Terjejas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 May 2023 01:38:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terjejas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 500 penduduk Long Pasia terjejas liputan talian telefon tidak berfungsi https://sabahmedia.com/2023/05/09/500-penduduk-long-pasia-terjejas-liputan-talian-telefon-tidak-berfungsi/ https://sabahmedia.com/2023/05/09/500-penduduk-long-pasia-terjejas-liputan-talian-telefon-tidak-berfungsi/#respond Tue, 09 May 2023 01:38:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34036
Read Time:1 Minute, 7 Second

SIPITANG: Kira-kira 500 penduduk di Kampung Long Pasia di sini terputus hubungan dengan dunia luar apabila menara telekomunikasi di kawasan berkenaan tidak beroperasi sejak Khamis lalu (4 Mei).

Ketua Kampung Long Pasia, Yakub Sim, 57, berkata, penduduk terpaksa berjalan kaki ke kampung sebelah dan mendaki bukit untuk mendapatkan liputan talian telefon dan internet untuk berhubung.

“Keadaan ini berlarutan sejak malam Khamis lalu selepas menara telekomunikasi tidak beroperasi dan kami tidak pasti apa masalahnya sehingga ia tidak beroperasi.

“Disebabkan itu, kami terpaksa berjalan kaki selama hampir setengah jam ke Kampung Long Mio dan mendaki bukit yang tinggi selama sejam untuk mendapatkan rangkaian telefon dan internet dari kampung berkenaan untuk berhubung dengan rakan atau ahli keluarga di luar,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Katanya lagi, disebabkan keadaan itu, ada penduduk sukar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai ahli keluarga yang berada di luar kampung berkenaan.

“Keadaan ini menyebabkan penduduk terputus hubungan tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon selain tidak dapat menghubungi ahli keluarga yang berada di luar kampung ini.

“Malah, ada dua penduduk kampung ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Kota Kinabalu dan ahli keluarga sehingga kini tidak dapat berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Yakub berharap perkara itu mendapat perhatian daripada pihak berkenaan termasuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melihat masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/09/500-penduduk-long-pasia-terjejas-liputan-talian-telefon-tidak-berfungsi/feed/ 0 34036
12 keluarga terjejas kejadian tanah runtuh di Kg Lembah Permai dinasihatkan untuk berpindah https://sabahmedia.com/2023/03/03/12-keluarga-terjejas-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lembah-permai-dinasihatkan-untuk-berpindah/ https://sabahmedia.com/2023/03/03/12-keluarga-terjejas-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lembah-permai-dinasihatkan-untuk-berpindah/#respond Fri, 03 Mar 2023 06:50:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30251
Read Time:1 Minute, 38 Second

RANAU: Sebanyak 12 keluarga di Kampung Lembah Permai dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat berikutan kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

“Kalau keadaan tidak selamat maka mereka dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat secepat mungkin,” kata Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Kundasang merupakan sebuah kawasan tanah tinggi dan sangat cenderung dengan kejadian tanah runtuh serta sentiasa mengalami pergerakan tanah.

Baru-baru ini, satu kejadian gelinciran tanah atau tanah runtuh (aliran puing) berlaku di kampung tersebut melibatkan 12 keluarga yang terjejas teruk. Sementara itu, penduduk yang lain diarah untuk berjaga-jaga.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menasihati semua penduduk agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi dan Bencana (PKOB), Jumain Abdul Ghani atas kerjasama dan tugas yang telah dilaksanakan.

Sementara itu, Jumain berkata, kejadian aliran puing tersebut adalah dicetus oleh hujan lebat ke atas cerun yang mempunyai lapisan tanah dengan batuan retak.

Beliau menjelaskan, lapisan yang sentiasa mengalami pergerakan tanah ini membekalkan serpihan batuan bersama tanah ke dalam saliran cerun bermula daripada tanah runtuh tebing saliran atau sedimen mudah terangkut yang masih berada di bahagian atas cerun.

Oleh itu, katanya, atas pemantauan bersepadu bersama dengan semua ahli Jawatankuasa PKOB, penduduk di kawasan terjejas dinasihati untuk sentiasa bersiap siaga dan berpindah sekiranya perlu.

Usaha mencari tapak baharu untuk penempatan penduduk kampung yang terjejas juga sedang diusahakan, tambahnya.

Selain itu, pelaporan dari pemimpin kampung berkaitan dengan situasi semasa kampung perlu dihantar kepada PKOB setiap lima (5) jam.

Jumain mengucapkan terima kasih kepada anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) atas komitmen yang diberikan, dan juga berharap agar penduduk Kg. Lembah Permai akan bekerjasama dalam melancarkan proses perpindahan.

“Penduduk juga perlu berhubung dengan PKOB khususnya APM dan memberi kerjasama bagi melancarkan proses pemindahan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/03/12-keluarga-terjejas-kejadian-tanah-runtuh-di-kg-lembah-permai-dinasihatkan-untuk-berpindah/feed/ 0 30251
Filipina, OWWA Diminta Bantu Rakyat Mereka Yang Terjejas Akibat Kebakaran https://sabahmedia.com/2022/01/22/filipina-owwa-diminta-bantu-rakyat-mereka-yang-terjejas-akibat-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/22/filipina-owwa-diminta-bantu-rakyat-mereka-yang-terjejas-akibat-kebakaran/#respond Sat, 22 Jan 2022 12:41:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11423
Read Time:1 Minute, 37 Second

PENAMPANG: Kerajaan Filipina atau Pentadbiran Kebajikan Pekerja Luar Negara (OWWA) diminta membantu rakyat mereka yang terjejas akibat bencana kebakaran di negeri ini.

