Terlibat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 Mar 2024 13:30:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terlibat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 13 pelajar direman enam hari, disyaki terlibat kes kematian pelajar asrama https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/#respond Sat, 23 Mar 2024 13:30:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51488
Read Time:1 Minute, 8 Second

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini membenarkan tahanan reman enam hari ke atas 13 pelajar disyaki terlibat kes kematian seorang pelajar di asrama Kolej Vokasional di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua 13 orang pelajar lelaki kolej berkenaan yang berumur antara 16 hingga 19 tahun ditahan reman selama enam hari itu bermula 23 hingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut.

Sehubungan dengan itu, Rohan Shah berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan,17, dengan sekumpulan penghuni asrama kolej berkenaan berkaitan dengan masalah kehilangan wang yang berlaku di asrama itu.

“Ianya berikutan daripada dua orang pelajar yang masing-masing kehilangan wang berjumlah RM50.00 dan RM35.00, mangsa dituduh mencuri dan dipukul sehingga mati oleh rakan penghuni asrama kolej berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, setakat ini, polis mengambil keterangan ke atas 12 orang saksi
bebas yang antaranya empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa orang pelajar kolej terbabit.

“Selain daripada itu, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati kesemuanya bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Pihak polis turut merampas lagi dua belas buah telefon pintar milik suspek.

“Pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat milik mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu, bagi mengenal pasti punca kematian sebenar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/13-pelajar-direman-enam-hari-disyaki-terlibat-kes-kematian-pelajar-asrama/feed/ 0 51488
Dua pelancong maut terlibat kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2024/03/11/dua-pelancong-maut-terlibat-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/dua-pelancong-maut-terlibat-kemalangan-jalan-raya/#respond Mon, 11 Mar 2024 14:46:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50942
Read Time:1 Minute, 46 Second

SEMPORNA: Dua pelancong warga asing maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 21 Jalan Semporna – Tawau petang tadi (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pada jam lebih kurang 3.30 petang itu, satu kemalangan maut telah berlaku di Kilometer 21 Jalan Semporna – Tawau melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler, van persiaran dan lori box.

“Pelanggaran berlaku disebabkan oleh lori treler yang hilang kawalan telah makan jalan dan masuk ke lorong bertentangan jalan sebelah kanan lalu berlanggar dengan van persiaran dari arah depan dengan muatan penumpang seramai lima orang warga Singapura dan seorang warga vietnam dalam lingkungan umur 11 hingga 71 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, akibat daripada pelanggaran itu serpihan kemalangan terbang ke cermin hadapan lori box yang berada di belakang lori treler mengakibatkan cermin hadapan lori box tersebut pecah.

“Pemandu lori treler dan lori box tidak mengalami kecederaan namun seorang orang penumpang lelaki warga Singapura dan seorang penumpang wanita warga Vietnam masing-masing lingkungan umur 60-an dan 40-an disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu serta empat orang lagi penumpang warga Singapura dalam van persiaran mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berumur 29 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit disabit kesalahan.

“Kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan di talian 089-782020 balai polis semporna atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan.

Turut berada di lokasi kejadian sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dan petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/dua-pelancong-maut-terlibat-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 50942
11 rumah terlibat dalam kebakaran di Kg Laut Bongawan https://sabahmedia.com/2024/03/04/11-rumah-terlibat-dalam-kebakaran-di-kg-laut-bongawan/ https://sabahmedia.com/2024/03/04/11-rumah-terlibat-dalam-kebakaran-di-kg-laut-bongawan/#respond Mon, 04 Mar 2024 09:53:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50535
Read Time:38 Second

BONGAWAN: Sebanyak 11 buah rumah dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Laut, Bongawan tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerak Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 12.02 tengahari tadi (4 Mac) dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dibantu BBP Papar dan BBP Beaufort bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi di lokasi kejadian melaporkan kebakaran melibatkan 11 buah rumah, iaitu sembilan buah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus manakala dua lagi jenis separuh kekal terbakar 10 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 12.56 tengahari dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/04/11-rumah-terlibat-dalam-kebakaran-di-kg-laut-bongawan/feed/ 0 50535
Shahelmey arah JKR daerah, konsesi terlibat pastikan keadaan jalan raya selamat dilalui pengguna https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/ https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/#respond Sun, 18 Feb 2024 04:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49677
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya mengarahkan semua JKR daerah dan juga konsesi terlibat sentiasa memastikan keadaan jalan raya selamat dilalui oleh pengguna sementara kerja-kerja menaik taraf jalan dilakukan pada masa ini.

