Terkesan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Feb 2024 01:23:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terkesan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hampir 17% pengguna terkesan kenaikan cukai SST https://sabahmedia.com/2024/02/28/hampir-17-pengguna-terkesan-kenaikan-cukai-sst/ https://sabahmedia.com/2024/02/28/hampir-17-pengguna-terkesan-kenaikan-cukai-sst/#respond Wed, 28 Feb 2024 01:19:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50201
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan (SST) turut melibatkan pengguna di negeri ini.

Kadar cukai SST ini akan berubah iaitu daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1hb Mac 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar (gambar), hanya penggunaan elektrik 600 kWh ke atas ataupun bil bulanan berjumlah RM203 ke atas sahaja akan terlibat dengan cukai SST lapan peratus ini.

Katanya, kenaikan kadar cukai SST ini dijangkakan akan memberi kesan terhadap 95,982 pemegang akaun ataupun 16.72 peratus pengguna sahaja dan tidak melibatkan pengguna secara keseluruhan.

“SESB sentiasa memantau dan bersedia membantu untuk memberi kefahaman kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang kerumitan semasa peralihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan cukai SST di laman sesawang rasmi SESB di www.sesb.com.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/28/hampir-17-pengguna-terkesan-kenaikan-cukai-sst/feed/ 0 50201