terjatuh dari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Oct 2023 07:45:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terjatuh dari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga pekerja cedera, terjatuh dari perancah besi https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/ https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/#respond Wed, 18 Oct 2023 07:45:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43815
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Tiga pekerja lelaki mengalami kecederaan selepas terjatuh dari perancah besi (scaffolding) semasa melakukan aktiviti penyelenggaraan bangunan di Pusat Perindustrian Sepanggar di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi tadi (18 Okt) mengenai tiga orang mangsa terjatuh dari scaffolding semasa melakukan aktiviti penyelenggaraan bangunan.

“Sepasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas bergegas ke lokasi kejadian, namun kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh majikan mangsa dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 11.46 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/feed/ 0 43815
Lelaki maut terjatuh dari tingkat 5 bangunan https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/ https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/#respond Sat, 22 Apr 2023 12:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33220
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan dalam satu kejadian di Megah D’aru Hotel dekat sini pada jam 6.15 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Roslee Roslan disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang tadi (22 April) mengenai kejadian berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah. Namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pasukan perubatan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 6.42 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/22/lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/feed/ 0 33220