termasuk seorang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Mar 2024 20:55:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png termasuk seorang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua maut termasuk seorang remaja, motosikal langgar Toyota Hilux https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/#respond Thu, 14 Mar 2024 20:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51062
Read Time:1 Minute, 14 Second

SEMPORNA: Dua maut termasuk seorang pembonceng remaja lelaki selepas motosikal yang ditunggang melanggar kenderaan pacuan empat roda di Semporna pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, ketika kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 50’an membuat pusingan u-turn di Jalan Tampi-Tampi Simpang Lauhari Semporna dan dilanggar oleh sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, akibat dari perlanggaran itu penunggang motosikal lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun dan pembonceng 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Semporna manakala pemandu kenderaan Toyota Hilux telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit jika disabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau menyeru kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan ditalian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, Mohd Farhan turut menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika menunggang motosikal dan memastikan memakai topi keledar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/dua-maut-termasuk-seorang-remaja-motosikal-langgar-toyota-hilux/feed/ 0 51062
Tipu Jualan Emas: Enam individu termasuk seorang Datuk ditahan reman SPRM https://sabahmedia.com/2023/05/17/tipu-jualan-emas-enam-individu-termasuk-seorang-datuk-ditahan-reman-sprm/ https://sabahmedia.com/2023/05/17/tipu-jualan-emas-enam-individu-termasuk-seorang-datuk-ditahan-reman-sprm/#respond Wed, 17 May 2023 13:50:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34594
Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat bergelar Datuk kerana disyaki mengemukakan butiran matan palsu penyata penjualan emas yang mengakibatkan kerugian pembayaran royalti berjumlah jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Menerusi satu kenyataan media SPRM hari ini berkata, kesemua suspek iaitu lima lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 42 hingga 67 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Tawau, tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

“Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu ke atas semua suspek selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM, di Mahkamah Majistret Tawau, pagi ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua suspek termasuk Datuk dan tiga pengarah syarikat dipercayai memperdaya jabatan kerajaan negeri dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

“Perbuatan itu dilakukan dipercayai untuk mengelak dan membayar royalti emas sebenar kepada Kerajaan Sabah terhadap hasil emas yang dilombong di sebuah daerah di Tawau.

“Syarikat milik Datuk tersebut dipercayai memperdayakan jabatan kerajaan apabila tidak melaporkan penjualan emas ratusan kilogram bernilai puluhan juta yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti kepada Kerajaan Sabah,” jelasnya.

Tambahnya, penipuan dibuat melalui pakatan membabitkan dua syarikat yang mana semua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/17/tipu-jualan-emas-enam-individu-termasuk-seorang-datuk-ditahan-reman-sprm/feed/ 0 34594