Shahelmey berkata, baru-baru ini satu mesyuarat telah diadakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan semua konsesi terlibat untuk mengenal pasti masalah-masalah teknikal yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf jalan.

“Baru-baru ini saya telah mengadakan mesyuarat dengan JKR dan juga semua konsesi yang terlibat dan cuba memahami masalah teknikal, sama ada masalah pengurusan ataupun kewangan yang terlibat, sebenarnya masalah teknikal yang dihadapi seperti jalan sudah lebih uzur rekabentuknya.

“Kedua bebanan yang diikenakan kepada jalan melebihi khususnya jalan-jalan daripada Telupid hingga ke Tawau yang mana kiri kanan jalan ada aktiviti perladangan kelapa sawit, ada bebanan lebih muatan ke atas jalan raya yang sudah uzur jadi ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang basah jadi ini sudah tentu mempercepatkan kerosakan struktur dan permukaan jalan.

“Justeru, sementara menanti jalan dinaik taraf ada bahagian jalan yang kita perlu perbaiki strukturnya saya minta semua JKR daerah dan juga konsesi untuk memastikan keadaan jalan selamat dilalui oleh pengguna jalan raya.

“Jadi mereka mengambil maklum, kita berharap ada perubahan dan peningkatan tahap keselamatan jalan raya daripada masa-masa seterusnya selepas ini,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Putatan di Masjid Daerah Putatan di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Shahelmey juga turut mencadangkan kepada agensi berkaitan supaya mengenakan penguatkuasaan tegas ke atas pengguna kenderaan berat yang lebih muatan melalui jalan yang telah dinaik taraf.

Terdahulu, Shahelmey menyempurnakan perasmian Majlis Berkhatan yang menyaksikan seramai 250 kanak-kanak kawasan Parlimen Putatan menyertainya.

Program berkhatan ini diadakan serentak di empat lokasi kawasan Parlimen iaitu Masjid Daerah Putatan, Masjid Serigai, Masjid Meruntum dan Masjid Al-Hilal Kampung Contoh.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dan ibubapa yang turut menjayakan program berkhatan ini.

“Program anjuran Pejabat Parlimen, Pejabat ADUN Tanjung Keramat dan jabatan-jabatan berkaitan kawasan Putatan adalah untuk membantu meringankan kos berkhatan yang pada masa sekarang ini jika dilakukan di klinik-klinik swasta akan mencecah RM150 hingga RM250.

“Justeru, saya berharap, program ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak lelaki lebih dari seorang,” kata Shahelmey.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/18/shahelmey-arah-jkr-daerah-konsesi-terlibat-pastikan-keadaan-jalan-raya-selamat-dilalui-pengguna/feed/ 0 49677
Polis tangkap suspek terlibat lebih 30 kes pecah rumah sekitar KK https://sabahmedia.com/2024/01/08/polis-tangkap-suspek-terlibat-lebih-30-kes-pecah-rumah-sekitar-kk/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/polis-tangkap-suspek-terlibat-lebih-30-kes-pecah-rumah-sekitar-kk/#respond Mon, 08 Jan 2024 10:04:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47676
Read Time:2 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap seorang suspek lelaki dipercayai terlibat lebih 30 kes pecah rumah sekitar Kota Kinabalu melibatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM119, 965.00.

Suspek seorang penganggur warga tempatan berusia 20 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat, Jalan Tuaran dekat sini pada 6 Januari 2024, jam 11.10 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek mengaku telah melakukan beberapa kes pecah rumah, kedai dan pejabat di sekitar Kota Kinabalu.

“Hasil soal siasat suspek yang merupakan seorang penganggur ini telah mengaku terlibat melakukan 29 kes pecah rumah dan premis perniagaan di sekitar daerah Kota Kinabalu terutamanya di kawasan Luyang, Kepayan, Likas, Tanjung Aru, Inanam dan satu kes di daerah Penampang.

“Suspek aktif melakukan kegiatan pecah rumah secara solo sejak tahun 2023 dan kes terakhir berlaku di sebuah premis perniagaan di Likas pada 31 Disember 2023 yang melibatkan kerugian lebih kurang RM7000.00,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Zaidi lagi, walaupun suspek mengaku melakukan jenayah secara solo tetapi pihak polis masih menjalankan siasatan lebih teliti untuk kenal pasti jika ada rakan jenayahnya terlibat.

Mohd Zaidi (kanan) menunjukkan sebuah peti besi seberat 200kg yang telah dibuang oleh suspek ke dalam kolam di Bukit Padang.

