Terkesan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Jan 2023 10:29:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terkesan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah negeri paling teruk terkesan banjir -Armizan https://sabahmedia.com/2023/01/28/sabah-negeri-paling-teruk-terkesan-banjir-armizan/ https://sabahmedia.com/2023/01/28/sabah-negeri-paling-teruk-terkesan-banjir-armizan/#respond Sat, 28 Jan 2023 10:26:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28642
Read Time:2 Minute, 42 Second

KOTA MARUDU: Statistik terkini menunjukkan Sabah merupakan negeri yang paling teruk terkesan banjir dalam luruan monsun yang sedang berlaku.

Secara keseluruhan, setakat 27 Januari 2023, jumlah mangsa banjir yang sedang berada di 33 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sabah adalah seramai 10,312 daripada 3,564 keluarga melibatkan lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Telupid dan Tawau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan luruan monsun pada kali ini dijangka berterusan sehingga 4 Februari 2023 dan ramalan cuaca menunjukkan hujan berterusan dijangka akan tertumpu di timur Semenanjung dan Sabah.

“Monsun Timur Laut (MTL) musim ini (2022/2023) yang telah bermula pada awal bulan November 2022 dijangka akan berlarutan sehingga bulan Mac 2023,” katanya.

Menurut Armizan, sejak bermulanya MTL musim ini seawal bulan Oktober sehingga 27 Januari 2023, jumlah keseluruhan mangsa banjir dan air pasang besar yang berpindah ke PPS di Sabah adalah seramai 13,480 orang daripada 4,675 keluarga dengan melibatkan pembukaan 70 PPS.

Beliau berkata demikian semas mengadakan lawatan di PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek hari ini, PPS tersebut telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023.

Katanya, bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

“Tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi kita mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang
bertanggungjawab.

“Secara keseluruhannya, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi perhatian terhadap pelaksanaan kali pertama penyediaan makanan dengan teknologi retort sebagai juadah awal untuk para mangsa banjir di PPS.

“Penggunaan retort food ini adalah langkah
alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di PPS.

“Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat. Saya mendapat maklum balas positif daripada para mangsa berhubung pembekalan retort food,” jelasnya.

Namun katanya, mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, penyediaan retort food ini masih terhad dan belum meliputi semua PPS.

“Atas sebab itu, kita masih menerima beberapa aduan kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa yang baru sampai di sesetengah tempat.

“Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan retort food sebagai makanan kali pertama untuk mangsa yang baru tiba di PPS wajar diperluaskan di Sabah,” ujarnya.

Armizan turut dimaklumkan bekalan retort food dalam program rintis di Sabah ini diperolehi dari Semenanjung Malaysia.

“Sewajarnya usaha dirintis supaya bekalan dapat diperolehi secara domestik di negeri Sabah sendiri untuk memastikan stok boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa kekangan logistik udara atau laut.

“Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam aspek penyediaan makanan di semua PPS di Sabah,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/28/sabah-negeri-paling-teruk-terkesan-banjir-armizan/feed/ 0 28642
Penjadualan Semula Bayaran Peminjam Dan Penyewa Premis Perniagaan MARA Yang Terkesan Bencana Banjir https://sabahmedia.com/2021/12/24/penjadualan-semula-bayaran-peminjam-dan-penyewa-premis-perniagaan-mara-yang-terkesan-bencana-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/penjadualan-semula-bayaran-peminjam-dan-penyewa-premis-perniagaan-mara-yang-terkesan-bencana-banjir/#respond Fri, 24 Dec 2021 12:21:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10270
Read Time:1 Minute, 7 Second

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan situasi bencana banjir yang melanda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi kelonggaran untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran kepada mereka yang terlibat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peminjam perniagaan turut diberi kelonggaran itu selain pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada peniaga yang terjejas.

“Bagi mereka yang menjadi mangsa banjir dan terkesan dengan bencana itu, mereka boleh memohon kelonggaran tersebut dengan menghubungi Pejabat MARA Negeri atau Daerah berhampiran.

Insentif ini merupakan tanda keprihatinan MARA terhadap kepayahan dan kerugian yang ditanggung oleh penerima kemudahan yang terjejas akibat bencana tersebut,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Buat masa ini tambah beliau, MARA juga tidak akan meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan MARA yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda kali ini.

Bagi penyewa premis perniagaan MARA pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penyewa.

“Saya berharap insentif ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban peminjam terutamanya usahawan dalam memulihkan kembali operasi dan aliran tunai syarikat.

“Kita juga amat bersimpati dengan musibah bencana banjir yang melanda kali ini dan berharap agar semua mangsa yang terkesan dapat bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi ini,” kata Mahdzir.

Mereka yang berkenaan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insentif bencana banjir ini, boleh layari laman sesawang https://www.mara.gov.my.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/penjadualan-semula-bayaran-peminjam-dan-penyewa-premis-perniagaan-mara-yang-terkesan-bencana-banjir/feed/ 0 10270
Bentuk kabinet baharu, kurangkan karenah birokrasi dalam usaha bantu rakyat terkesan akibat COVID-19 – Azizah https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/#respond Sun, 22 Aug 2021 02:56:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5047
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Pembentukan kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk mencari strategi mengurangkan karenah birokrasi dalam usaha membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata proses birokrasi hanya akan menyusahkan rakyat yang memerlukan bantuan dengan segera.

