bintang Kinabalu (B.K) dari Yang di-Pertua Negeri Sabah iaitu Tun Juhar Mahiruddin pada hujung tahun 2022. Selain telah dipilih sebagai penerima Anugerah Emas Menteri Pendidikan dari Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa majlis graduasi pelajar Kolej Vokasional pada awal tahun 2023.

“Malah, dia telah dijulang sebagai ikon belia apabila turut diberi pengiktirafan oleh Jabatan Belia & Sukan negeri Sabah pada tahun 2022,” ujarnya.

Sementara itu, Alesyah berasa sangat terharu dengan anugerah itu kerana ianya mampu meningkatkan lagi persepsi orang awam terhadap pendidikan vokasional yang semakin signifikan di era ekonomi yang cepat berubah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/12/alesyah-asa-terima-anugerah-ikon-tvet-sabah-2023/feed/ 0 43506
Hajiji terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Kanada https://sabahmedia.com/2023/10/11/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-kanada/ https://sabahmedia.com/2023/10/11/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-kanada/#respond Wed, 11 Oct 2023 02:16:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43456
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Wayne Robson di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berkaitan pelancongan, pendidikan, peluang pelaburan dan lawatan Kapal Tentera Laut Diraja Kadana (Royal Canadian Navy’s) HMCS Ottawa ke Kota Kinabalu.

Hajiji mengalu-alukan pelabur dari Kanada untuk meneroka peluang baharu dan kerjasama bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta di Sabah
dalam beberapa sektor ekonomi berkaitan.

Katanya, Sabah yang kaya dengan pelbagai sumber asli berharap lebih ramai pelabur asing akan melabur di negeri ini dalam pelbagai sektor industri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/11/hajiji-terima-kunjungan-pesuruhjaya-tinggi-kanada/feed/ 0 43456
Ketua Menteri terima kunjungan hormat SLS https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/#respond Fri, 29 Sep 2023 10:27:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42748
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Rombongan SLS diketuai presidennya Roger Chin untuk memberi maklumat terkini tentang inisiatif Persatuan dan cadangan perkongsian dengan Kerajaan Negeri mengenai pembaharuan undang-undang negeri.

Roger memberi taklimat kepada Hajiji, antara lain, mengenai perkhidmatan Bantuan Guaman SLS, yang mana ahlinya memberi sumbangan secara sukarela kepada masyarakat di Sabah.

Beliau juga bercakap mengenai sokongan SLS kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Borneo dan Pengantaraan (BICAM) dan Persidangan Undang-undang Komanwel akan datang yang mana
SLS merancang untuk mengadakan.

Roger turut berkongsi bahawa SLS membantu pasukan undang-undang negara dalam memerangi anugerah timbang tara kepada waris Kesultanan Sulu.

Roger berkata, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara dan menawarkan perkhidmatan undang-undang dengan menyokong Kerajaan Negeri menarik pelabur asing ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/feed/ 0 42748
Dr. Sirhajwan Idek terima Anugerah Youth Achievement Record di Jakarta https://sabahmedia.com/2023/09/02/dr-sirhajwan-idek-terima-anugerah-youth-achievement-record-di-jakarta/ https://sabahmedia.com/2023/09/02/dr-sirhajwan-idek-terima-anugerah-youth-achievement-record-di-jakarta/#respond Sat, 02 Sep 2023 13:22:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41185
Read Time:2 Minute, 9 Second

JAKARTA: Dr. Sirhajwan Idek, guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah menerima anugerah Youth Achievement Record dalam satu majlis di Ritz Carlton Pacific Place Hotel, Jakarta, Indonesia, pada Sabtu (2 Sept).

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli semasa ASEAN Future Generation Business Forum yang merupakan salah satu acara sampingan ASEAN Summit yang berlangsung di Jakarta.

Anugerah yang diberikan buat julung-julung kalinya oleh GenYouth, sebuah persatuan belia Asia Tenggara, bertujuan untuk meraikan pencapaian dan sumbangan golongan belia di Asia Tenggara.

Terdapat seramai lapan penerima anugerah dari negara-negara Asia Tenggara bagi kumpulan pertama ini.

Dr. Sirhajwan telah dicalonkan oleh
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai satu pengiktirafan bagi rekod yang telah dia cipta iaitu orang Asia yang pertama memenangi International Innovation & Entrepreneurship Excellence in Teaching Award di Paris pada tahun 2017.

