Terkawal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Feb 2022 12:04:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terkawal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Keseluruhan Keselamatan di Sabah Terkawal – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/#respond Mon, 28 Feb 2022 12:03:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12605
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah melahirkan rasa puas hati dengan kawalan keseluruhan keselamatan di negeri ini.

“Berdasarkan taklimat Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dan pegawainya, saya gembira mendengar bahawa kita berada dalam kawalan keselamatan yang baik daripada pihak PDRM ,” katanya semasa lawatan kerja beliau ke ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan dekat sini pada Isnin.

Antara isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat itu ialah pengembalian semula larangan pam bot di Sabah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri tahun lepas.

Ketua Menteri meminta polis menyediakan kertas kerja mengenai perkara itu yang akan dibentangkan semasa mesyuarat Keselamatan Negeri tahun ini kerana alternatif mesti diberikan supaya larangan itu dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Hajiji turut mengarahkan polis Sabah meningkatkan pengawasan sehingga pilihan raya presiden negara jiran, Filipina.

Beliau mahu pihak polis memantau keadaan kerana isu tuntutan Sabah akan berlaku dan sentiasa menjadi topik hangat yang digunakan oleh calon presiden Filipina untuk meraih sokongan
daripada pengundi.

“Kepanasan daripada pilihan raya presiden Filipina yang akan diadakan pada 9 Mei 2022, perlu dipantau rapi oleh polis kita khususnya Cawangan Khas,” katanya.

Mengenai isu Sabah dijadikan transit pengedaran dadah terlarang, Hajiji berharap polis akan terus memantau keadaan kerana limpahan bahan terlarang itu ke dalam negeri akan mewujudkan isu sosial yang besar.

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong semasa taklimat itu supaya meneliti permohonan tanah untuk membina pangkalan baru polis marin di bandar dan untuk pangkalan Pasukan Gerakan Am Nabawan.

“Permohonan mesti diutamakan kerana ini melibatkan keselamatan dan kedaulatan negeri,” katanya.

Manakala mengenai isu lesen senjata api, Hajiji bersetuju bahawa kuasa untuk meluluskan lesen itu adalah diberikan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah sama seperti di Sarawak.

“Saya akan membawa perkara itu kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Negeri Dato’ Sarul Bahiyah Abu, Setiausaha Hal Ehwal dan Penyelidikan Dalam Negeri Datuk Awang Shaminan Sahari serta pegawai kanan polis Sabah termasuk Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/feed/ 0 12605
COVID-19: Kes tinggi tapi kadar penularan terkawal https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/#respond Thu, 12 Aug 2021 12:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4521
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kes Positif COVID-19 di Sabah hari ini dilihat amat tinggi namun kadar penularan masih berada dalam tahap terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif COVID-19 di Sabah hari ini (12 Ogos 2021) mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,052 kes.

Katanya, 2052 adalah angka yang amat menggerunkan dan memang diakui ia antara angka tertinggi dikalangan negeri-negeri di Malaysia, di mana Sabah berada di tangga ke-4 tertinggi.

“Mungkin ada yang mengatakan kita sudah gagal membendung penularan COVID-19 di negeri ini. Kalau sekadar melihat angka semata-mata mungkin kesimpulan itu ada asasnya.

“Hari ini juga memperlihatkan kenaikan ketara di hampir semua negeri dalam Malaysia, malah di banyak negara di dunia.

“Bagaimanapun jumlah kes seluruh negara hari ini ialah 21,668, satu rekod baharu. Hakikatnya kita sedang berhadapan dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19, kali ini dengan varian yang lebih merbahaya dan lebih cepat merebak,” katanya.

Masidi juga menunjukkan kiraan kadar jangkitan (infectivity rate) mengikut ratio (nisbah) jumlah penduduk iaitu kebarangkalian ianya satu kaedah kiraan yang lebih tepat untuk menentukan samada tinggi atau rendahnya tahap penularan dan jangkitan dikalangan penduduk.

Berikut ialah kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan maklumat kes COVID-19 pada 12 Ogos 2021:

Selangor – 96 kes
Kuala Lumpur – 137 kes
Johor – 45 kes
Sabah – 52 kes
Sarawak – 43 kes
Negeri Sembilan – 79 kes
Kedah – 110 kes
Pulau Pinang – 69 kes
Kelantan – 50 kes
Perak – 37 kes
Melaka – 52 kes
Pahang – 37 kes
Terengganu – 47 kes
Labuan – 11 kes
Putrajaya – 49 kes
Perlis – 9 kes.

Katanya, Jumlah kes baharu di Sabah hari ini (2052) lebih tinggi daripada Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (1,299) & hampir 5 kali ganda lebih tinggi daripada Melaka.

Namun kadar penularan Covid di Sabah lebih rendah daripada Pulau Pinang (52-69), lebih rendah daripada Negeri Sembilan (52-79), sama dengan Melaka (52-52), hampir sama dengan Kelantan (52-50) walaupun kes di Sabah lebih dua kali ganda lebih tinggi daripada Kelantan, lebih separuh lebih rendah daripada Kedah (52-110) walaupun kes di Kedah cuma 91 lebih tinggi daripada Sabah.

“Kesimpulannya kes positif COVID-19 di Sabah amat tinggi tetapi kadar penularan (infectivity rate) masih terkawal, oleh itu sama-sama kita jaga diri dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan kita memperolehi vaksin bagi yang layak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/feed/ 0 4521