terkena tembakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Aug 2026 18:36:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terkena tembakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota polis cedera terkena tembakan ketika bertugas https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/ https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/#respond Wed, 26 Aug 2026 18:33:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102306
Read Time:45 Second

LAHAD DATU: Seorang anggota Polis Marin (PPM) Lahad Datu berpangkat Lans Koperal cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin di sini, pada 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan bahagian perut selepas terkena tembakan ketika seorang anggota rakan setugas terbabit dalam proses mengosongkan senjata api di lokasi kejadian.

“Mangsa menerima rawatan awal di Hospital Lahad Datu sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan serta pemantauan pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 berkaitan kesalahan melepaskan tembakan sehingga mencederakan mana-mana orang.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/feed/ 0 102306
Kanak-kanak maut terkena tembakan senapang buatan sendiri https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/#respond Fri, 28 Apr 2023 10:38:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33482
Read Time:46 Second

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut dipercayai terkena tembakan senapang buatan sendiri dalam satu kejadian di Kampung Sosogoh Salong, Pagalungan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pada 24 April lalu jam 8.55 malam, pihak polis menerima maklumat daripada Klinik Nabawan memaklumkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Hasil siasatan pihak polis mangsa kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun itu telah terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis ‘pump gun’ oleh rakan yang bermain bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan kejadian itu, Nor Rafidah berkata, pihak polis telah menangkap seramai tujuh orang dan merampas satu laras senjata api buatan sendiri jenis ‘pump gun‘ untuk siasatan lanjut.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Menurutnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizebeth untuk bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/28/kanak-kanak-maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri/feed/ 0 33482