Pada 22 September 2017, Dr. Sirhajwan Idek telah mencipta rekod setelah menewaskan lapan finalis lain daripada negara Rusia, Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi anugerah International Innovation & Entrepreneurship Excellence in Teaching Award di European Conference on Innovation and Entrepreneurship, Paris, Perancis, anjuran Academic Conferences International.

Sebagai ketua kajian dan inovasi di KV Keningau sejak tahun 2016, dia telah membimbing seramai 700 pelajar dan hampir 100 guru di kolej tersebut untuk membentang projek mereka di persidangan kajian dan pertandingan inovasi secara dalam talian dan bersemuka di dalam dan luar negara.

Para pelajarnya telah berjaya memenangi pelbagai pingat, hadiah dan geran termasuklah geran berjumlah RM 20,000.00, RM 10,000.00 dan RM 8,000.00 daripada pertandingan Pitchborneo, Shell LiveWIRE dan Pitchbah.

Dua orang pelajarnya, Alesyah Asa dan Nurul Nazieha Jasnie, berjaya melayakkan diri sebagai 10 dan 50 finalis terbaik bagi anugerah Global Student Prize iaitu anugerah paling berprestij untuk pelajar di dunia pada tahun 2022 dan 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD 100,000.00 kepada seorang pemenang.

Dr. Sirhajwan juga telah mengendalikan hampir 300 bengkel, ceramah dan webinar berkenaan dengan strategi inovasi untuk golongan pendidik dan pelajar di dalam Malaysia serta di luar negara.

Pada tahun 2022, beliau telah dipilih sebagai penerima pertama anugerah Ikon Belia Negara Karismatik yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dr. Sirhajwan meluahkan rasa terharu dengan pengiktirafan tersebut memandangkan ianya mampu memartabatkan profesion perguruan sebagai satu kerjaya yang penting dalam mendidik generasi muda.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin Akup, menyatakan rasa bangga atas pencapaian guru tersebut kerana ini akan memberi inspirasi kepada warga kolej itu untuk terus berusaha mengejar cita-cita mereka dan memberi impak positif kepada yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/02/dr-sirhajwan-idek-terima-anugerah-youth-achievement-record-di-jakarta/feed/ 0 41185
MUIS terima Zakat Perniagaan RM228,854.35 dari 13 pembayar zakat https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/#respond Wed, 12 Apr 2023 14:32:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32646
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima sejumlah RM228,854.35 zakat perniagaan daripada 13 pembayar – pembayar zakat semasa Majlis Berbuka Puasa MUIS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis penyerahan zakat perniagaan disaksikan oleh Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Pembayar-pembayar zakat tersebut termasuklah KPJ Sabah Specialist Hospital 2022 RM 60,000.00, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 2021 RM 18,720.00, Jamilah FSFY Sdn Bhd 2022 RM 40,276.40, Jamilah SFY Group Sdn Bhd 2022 RM 17,483.55, FM Fresh Mart 2022 RM 30,000.00, Farmasi Aslam 2022 RM 16,000.00, Andong Engineering 2022 RM 13,693.09 dan Saleh Truck & Trailer Manufacturer Sdn Bhd 2022 RM 9,429.92.

Manakala, Koperasi Wanita Kota Kinabalu Berhad 2020 & 2021 RM 11,918.72, Koperasi Smk Tansau Berhad 2020 RM 4,662.91, Koperasi SMK Sanzac Berhad 2022 RM 2,826.00, Koperasi Jabatan Cetak Kerajaan Sabah Berhad 2019 RM 2,237.37 dan Koperasi SMK Badin Tuaran Berhad 2021 RM 1,607.34.

Sementara itu, menurut Yahya dalam ucapannya, sepanjang tahun 2022 yang lepas, MUIS menerusi bahagian-bahagian di bawahnya giat menggandakan aktiviti ke arah memartabatkan syiar Islam, memperkasa ekonomi serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.

Katanya, disokong dengan komitmen dan kecemerlangan warga kerja yang tidak berbelah bahagi, MUIS telah melakar beberapa kejayaan yang cukup membanggakan. Antara kejayaan-kejayaan tersebut adalah MUIS telah berjaya mengekalkan Pensijilan ISO 9001:2015. Penganugerahan tersebut telah diberikan kepada MUIS oleh Juruaudit Bertauliah Antarabangsa SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

“MUIS telah memperolehi Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk 3 tahun berturut-turut bagi prestasi Penyata Kewangan Tahun 2019 ,Penyata Kewangan Tahun 2020 dan Penyata Kewangan Tahun 2021.