Demikian menurut Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion, memohon agar kerajaan Filipina atau OWWA yang berpusat di negara itu boleh membantu warga mereka sendiri kerana tiada mangsa lain berasal dari negara lain atau pun Indonesia yang terlibat dalam kebakaran yang berlaku pada Rabu lalu di Kampung Mogoputi, dekat sini.

Beliau berkata, mengikut rekod Jabatan Kebajikan yang menguruskan mangsa kebakaran terdapat 154 orang dipercayai warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

“Mengikut rekod seramai 174 daripada 29 keluarga adalah mangsa yang ditempatkan di penempatan sementara, hanya enam mangsa adalah warga tempatan, tujuh warga Filipina pemegang penduduk tetap dan tujuh warga Filipina pemegang dokumen IMM13 manakala selebihnya iaitu seramai 154 adalah individu yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya selepas melawat mangsa kebakaran yang ditempatkan di Dewan Kebudayaan Penampang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Jafery turut meminta supaya pemilik rumah sewa tidak membina rumah terlalu rapat kerana keadaan itu turut mengundang bahaya jika berlaku kebakaran di mana ia akan merebak dengan cepat sekali gus memusnahkan rumah berhampiran.

“Hasil pemeriksaan, rata-rata mereka adalah penyewa membabitkan 29 pintu rumah dan tempat mereka tinggal juga padat.

“Keadaan ini sangat bahaya kepada penyewa itu sendiri dan pemberi sewa juga patut melihat semula keadaan ini supaya tidak membina rumah terlalu dekat,” tegasnya.

Tambah Jafery lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga harus memainkan peranan bagi mengelak kejadian itu berulang.

“Kita mohon juga kepada PBT dan semua agensi kerajaan menetapkan garis panduan untuk membina rumah sewa yang melebihi satu unit ke atas perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

“Ini termasuk dari segi aspek keselamatan, penempatan lebih teratur dan rekod imigresen perlu dikemas kini,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Mogoputi Rosina Joeman Ros, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Mogoputi Stefania Richard dan Ketua Pemuda Bahagian Kapayan, Nelson Martin Idang.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/22/filipina-owwa-diminta-bantu-rakyat-mereka-yang-terjejas-akibat-kebakaran/feed/ 0 11423
YNJ Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 500 Penduduk Terjejas Banjir Di Kg Sugud https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/ https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/#respond Thu, 23 Sep 2021 09:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6776
Read Time:44 Second

PENAMPANG: Seramai 500 penduduk Kampung Sugud yang terjejas banjir menerima bakul makanan.

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Jeneral Al Hambra Juhar menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan Datu Damidal, Kg Sugud.

” YNJ menyampaikan sumbangan kepada 500 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di Kg Sugud.

“Sumbangan ini hasil kerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Sawit Kinabalu dan Syarikat Adabi.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana banjir yg menimpa Kg Sugud baru-baru ini”, ujar beliau.

Al Hambra ditemui media selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di sini, pada Khamis.

Tambahnya, YNJ juga merancang untuk mengedarkan sumbangan ke daerah lain yang turut terjejas akibat bencana terbabit.

Hadir sama dalam majlis ini Penaung YNJ Toh Puan Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni, Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Bacho Jansie dan Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. Muhamad Zahari Muhd Nasir. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/23/ynj-serah-bantuan-bakul-makanan-kepada-500-penduduk-terjejas-banjir-di-kg-sugud/feed/ 0 6776
Pemulihan Bekalan Elektrik Secara Berperingkat Ke Kawasan Terjejas Akibat Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5819
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pantai Barat Negeri Sabah pada Khamis dan Jumaat dilaksanakan secara berperingkat dan dalam keadaan yang selamat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Asset) Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pemulihan bekalan telah dimulakan serta merta pada Khamis di kawasan-kawasan yang boleh dilalui oleh pasukan teknikal SESB.

Kerja baikpulih bekalan disebabkan kerosakan sedang diambil tindakan, dengan keutamaan diberi kepada kerosakan-kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, seperti tiang patah dan wayar putus.

“Namun ada sebahagian kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan banjir dan pencawang elektrik ditenggelami air,” katanya dan menambah bahawa pemulihan dilaksanakan apabila air banjir surut.

Selain itu, SESB terpaksa menutup bekalan ke beberapa kawasan yang ditenggelami air banjir atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau berkata, lebih dari 3000 panggilan aduan gangguan bekalan dan kerosakan melibatkan talian putus dan pokok tumbang diterima oleh SESB Careline sejak Khamis sehingga lewat malam Jumaat.

Kerosakan talian dan gangguan bekalan itu telah menjejaskan lebih 20,000 pengguna di kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Penampang.

Sementara itu, Idris menasihati orang awam untuk tidak menghampiri ataupun menyentuh pepasangan SESB seperti wayar putus, tiang tumbang bagi tujuan keselamatan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang pertanyaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/feed/ 0 5819