tertusuk besi dada – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Mar 2024 01:45:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tertusuk besi dada – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kanak-kanak lelaki parah, tertusuk besi dada, leher https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/#respond Fri, 15 Mar 2024 01:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51068
Read Time:38 Second

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah akibat tertusuk besi di dada dan leher dalam kejadian di Kampung Tandek pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang Khamis (14 Mac) dari Hospital Lotong Kota Marudu mengenai kejadian itu.

Katanya, sebelum kejadian menurut ibu mangsa, semasa mereka pergi ke kedai runcit, kanak-kanak tersebut tersandung lalu terjatuh dan tertusuk besi di dadanya.

“Dalam kejadian itu kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan bahagian dada dan lehernya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berjaya memotong besi tersebut menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.09 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/kanak-kanak-lelaki-parah-tertusuk-besi-dada-leher/feed/ 0 51068