terlibat kemalangan jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Jul 2023 13:15:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terlibat kemalangan jalan raya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Seorang wanita maut, tiga cedera parah terlibat kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/07/10/seorang-wanita-maut-tiga-cedera-parah-terlibat-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/07/10/seorang-wanita-maut-tiga-cedera-parah-terlibat-kemalangan-jalan-raya/#respond Mon, 10 Jul 2023 13:15:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38062
Read Time:1 Minute, 5 Second

LAHAD DATU: Seorang wanita maut manakala tiga lagi mengalami cedera parah apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sabahan Lahad Datu – Tawau petang tadi (10 Julai).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.35 petang tadi mengenai kemalangan jalan raya yang berlaku di lokasi berkenaan.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Terdapat lima mangsa dilaporkan terlibat dari kenderaan Proton Saga. Seorang mangsa kanak-kanak telah dibawa ke hospital menggunakan kenderaan klinik kesihatan Lahad Datu sebelum pasukan Bomba tiba dilokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue Tools.

“Empat orang mangsa berjaya dikeluarkan, bagaimanapun tiga orang mengalami kecederaan parah manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan
Ambulan bagi mendapatkan rawatan.

“Manakala mangsa yang meninggal dunia, seorang wanita berumur lingkungan 50’an diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/10/seorang-wanita-maut-tiga-cedera-parah-terlibat-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 38062
Enam murid sekolah cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/06/06/enam-murid-sekolah-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/06/06/enam-murid-sekolah-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/#respond Tue, 06 Jun 2023 12:08:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35866
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU: Enam murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 4 mengalami cedera ringan apabila van yang dinaiki dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kejadian di Batu 5, Jalan Apas dekat sini petang tadi (6 Jun).

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
pada jam 1.00 petang, pihak polis IPD Tawau telah menerima
makluman berkenaan satu kes kemalangan jalanraya yang berlaku di Batu 5, Jalan Apas melibatkan sebuah van jenis Nissan dengan sebuah kenderaan pacuan empat
roda jenis Toyota.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.50 tengah hari ketika pemandu van persendirian seorang lelaki berumur 24 tahun
membawa enam orang penumpang terdiri dari murid sekolah SK Batu 4, Jalan
Apas yang berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, kemalangan dipercayai
berlaku ketika pemandu van dari arah SK Batu 4 hendak menuju balik ke
Kampung Hidayat , Batu 4 dan apabila sampai di pusingan U, ketika van
hendak keluar simpang telah dilanggar oleh sebuah pacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 24 tahun yang datang dari arah jalan bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu van telah hilang kawalan lalu terbabas
dan terbalik di lorong sebelah kiri jalan menghala ke Bandar Tawau.

“Kemalangan telah menyebabkan enam murid tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu van dan pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Jasmin berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan. Kes disiasat di bawah Sek.43 (1)
APJ 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/06/enam-murid-sekolah-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 35866