terlibat dalam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Jan 2024 06:10:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terlibat dalam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki warga asing maut, pacuan empat roda dipandu terlibat dalam kemalangan di Putatan https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/ https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/#respond Sat, 13 Jan 2024 06:10:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47919
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar belakang sebuah motokar lalu kedua-duanya terbabas di bahu jalan berhampiran lampu isyarat simpang Klinik Kesihatan Putatan awal pagi tadi.

Dalam kejadian, mangsa warga asing berusia 30 tahun pemandu pacuan empat roda telah tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintendan Sammy Newton berkata, pihak IPD Penampang mengesahkan telah terima satu maklumat awam pada jam 5.05 pagi tadi (13 Jan) mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan pancuan empat roda dengan sebuah motokar berlaku di jalan Papar ke Kota Kinabalu, berhampiran lampu isyarat simpang klinik kesihatan Putatan, Penampang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Papar ke Kota Kinabalu dan secara tiba-tiba kenderaan pancuan empat roda telah melanggar motokar dari arah belakang sehingga kedua-duanya terbabas ke arah kiri bahu jalan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu kenderaan pancuan empat roda telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala pemandu motokar seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sammy berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/13/lelaki-warga-asing-maut-pacuan-empat-roda-dipandu-terlibat-dalam-kemalangan-di-putatan/feed/ 0 47919
9 kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Sandakan, 1 cedera https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/ https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/#respond Tue, 14 Mar 2023 14:36:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30841
Read Time:58 Second

SANDAKAN: Kejadian nahas jalan raya membabitkan sembilan kenderaan telah berlaku di Jalan Utama Batu 30 dekat sini petang tadi. (14 Mac)

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 petang tadi mengenai kejadian kemalangan tersebut.

Kemalangan jalan raya melibatkan sembilan kenderaan di jalan utama Batu 30 di Sandakan petang tadi. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan Lori 10 tan merempuh Lori 1.5 tan dan rempuhan tersebut menyebabkan pelanggaran sesama sendiri kenderaan di bahagian hadapan.

“Kenderaan lain yang terlibat iaitu Lori 3 tan, Bas Mini 29 penumpang, Perodua Myvi, Proton Saga FLX , Toyota Revo, Toyota Hilux dan Ford Ranger,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu Lori 1.5 tan terlibat mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera.

“Mangsa yang cedera seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa lain tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, maklumat mangsa tidak diperolehi.

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.40 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/14/9-kenderaan-terlibat-dalam-satu-kemalangan-di-sandakan-1-cedera/feed/ 0 30841