Tersepit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jun 2023 06:29:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tersepit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekerja wanita patah jari tangan kiri tersepit dalam mesin buat kulit dumpling https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/ https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/#respond Sun, 25 Jun 2023 06:24:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37090
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita mengalami kecederaan patah jari tangan kiri selepas tangannya tersepit di mesin pembuatan kulit dumpling dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Menggatal Plaza dekat sini pada petang Sabtu.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.32 petang Sabtu (24 Jun).

Lokasi kejadian seoarang pekerja wanita tersepit tangan kiri dalam mesin pembuatan kulit dumpling. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Sepasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati tangan mangsa seorang pekerja wanita berjaya dikeluarkan dari mesin oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Mangsa berumur 19 tahun itu menerima rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS.

“Seterusnya mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan EMRS dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.10 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/25/pekerja-wanita-patah-jari-tangan-kiri-tersepit-dalam-mesin-buat-kulit-dumpling/feed/ 0 37090
Bomba Bantu Murid Lelaki Kemaluannya Tersepit Di Zip Seluar https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/#respond Tue, 11 Jan 2022 10:28:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11012
Read Time:36 Second

MEMBAKUT: Keadaan menjadi cemas apabila seorang murid lelaki, kemaluannya tersepit di zip seluar dalam satu kejadian di Klinik Kesihatan Membakut dekat sini pada Selasa.

Menurut satu kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Membakut pada jam 9.52 pagi tadi (11 Jan) mengenai insiden itu.

“Setiba di lokasi kejadian, ketua operasi pasukan Bomba melaporkan terdapat mangsa seorang kanak-kanak sekolah rendah lelaki berusia lingkungan lapan tahun itu lengkap memakai pakaian sekolah dan mendapati kemaluannya tersepit di zip seluarnya.

“Pasukan bomba bertindak memotong zip tersebut dan melonggarkan bahagian yang tersepit dan setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10:50 pagi,” kata kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/bomba-bantu-murid-lelaki-kemaluannya-tersepit-di-zip-seluar/feed/ 0 11012