terkena renjatan elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Mar 2024 14:53:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terkena renjatan elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/#respond Wed, 20 Mar 2024 14:53:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51349
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas cedera selepas terkena renjatan elektrik semasa cuba memadam api kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Keliangau 2, Menggatal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 11 anggota dari BBP Lintas dan tujuh dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10.05 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah Bengkel persendirian jenis tidak kekal terbakar 100 peratus dan tiga buah kenderaan iaitu dua buah pacuan empat roda jenis
Nissan Frontier dan Toyota Hilux terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat seorang anggota wanita daripada BBP Lintas cedera terkena renjatan elektrik dan telah dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Samantha Echa Sigah, 36, dilaporkan kini berada di Hospital Queen Ellizabeth ll dan berada dalam keadaan stabil atas pemantauan doktor.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengahari tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 51349
Dua mangsa termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/#respond Wed, 05 Jul 2023 02:50:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37722
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dua orang mangsa lelaki termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Sembulan Tengah di sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.38 tengahari pada Selasa (4 Julai) mengenai kejadian kebakaran itu.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Penampang dan BBP Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berserta sebuah bengkel membaiki kenderaan yang berada di tingkat bawah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua orang mangsa, seorang mangsa adalah PB Mohd Ralie Abdul Manap yang bertugas di BBP Kota Kinabalu dan seorang mangsa lagi lelaki dewasa dilaporkan telah terkena renjatan elektrik.

“Kedua-dua mangsa mendapat rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Turut dilaporkan terdapat lima buah kenderaan terlibat dalam kebakaran itu yang terkena bahangan api.

“Operasi terkawal pada jam 1.22 petang seterusnya kerja-kerja overhaul dijalankan dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitar kawasan tersebut, operasi ditamatkan pada jam 3.48 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/05/dua-mangsa-termasuk-seorang-anggota-bomba-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 37722
Tukang cat kereta maut terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2023/05/15/tukang-cat-kereta-maut-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2023/05/15/tukang-cat-kereta-maut-terkena-renjatan-elektrik/#respond Mon, 15 May 2023 14:39:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34439
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di tempat kerjanya sebuah bengkel cat kereta di Kampung Sinulihan, Inanam dekat sini pada awal pagi Ahad (14 Mei).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, mangsa yang berusia 39 tahun, bekerja sebagai tukang cat kereta telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian pada jam 4.01 pagi.

Kalsom berkata, pada 14 Mei 2023 jam 4.12 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah menerima panggilan telefon daripada seorang pengadu yang memaklumkan seorang lelaki telah terkena renjatan elektrik ditempat kerjanya di sebuah bengkel cat kereta di Kampung Sinulihan, Inanam.

“Menurut saksi iaitu rakan sekerja mangsa, semasa mangsa keluar
berehat di belakang bengkel, tiba-tiba saksi terdengar mangsa menjerit lalu saksi pergi ke belakang bengkel dan mendapati mangsa tengah berdiri sambil memegang besi pagar belakang kawasan bengkel.

“Saksi menarik mangsa dan merasa ada aliran arus elektrik, kemudiannya mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Kalsom, pihak ambulan telah berada di lokasi dan telah buat pemeriksaan terhadap mangsa.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.01 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/15/tukang-cat-kereta-maut-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 34439
Lelaki maut terkena renjatan elektrik di laluan pejalan kaki https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/ https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/#respond Thu, 04 May 2023 13:36:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33811
Read Time:1 Minute, 34 Second

LABUAN: Seorang lelaki maut disyaki terkena renjatan elektrik di laluan pejalan kaki, Jalan Tanjung Purun dekat sini pada Khamis (4 Mei).

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, pada Khamis (4 Mei) jam lebih kurang 12.05 pagi, pihak polis telah menerima maklumat daripada pengadu (abang mangsa) yang memaklumkan telah menjumpai adiknya sedang terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, Jalan Tanjung Purun, W.P. Labuan disyaki terkena renjatan elektrik.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis telah menghubungi Hospital Labuan, Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dan Perbadanan Labuan untuk tindakan lanjut.

“Pihak ambulan kemudian telah sampai di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu media kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, pihak SESB dan Perbadanan Labuan kemudiannya bertindak pantas memutuskan bekalan elektrik di lokasi tersebut sebagai tindakan pencegahan dan
menyiasat punca kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati pengadu keluar berjalan kaki untuk mencari mangsa kerana tidak pulang ke rumah pada jam 11.30 malam setelah selesai bekerja di salah sebuah hotel di Labuan.

“Mangsa dikenali sebagai Ryandeigo Roselee berusia 18 tahun berasal dari Kampung Pauh Tulid, Sook, Keningau telah dijumpai oleh pengadu sedang terbaring di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, pihak polis memaklumkan bahawa lokasi kejadian iaitu laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun menuju ke bangunan Ujana Kewangan ditutup sementara waktu sehingga pihak polis mendapat pengesahan daripada agensi terlibat khususnya pihak SESB dan Perbadanan Labuan bahawa laluan tersebut selamat digunakan oleh orang ramai.

“Laluan alternatif bagi pejalan kaki yang dapat digunakan oleh orang ramai ialah Jalan Merdeka berhadapan dengan Padang Dataran Labuan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang terdapat bekalan/punca arus elektrik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku khususnya pada musim hujan ketika ini di Labuan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/04/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik-di-laluan-pejalan-kaki/feed/ 0 33811