terkena renjatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Mar 2024 07:56:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terkena renjatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki maut terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/#respond Mon, 11 Mar 2024 07:56:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50931
Read Time:42 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian
di Kampung Datu Pangeran Batu 7 dekat sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ridzsfar Jafar, 18, disahkan meninggal dunia oleh pegawai polis yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 pagi tadi (11 Mac).

Katanya, mangsa yang sedang lalu di lokasi kejadian dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di oleh pegawai Polis di lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan menyerahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, agensi yang terlibat selain PDRM, petugas dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada di lokasi kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/lelaki-maut-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 50931
Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa operasi https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/ https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/#respond Thu, 23 Mar 2023 09:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31336
Read Time:52 Second

PAPAR: Seorang anggota Bomba mengalami kecederaan terkena renjatan elektrik semasa melakukan operasi pemadaman api dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabok Kinarut dekat sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, mangsa Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohd Qayyum Hamzah, 26, terkena renjatan elektrik dan mengalami cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, berkata anggota yang cedera adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Papar menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 12.08 tengahari tadi (23 Mac).

“Setiba pasukan Bomba dari BBP Papar mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 90 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera.

“Bagaimanapun operasi terkawal pada jam 12:37 tengahari dan sebaik sahaja memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/23/anggota-bomba-cedera-terkena-renjatan-elektrik-semasa-operasi/feed/ 0 31336