Terjatuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Mar 2023 12:49:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terjatuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja binaan patah tulang punggung terjatuh dari atap bangunan https://sabahmedia.com/2023/03/26/pekerja-binaan-patah-tulang-punggung-terjatuh-dari-atap-bangunan/ https://sabahmedia.com/2023/03/26/pekerja-binaan-patah-tulang-punggung-terjatuh-dari-atap-bangunan/#respond Sun, 26 Mar 2023 12:49:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31560
Read Time:52 Second

RANAU: Seorang pekerja binaan lelaki berusia 23 tahun patah tulang punggung selepas terjatuh dari ketinggian 30-40 kaki atap bangunan yang sedang dalam pembinaan di KM 4, Gunung Kinabalu di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.11 petang tadi (26 Mac).

“Menurut laporan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) terdapat seorang pekerja binaan terjatuh dari atap bangunan dalam ketinggian 30-40 kaki yang sedang dalam pembinaan di lokasi kejadian.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan MOSAR bersama anggota Malim Gunung serta Sabah Park dengan memindahkan mangsa dari lokasi mangsa terjatuh.

“Tindakan memasang cervical collar (alat penyangga leher) dan papan lapis diletakkan di belakang punggung mangsa. Mangsa mengalami kecederaan patah tulang punggung disebabkan terjatuh dalam keadaan terduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan kaedah usungan (Robinson Stratcher) seterusnya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 5:45 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/26/pekerja-binaan-patah-tulang-punggung-terjatuh-dari-atap-bangunan/feed/ 0 31560
6 buah rumah terbakar, anggota Bomba terjatuh dari bumbung cuba padam api https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/ https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/#respond Sat, 31 Dec 2022 12:17:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27216
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung rumah semasa cuba memadamkan api dalam satu kebakaran melibatkan enam buah rumah teres di Sunny Garden dekat sini, petang tadi. (31 Dis)

Pasukan Bomba cuba memadam api dalam satu kejadian kebakaran melibatkan enam buah rumah di Sunny Garden petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 2.36 petang tadi (31 Disember 2022).

“Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah teres jenis separuh kekal berukuran 30X40 kaki setiap rumah.

“Sebuah rumah terbakar 90 peratus, empat buah rumah terbakar 50 peratus dan sebuah rumah terbakar 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran melalui sumber air dari tangki jentera dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang anggota Bomba terjatuh dari bumbung semasa membuat pemadaman namun tidak menghadapi sebarang kecederaan.

“Seterusnya anggota (mangsa) berumur 43 tahun itu dihantar ke hospital menggunakan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. Mangsa dalam keadaan stabil.

“Operasi terkawal pada jam 3 petang dan operasi ditamatkan pada jam 4.36 petang tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/31/6-buah-rumah-terbakar-anggota-bomba-terjatuh-dari-bumbung-cuba-padam-api/feed/ 0 27216
Lelaki warga China parah terjatuh dari tingkat 5 bangunan https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/#respond Sat, 31 Jul 2021 09:12:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3860
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga negara China cedera parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan K.Avenue, Jalan Cyber City Penampang dekat sini pada Sabtu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak Balai Bomba Penampang menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 8.34 pagi, hari ini 31 Julai 2021.

Katanya, 11 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Benny Lim bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi kejadian, didapati mangsa seorang lelaki warga China telah terjatuh dari tingkat lima namun tersangkut di tingkat empat bangunan K.Avenue, Jalan Cyber City Penampang dan telah diturunkan oleh pekerja bangunan sebelum ketibaan jentera.

Mangsa hanya dikenali sebagai Yao Shujun mengalami kecederaan parah di bahagian tulang rusuk, kaki dan kepala.

Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) memberikan rawatan kepada mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada jam 9.10 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/lelaki-warga-china-parah-terjatuh-dari-tingkat-5-bangunan/feed/ 0 3860