“Ini adalah satu keadaan yang tidak pernah berlaku dan disebabkan itu juga, tindakan dan mekanisma yang dirancang mestilah berbeza daripada cara yang normal.

‘’Dengan ini proses menyampaikan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan akan lebih tersusun.

“Jadi penting untuk merancang dan mencari jalan untuk mempermudahkan bantuan dan pinjaman yang boleh mengembalikan rakyat yang terjejas,’’ katanya.

Selain itu, Azizah juga menggesa semua Ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang untuk berlapang dada dan menyokong segala dasar kerajaan.

Ini kerana kerjasama rentas parti adalah elemen penting dalam usaha membantu kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

‘’Saya rasa kita (ahli parlimen) perlu menjadi lebih matang kerana setakat ini kalau bercakap soal kerjasama bipartisan masih belum tercapai di negara ini.

‘’Ini kerana bila (ahli parlimen) bercakap, mereka tidakpun berbincang tentang bagaimana kita boleh bersama-sama memastikan segala usaha kerajaan untuk memastikan rakyat kita selamat dan sejahtera dijayakan sekali gus memulihkan ekonomi,’’ tambahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, pada Sabtu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/feed/ 0 5047
Sukarelawan Bantu Penduduk yang Terkesan di Sekitar Ranau https://sabahmedia.com/2021/07/03/sukarelawan-bantu-penduduk-yang-terkesan-di-sekitar-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/07/03/sukarelawan-bantu-penduduk-yang-terkesan-di-sekitar-ranau/#respond Sat, 03 Jul 2021 06:09:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2436
Read Time:54 Second

RANAU: Inisiatif seorang sukarelawan yang turut berkongsi rezeki bagi membantu golongan terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sekitar daerah di sini.

Sukarelawan tersebut iaitu Sapilin Mudin, 55, dari Kg Lukapon Kilimu Ranau menggunakan dana sendiri membantu menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan barang makanan melibatkan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit telantar di beberapa kampung seperti Kg.Lohan, Kg.Sinarut, Kg.Perancangan dan Kg.Naradau bagi meringankan beban mereka di masa yang sukar ini.

Sapilin yang juga seorang ahli perniagaan berkata, beliau ikhlas berkongsi rezeki menghulurkan sumbangan peribadinya kepada mereka yang cukup terkesan dalam keadaan sekarang terutama warga emas dan pesakit telantar.

“Saya mengalu-alukan sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu mereka yang memerlukan jika berkemampuan supaya dapat mengurangkan beban yang mereka tanggung ketika musim pandemik COVID-19 melanda negara kita,” katanya.

Disamping itu, beliau juga turut menasihatkan kepada penduduk kampung yang ditemuinya agar sentiasa mengikuti segala saranan kerajaan terutamanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya dapat mengelakkan penularan virus COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/03/sukarelawan-bantu-penduduk-yang-terkesan-di-sekitar-ranau/feed/ 0 2436
MCMC Turun Padang Bantu Pelajar yang Terkesan https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/ https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/#respond Thu, 17 Jun 2021 04:19:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1436
Read Time:1 Minute, 17 Second

KENINGAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama
wakil penyedia perkhidmatan terdiri daripada Celcom, Digi, Maxis dan YTL telah mengadakan pertemuan dengan Atiqah Nurqistina Jamain seorang pelajar tingkatan lima di Kg.Ranggom dekat sini, susulan dari masalah capaian internet yang dihadapi oleh pelajar berkenaan.

Ketua Pejabat MCMC Cawangan Keningau, Moris Miting berkata, pertemuan dengan pelajar tersebut bagi memahami masalah dan keperluan pelajar yang terkesan itu untuk meneruskan pembelajaran dari rumah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihak MCMC juga memaklumkan bahawa pelbagai usaha giat diambil bagi memastikan masalah kesalinghubungan di kawasan berkenaan ditangani dengan segera.

Semasa lawatan tersebut, ujian kelajuan jalur lebar turut dijalankan di kawasan rumah pengadu dan hasil ujian mendapati liputan di lokasi adalah tidak memuaskan.

“Sebagai langkah sementara dalam
meringankan kesukaran yang dihadapi oleh Atiqah Nurqistina, kerja-kerja pengoptimuman akan dijalankan oleh pihak Maxis di lokasi menara terdekat iaitu di Kg. Labak Baru Bingkor.

“Selepas PKP Atiqah juga boleh mendaftar dan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) dan dia juga boleh mengguna pakai kemudahan Wifi yang sedia ada di PIK tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa PKP dan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan,”kata Moris.

Dalam pada itu, untuk penyelesaian jangka panjang, solusi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah pun dirancang.

Sebuah menara akan dibina oleh pihak Celcom menerusi projek JENDELA di Kg. Sungai Apin-Apin yang terletak lebih kurang 0.77 kilometer dari Kg. Ranggom.

“Pembinaan menara ini yang dijangka siap pada bulan April 2022 akan menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dan para penduduk di sekitar Kg. Ranggom,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/17/mcmc-turun-padang-bantu-pelajar-yang-terkesan/feed/ 0 1436