Tertimbus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Mar 2026 02:21:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tertimbus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warga emas maut tertimbus tanah runtuh ketika cuba hidupkan genset https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/#respond Wed, 11 Mar 2026 02:19:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93045
Read Time:1 Minute, 7 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian tanah runtuh di belakang sebuah hotel di pusat bandar Sandakan awal pagi tadi ketika cuba menghidupkan generator selepas bekalan elektrik terputus.

Mangsa dikenali sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan diterima pada 6.39 pagi melibatkan kejadian di Super OYO 1027 Hotel London, Pusat Bandar Sandakan.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai dan tiba pada 6.48 pagi.

“Komander Operasi melaporkan kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang menyebabkan bekalan elektrik di hotel berkenaan terputus.

“Mangsa yang dipercayai kakitangan hotel kemudian cuba menghidupkan genset yang terletak di bahagian belakang bangunan sebelum tiba-tiba tertimbus dalam runtuhan tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba yang melakukan pemeriksaan mendapati mangsa tertimbus separuh badan sebelum operasi menyelamat dijalankan dengan menggali menggunakan peralatan penyodok.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 8.19 pagi selepas pasukan bomba memastikan kawasan berkenaan selamat dan tiada lagi risiko runtuhan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/warga-emas-maut-tertimbus-tanah-runtuh-ketika-cuba-hidupkan-genset/feed/ 0 93045
Lelaki warga emas hilang tertimbus runtuhan tanah di Penampang https://sabahmedia.com/2025/09/12/lelaki-warga-emas-hilang-tertimbus-runtuhan-tanah-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/09/12/lelaki-warga-emas-hilang-tertimbus-runtuhan-tanah-di-penampang/#respond Thu, 11 Sep 2025 23:03:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81036
Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan rumahnya di Kampung Sarapung, di sini, petang semalam.

Keadaan runtuhan tanah yang memusnahkan kediaman mangsa di Kg Sarapung, Penampang. – Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang Khamis.

“Sebaik pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba di lokasi, didapati runtuhan tanah telah menimbus sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat.

“Maklumat penduduk setempat memaklumkan terdapat dua mangsa terlibat. Seorang mangsa perempuan berjaya diselamatkan orang awam dan hanya cedera ringan, manakala seorang lelaki berusia 97 tahun masih hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba berdepan kesukaran untuk ke lokasi berikutan laluan utama dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.

“Pasukan terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer sebelum sampai ke lokasi kejadian. Hasil penilaian mendapati operasi mencari dan menyelamat (SAR) memerlukan penggunaan jentera berat dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD),” jelasnya.

Setakat ini, operasi SAR masih dijalankan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung.

Maklumat lanjut berhubung perkembangan operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/12/lelaki-warga-emas-hilang-tertimbus-runtuhan-tanah-di-penampang/feed/ 0 81036
Pekerja maut tertimbus runtuhan tanah https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/ https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/#respond Sat, 06 Sep 2025 09:37:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80713
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki berusia 22 tahun maut selepas tertimbus runtuhan tanah sedalam kira-kira 10 kaki ketika melakukan kerja-kerja penggalian dan pemasangan paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.45 petang sebelum sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 2.03 petang dan mendapati seorang mangsa tertimbus. Operasi menyelamat dilakukan dengan menggali tanah di kawasan mangsa tertimbus sebelum mangsa dibawa keluar menggunakan stretcher,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.50 petang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/06/pekerja-maut-tertimbus-runtuhan-tanah/feed/ 0 80713
Pemandu maut tertimbus selepas lori treler terjunam dalam gaung https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/#respond Fri, 24 Jan 2025 03:11:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67377
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut tertimbus selepas lori treler yang dipandunya membawa muatan tiang elektrik (konkrit) terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Nabutan, Ranau pada pagi Khamis.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tertimbus di bawah lori treler yang terbabas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8:41 pagi.

Katanya, sepasukan Bomba dan Penyelamat Ranau (BBP Ranau) yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9:12 pagi itu mendapati lori tersebut terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter, dengan pemandu tersepit di bawah lori.

“Pasukan bomba segera melaksanakan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas untuk menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa. Namun, usaha awal tersebut menemui kegagalan.

“Pada jam 6:00 petang, bantuan kren berat dari Kota Kinabalu tiba, namun tiga percubaan mengangkat lori itu juga tidak berjaya. Pasukan bomba kemudian mengubah strategi dengan memindahkan lebih 60 batang tiang simen yang menghalang proses penyelamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.50 pagi. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:12 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/feed/ 0 67377