“Suspek telah membuang satu peti besi anggaran berat 200 kilogram ke dalam tasik, jadi kalau ikut dari segi berat peti besi tersebut, tidak logik dia melakukan jenayah itu secara solo, sebab itu kita sedang menyiasat.

“Ada beberapa insiden di mana suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kita gagal mengenalpasti suspek sebab pakai topi dan pelitup muka.

“Walaubagaimanapun, hasil kecekapan pegawai penyiasat menjumpai lima cap jari dalam kes pecah pejabat swasta di bangunan kompleks badan sukarelawan di Likas , dan suspek telah dikenalpasti berdasarkan cap jari yang sempurna, dan kita track down butir-butir peribadi dan tempat tinggal suspek, dan membuat serbuan di Taman Keramat,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, suspek juga memberitahu barang-barang hasil pecah rumah kebanyakan dijual secara rawak kepada pengedar dadah iaitu tempat dia mendapatkan bekalan dadah untuk kegunaan peribadi. Ada juga hasil pecah rumah dibuang di dalam kolam Bukit Padang.

“Manakala hasil wang tunai pecah rumah digunakan oleh suspek untuk keperluan harian, berbelanja dengan sahabat, melanggan pelacur, dan mendapatkan dadah selain untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan.

“Modus operandi suspek iaitu menggunakan alat kuku kambing pecah masuk pintu dan keluar ikut pintu yang sama,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi lagi, tangkapan suspek ini merupakan satu kejayaan besar pihak Polis Kota Kinabalu dan sekiranya penjenayah ini gagal dikesan, dia akan terus membuat akitivit-aktiviti menggusarkan penduduk di sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, anggaran kerugian yang dialami oleh kesemua mangsa bagi keseluruhan kes iaitu 30 kes melibatkan tiga kes pecah rumah, 26 kes pecah kedai dan satu kes pecah pejabat berjumlah lebih kurang RM119, 965.00 sepanjang kegiatan jenayah yang dilakukan oleh suspek sejak tahun 2023 sehingga Januari 2024.

“Suspek yang positif dadah jenis methapetamine itu juga memiliki 11 kes kesalahan jenayah lampau melibatkan kes curi, pecah rumah dan melupuskan barang curi,” ujarnya.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, pihak polis turut merampas beberapa barang hasil aktiviti pecah rumah termasuk generator grinder, set drill, dua set telefon bimbit, empat buah tablet, tiga beg galas berjenama, kad kredit dan peralatan pecah rumah.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 14 Jan ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/polis-tangkap-suspek-terlibat-lebih-30-kes-pecah-rumah-sekitar-kk/feed/ 0 47676
Kanak-kanak perempuan maut, 3 cedera parah, 5 cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/#respond Tue, 26 Dec 2023 09:22:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47151
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala tiga mengalami cedera parah dan lima lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan dua buah kenderaan Isuzu Dmax dengan lori Isuzu 3 tan di Jalan Rakit, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu , Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam lebih kurang 4.55 petang semalam (25 Dis) menyatakan terdapat satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lori Isuzu 3 tan dengan Isuzu Dmax di Jalan Rakit, Kota Marudu.

“Siasatan awal di tempat kemalangan mendapati sebuah lori Isuzu 3 tan dipandu oleh lelaki berusia 43 tahun dari arah Kampung Talantang hendak ke Langkon dengan membawa muatan sawit bersama dua penumpang manakala kenderan Isuzu Dmax dipandu oleh seorang wanita berusia 48 tahun dengan membawa lima penumpang dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.

“Sebaik sampai di tempat kejadian kenderaan Isuzu Dmax telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori Isuzu 3 tan yang datang dari arah bertentangan lalu terpusing dan terbabas di kiri jalan manakala Isuzu Dmax telah terbalik di kanan jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Zairolnizal, dalam kemalangan itu pemandu kedua-dua kenderaan tersebut termasuk dua orang penumpang dari Isuzu Dmax mengalami cedera parah, manakala dua penumpang lori Isuzu 3 tan dan empat penumpang Dmax mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut, namun seorang penumpang Dmax merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikenali sebagai Rebecca Grace Tintingon mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Kota Marudu pada jam 2 pagi tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian kenderaan Dmax yang dinaiki enam orang itu, kesemuanya adalah sekeluarga yang hendak meraikan sambutan Krismas di rumah keluarga mereka di Pitas.

“Pihak polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/26/kanak-kanak-perempuan-maut-3-cedera-parah-5-cedera-ringan-terlibat-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 47151