terumbu karang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Jun 2021 08:44:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terumbu karang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KePKAS Akan Pastikan Terumbu Karang Rosak Jalani Proses Restorasi https://sabahmedia.com/2021/06/26/kepkas-akan-pastikan-terumbu-karang-rosak-jalani-proses-restorasi/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/kepkas-akan-pastikan-terumbu-karang-rosak-jalani-proses-restorasi/#respond Sat, 26 Jun 2021 08:44:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2003
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan memastikan Terumbu karang yang rosak akibat dilanggar sebuah tongkang yang membawa bahan binaan di perairan pulau Mabul semalam untuk menjalani proses restorasi. 

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya sudah mengarahkan para penyelam dari Taman-Taman Sabah bersama Jabatan Perikanan untuk membuat penilaian awal berhubung tahap kerosakan dan merancang program restorasi kawasan terumbu karang yang rosak.

“Selain membuat  penilaian tahap kerosakan, jika sesuai, proses restorasi awalan juga akan dilaksanakan serta-merta untuk posisikan semula terumbu karang yang rosak dan terbalik agar boleh terus hidup.

“Maklumat awal yang diperolehi, tongkang membawa muatan bahan binaan bagi projek pembinaan ESSCOM Front Operation Base (FOB) di pulau terbabit adalah di bawah syarikat Hartamas Borneo Sdn Bhd,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, berdasarkan rekod di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), projek pembinaan FOB tersebut telah diberikan kelulusan Laporan Cadangan Langkah-Langkah Pengurangan (PMM Report) pada 8 Februari lalu.

Walau bagaimanapun katanya, JPAS akan meneruskan siasatan berhubung perkara terbabit untuk meneliti jika ada pelanggaran dalam syarat kelulusan PMM yang telah dikeluarkan.

Dalam pada itu, beberapa pegawai daripada Pejabat Daerah Semporna bersama agensi-agensi pelaksana juga telah membuat pemeriksaan tapak dan tongkang tersebut telahpun dialihkan daripada kawasan terumbu karang tersebut.

Jafry berkata, kawasan terbabit tidak terletak dalam mana-mana kawasan yang dilindungi sama ada di bawah Taman-Taman Sabah atau Jabatan Hidupan Liar dan ini menyukarkan penguatkuasaan undang-undang.

“Jabatan Perikanan Sabah juga tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menangani kerosakan terumbu karang di luar kawasan yang dilindungi kerana tidak terkandung dalam Akta Perikanan, 1985.

“Walau bagaimanapun, jika terdapat kekurangan daripada segi bidang kuasa dan penguatkuasaan, ia akan ditangani bersama untuk memastikan kita mempunyai peruntukan undang-undang untuk perlindungan dan penguatkuasaan, khususnya mengenai alam sekitar,”katanya.

Beliau turut berkata, kejadian itu dilihat ini serius kerana membabitkan merosakkan terumbu karang yang umumnya mengambil masa ratusan tahun untuk tumbuh dan jarang ditemui selain menjadi habitat pembiakan pelbagai hidupan marin.

“Apatah lagi perairan di sekitar daerah Semporna menjadi salah satu tumpuan selam scuba di kalangan para pelancong dalam mahupun luar negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/kepkas-akan-pastikan-terumbu-karang-rosak-jalani-proses-restorasi/feed/ 0 2003
Terumbu Karang Paradise One Rosak Dilanggar Tongkang https://sabahmedia.com/2021/06/26/terumbu-karang-paradise-one-rosak-dilanggar-tongkang/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/terumbu-karang-paradise-one-rosak-dilanggar-tongkang/#respond Sat, 26 Jun 2021 05:39:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1996
Read Time:1 Minute, 43 Second

HMetro

SEMPORNA: Terumbu karang di lokasi menyelam popular dunia di Pulau Mabul di sini, mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar sebuah tongkang yang mengangkut bahan binaan ke pulau itu semalam.

Kerosakan di tapak menyelam Paradise One itu disedari seorang pengurus resort di pulau terbabit yang terkejut dengan kehadiran tongkang berkenaan.

Difahamkan, pengurus terbabit yang enggan didedahkan namanya menemui kontraktor yang melaksanakan kerja pembinaan di pulau itu dan menjelaskan bahawa tongkang itu terlalu besar dan tidak boleh rapat ke Pulau Mabul.

“Saya menjelaskan kepadanya bahawa tongkang itu terlalu besar dan sukar untuk merapat ke pulau walaupun ketika air pasang.

“Jika dipaksa juga ia akan menyebabkan tongkang itu tersekat di terumbu karang dan merosakkannya.

“Saya sangat sedih apabila kontraktor itu tidak mempedulikan nasihat atau amaran yang diberikan. Kerosakannya sangat menyedihkan untuk dilihat,” katanya.

Menurutnya, kontraktor terbabit sepatutnya menggunakan tongkang lebih kecil untuk membawa bahan binaan ke pulau itu bagi mengelak kerosakan terhadap terumbu karang.

Tapak menyelam popular dunia itu menjadi tumpuan ramai penyelam antarabangsa dan ia adalah habitat kepada spesies terumbu karang yang jarang ditemui, kebanyakannya dikenal pasti menerusi Projek Pemetaan Terumbu Keras Berprestij Semporna-Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Kawasan terumbu karang itu juga terkenal sebagai tapak selaman malam selain menjadi lokasi latihan untuk kursus menyelam eko Reef Check Malaysia.

Sementara itu, pengasas kumpulan konservasi tempatan Green Semporna, Adzmin Fatta berkata, dia sangat sedih dan terkejut sejurus mendengar mengenai kerosakan terumbu karang di tapak menyelam itu.

“Kita berjaya melaksanakan program konservasi marin bersama komuniti tempatan di Pulau Mabul selama beberapa tahun, tiba-tiba mendengar berita terumbu karang dirosakkan.

“Ramai sukarelawan kami sangat sedih apabila mengetahui kerosakan itu kerana sebelum ini kami melaksanakan banyak aktiviti pembersihan pantai di lokasi itu untuk melindungi terumbu karang yang ada di sana,” katanya.

Pengurus Besar Reef Check Malaysia Julian Hyde berkata, terumbu karang di Paradise One bukan saja menjadi tapak kajian tahunan yang dilaksanakan pihaknya, malah tempat latihan berkaitan terumbu karang.

Menurutnya, terumbu karang mengambil masa bertahun-tahun untuk tumbuh semula dengan baik, terutama dengan adanya tekanan seperti pelunturan karang yang dikesan di perairan Semporna baru-baru ini. – HMetro

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/terumbu-karang-paradise-one-rosak-dilanggar-tongkang/feed/ 0 1996