Terkandas di mekah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Mar 2026 14:46:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terkandas di mekah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kita hanya mampu berdoa, berserah kepada Allah SWT – Nurfaizah https://sabahmedia.com/2026/03/02/kita-hanya-mampu-berdoa-berserah-kepada-allah-swt-nurfaizah/ https://sabahmedia.com/2026/03/02/kita-hanya-mampu-berdoa-berserah-kepada-allah-swt-nurfaizah/#respond Mon, 02 Mar 2026 14:46:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92551
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Pembatalan dan penangguhan penerbangan susulan serangan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran menimbulkan kebimbangan buat jemaah umrah yang kini terkandas di Mekah sejak Ahad.

Seorang jemaah, Nurfaizah Lokman,33,berkata, ini kerana penerbangan beliau bersama adiknya melibatkan urusan balik membabitkan dua sektor perjalanan iaitu Jeddah–Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur–Tawau.

Bagaimanapun katanya, penerbangan yang dibatalkan sebelum ini akan diganti oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines apabila ruang udara dibuka semula.

“Pada mulanya memang saya dan adik gembira sebab dapat tinggal lebih lama di Mekah, tapi pada masa sama risau dan takut dengan keadaan isu yang berlaku.

“Tambahan lagi penerbangan semua dibatalkan dan ditangguhkan kerana ruang udara ditutup, ini menimbulkan isu bagaimana penempatan jemaah umrah jika berlarutan kerana sememangnya memakan kos yg tinggi.

“Alhamdulillah kami bersyukur dan beruntung kerana pihak agensi mengambil tanggungjawab sepenuhnya menyediakan penginapan dihotel yang sama di Mekah serta menyediakan makanan untuk jemaah umrah. 

“Kami juga dimaklumkan bahawa penerbangan ke Malaysia akan segera dilaksanakan sekiranya ruang udara sudah dibuka semula,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini pada Isnin.

Nurfaizah yang berasal dari Lahad Datu mengakui situasi yang berlaku merupakan pengalaman pertama dan hanya mampu berdoa agar keadaan semakin pulih.

Beliau berkata, dia bersama adiknya serta rombongan jemaah umrah lain masih menunggu arahan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh jemaah terkandas di Mekah dan Madinah.

“Kita hanya mampu berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT dan mengambil hikmah atas kejadian ini. Ini juga merupakan peluang yang Allah berikan secara ‘percuma’ untuk beribadah di Tanah Suci lebih lama. 

“Pihak keluarga tidak perlu risau dan insyaAllah kami akan pulang dengan selamat dengan izin Allah SWT,” katanya 

Beliau turut  berharap rakyat Malaysia untuk sentiasa mendoakan kami agar dipermudah urusan untuk pulang ke tanah air dengan selamat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/02/kita-hanya-mampu-berdoa-berserah-kepada-allah-swt-nurfaizah/feed/ 0 92551