“Pada tahun 2022, Majlis Ugama Islam Sabah menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah telah merekodkan pungutan zakat berjumlah RM133.4 juta dan agihan berjumlah RM122 juta. Ini adalah melebihi daripada unjuran yang dijangkakan, malah merupakan lakaran rekod baharu pencapaian pengurusan pungutan dan agihan zakat khususnya di Sabah,” katanya.

Beiau berkata, menerusi Bahagian Wakaf dan Baitulmal, hal ehwal pengurusan wakaf di negeri ini telah diperkemas dan diperkasakan.

“Antaranya pelancaran Wakaf Tunai, penganjuran siri jelajah Kesedaran Berwakaf di seluruh daerah dan pembangunan serta penyelidikan (R&D) variasi produk Wakaf Tunai & pembangunan Wakaf Hartanah melalui kerjasama strategik bersama-sama dengan pihak pemain industri wakaf, institusi perbankan dan sektor korporat seperti Yayasan Infaq ANGKASA, Waqaf An Nur dan SIRIM,” jelasnya.

Manakala bi bawah MUIS Halal Hub, Yahya berkata, perkhidmatan sertu iaitu proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) sedang giat dilaksanakan sejak tahun lepas. Selain pengenalan Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) untuk usahawan di bawah industri mikro (home based), MUIS Halal Hub juga sedang dalam usaha membangunkan Makmal Halal dan Ekosistem Halal Maritim di negeri Sabah.

“Demikianlah penglibatan dan sumbangan yang telah dicapai oleh setiap bahagian di MUIS hasil komitmen padu warga kerja MUIS.

“Semoga segala usaha dalam kerangka memartabatkan syiar Islam dan memperkasa ekonomi umat Islam khususnya di Sabah mampu diterjemah dan direalisasikan sejajar dengan visi dan misi penubuhan MUIS itu sendiri,” ujarnya.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Timbalan Yang Dipertua MUIS Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/muis-terima-zakat-perniagaan-rm228854-35-dari-13-pembayar-zakat/feed/ 0 32646
Gagasan Rakyat terbuka terima tiga ADUN UMNO yang dipecat https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/ https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/#respond Mon, 10 Apr 2023 18:01:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32522
Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersikap terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang dipecat pada Ahad lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga presiden Gagasan Rakyat berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu pemecatan itu kerana ia membabitkan urusan parti UMNO.

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana ia membabitkan urusan parti UMNO, namun jika mereka ingin mohon untuk masuk Gagasan Rakyat, insyaAllah kita akan terima.

“Kalau mereka mahu masuk mana-mana parti, di Sabah ini banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Isnin.

Pada Ahad lalu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketiga-tiganya ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dipecat keahlian dari UMNO berkuat kuasa hari ini (9 April).

Sebelum ini pada 21 Februari, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

Manakala ADUN Balung, Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/11/gagasan-rakyat-terbuka-terima-tiga-adun-umno-yang-dipecat/feed/ 0 32522
Sabah terima lebih RM33b pelaburan https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/#respond Mon, 03 Apr 2023 11:33:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32101
Read Time:1 Minute, 48 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri meluluskan pelaburan berjumlah RM11.5 bilion membabitkan 89 projek yang menjana kira-kira 4,566 pekerjaan sejak penularan wabak Covid-19 sehingga tahun lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Bagaimanapun, ini tidak termasuk projek Keluli Hijau Bersepadu bernilai RM19.6 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang ditandatangani pada November 2022.

“Dengan projek Keluli Hijau ini dan pelaburan lain dalam proses pelaksanaan, Sabah akan menerima sejumlah RM33.4 bilion,” katanya ketika mempengerusikan
Mesyuarat Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Ekonomi Sabah (SEDIA) di Shangri-La’s Rasa Ria Resort, di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata, daripada RM11.5 bilion itu, RM9.2 bilion adalah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM2.3 bilion lagi adalah pelaburan domestik.

Katanya, 72.9 peratus daripada pelaburan atau RM8.4 bilion adalah dalam sektor pembuatan, sektor utama terdiri daripada pertanian, perlombongan, komoditi dan perladangan (RM1.6b) dan sektor perkhidmatan (RM1.5b).

“Pelaburan ini adalah usaha terkumpul Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, SEDIA dan agensi berkaitan lain,” katanya.

Kini SEDIA berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi, Ketua Menteri mahu semua permohonan dan pelaksanaan projek di bawah Pembangunan Koridor Sabah (SDC) untuk diselaraskan dengan lebih baik dengan garis masa yang ditetapkan dan semua prosedur yang perlu dipatuhi.

Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 26 Feb 2023 yang akan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar dan golongan berpendapatan B40 melalui program seperti Usahawan Tani (INTAN), Usahawan Makanan (INSAN) dan Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Selepas menghadiri mesyuarat, Ketua Menteri berbuka puasa bersama ahli lembaga SEDIA serta 100 anak yatim dan pelajar dari empat rumah dan pusat Tahfiz di Tuaran iaitu HOME Tuaran, Maahad Tahfiz Assohabah, Tarbiyatun Nisa, dan Pusat Tahfiz Al-Quran Ash-Shabab Al-Mardhiyah di mana beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Setiausaha Negara, Kementerian Ekonomi Dato Nor Azmie Diron, Peguam Negara, Nor Asiah
Mohd Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Datuk Sofian Alfian Nair, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Hashim Paijan, ketua-ketua jabatan dan ahli lembaga SEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/sabah-terima-lebih-rm33b-pelaburan/feed/ 0 32101
80 penduduk Taman Friendly terima saringan kesihatan percuma PeKa B40 https://sabahmedia.com/2023/03/31/80-penduduk-taman-friendly-terima-saringan-kesihatan-percuma-peka-b40/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/80-penduduk-taman-friendly-terima-saringan-kesihatan-percuma-peka-b40/#respond Fri, 31 Mar 2023 07:47:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31866
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 80 penduduk Taman Friendly (Fasa 3), Luyang di daerah ini telah mendapat manfaat daripada program saringan kesihatan percuma iaitu Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang diadakan di premis rumah penduduk pada Khamis dan Jumaat ini.

Program dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Kawasan Api-Api dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Program itu melibatkan pemeriksaan tekanan darah, gula darah dan ujian air kencing bagi mengesan sebarang tanda penyakit untuk rawatan awal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew turut hadir menjawab soalan penduduk prihatin khususnya warga emas yang ingin tahu bagaimana mereka akan dimaklumkan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya didapati menghidap hipertensi, diabetes atau masalah berkaitan buah pinggang.

Semasa program itu, Christina menerangkan cara program pemeriksaan kesihatan PeKa B40 berfungsi dan memberi jaminan kepada wanita bahawa mereka akan dimaklumkan tentang keputusan ujian mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/80-penduduk-taman-friendly-terima-saringan-kesihatan-percuma-peka-b40/feed/ 0 31866
LPPB terima 41,135 permohonan rumah kos rendah di Sabah tempoh 5 tahun https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/#respond Fri, 31 Mar 2023 04:21:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31837
Read Time:1 Minute, 13 Second

SOOK: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menerima 41,135 permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah di Sabah dalam tempoh lima tahun berakhir Mac tahun ini.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, statistik itu terlalu tinggi berbanding bilangan rumah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihaknya.

” Kita kini sedang menyasarkan untuk memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima, ” katanya selepas menyempurnakan cabutan undi 32 lot rumah kos rendah di Sook, pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya ia adalah bergantung pada jumlah peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan.

Masiung berkata, pihaknya kini sedang merangka garis panduan termasuk membentuk Jawatankuasa Strategik dan Pelaburan (JSP) bagi mengurangkan jumlah permintaan rumah kos rendah di Sabah.

Ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah kos rendah di Sook, beliau berkata LPPB bersedia membantu memberi khidmat nasihat kepada penerima rumah yang sukar mendapat pinjaman bank.

Menurut Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, setiap pemohon rumah kos rendah akan ditapis mengikut kelayakan.

Hanya mereka yang mempunyi pendapatan keluarga di bawah RM3,000 sahaja yang layak memohon rumah kos rendah dan dijual serendah harga RM47 ribu seunit.

“ Di luar sana ramai bertanya, kenapa rumah kos rendah tidak dibina di sekitar bandar. Ini kerana harga kos tanah yang tinggi di bandar tidak mampu menampung nilai harga rumah yang cukup murah,” jelasnya.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejatheraan, Datuk Flovia Ng, Pengurus Besar LPPB, Rosmery Ahping dan Penolong Pegawai Daerah Sook, Jeffry Japar turut hadir menyaksikan majlis cabutan undi tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/feed/ 0 31837