terus bersatu padu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Mar 2023 13:07:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png terus bersatu padu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rakyat perlu terus bersatu padu untuk maju – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/#respond Tue, 28 Mar 2023 13:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31685
Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat negeri ini khusus umat Islam terus bersatu padu dan mengukuhkan kerjasama dalam menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.

Katanya, dengan perpaduan yang kukuh dan utuh dikalangan rakyat berbilang kaum, kerajaan dapat merancang, membangun dan majukan negeri ini.

“Perpecahan akan merugikan kita. Untuk maju ke hadapan dan dihormati, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama. Gunakan bulan Ramadan ini untuk kukuhkan perpaduan dan persefahaman”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar Tuaran, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sejak menyandang jawatan Ketua Menteri, kesibukan tugas mentadbir negeri menyebabkan beliau mempunyai masa yang terhad bersama rakyat di kawasannya.

“Saya amat senang hati kerana dapat bertemu dengan rakyat di Kampung Sabandar dan berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan ini”, katanya.

Selain menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seramai 77 orang asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal miskin dari kawasan Sabandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-hajiji/feed/ 0 31685
Rakyat diminta terus bersatu padu memacu pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/#respond Sun, 01 Jan 2023 08:28:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27242
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diminta untuk terus bersama-sama berganding bahu, bekerjasama dan bersatu padu memacu pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yakin negeri ini akan terus menikmati keamanan, kejayaan dan kemakmuran jika semua rakyat terus bersatu padu.

“Negeri Sabah kini berada di landasan yang tepat untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi dan merancakkan pembangunan melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0, 2021-2025.

“Pelaksanaan pelan pembangunan yang komprehensif dan holistik ini telah menampakkan impak positif. Antaranya, termasuklah nilai pelaburan asing dan
domestik yang semakin bertambah, perkembangan positif sektor pelancongan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan di semua sektor.

“Melalui tadbir urus kewangan negeri yang baik pula, hasil negeri juga terus meningkat
dan telah mencapai angka RM6.6 bilion pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang Dipertua Negeri
Sabah Ke-10, Tun Juhar Mahiruddin untuk penggal keempat di Istana Seri Kinabalu di
sini, hari ini.

Hajiji berkata walaupun Hala Tuju SMJ berpaksikan kepada tiga teras utama, namun
sektor-sektor lain turut diberi perhatian.
Ini dapat dilihat katanya melalui Belanjawan Negeri Tahun 2023 yang berjumlah RM5.138 bilion, di mana hampir kesemua kementerian dan jabatan mendapat peningkatan peruntukan.

“Ini meliputi semua sektor, daripada sektor ekonomi, sosial, perindustrian, pertanian,
pelancongan, infrastruktur, modal insan hinggalah kepada pembangunan wanita, belia
dan sukan.

“Hala Tuju SMJ telah meletakkan semua kementerian dan agensi kerajaan, syarikat
berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan rakyat keseluruhannya bergerak sebagai satu
pasukan untuk memastikan semua inisiatif menghala ke satu tujuan untuk bersama-
sama membangunkan negeri ini.

“Justeru, saya mengajak seluruh lapisan rakyat di negeri ini untuk terus bersatu padu
memacu pembangunan negeri ini. Saya yakin Sabah akan terus menikmati keamanan,
kejayaan dan kemakmuran di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun sebagai simbol
perpaduan seluruh pemimpin dan rakyat jelata yang berbilang kaum, agama dan
budaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/01/rakyat-diminta-terus-bersatu-padu-memacu-pembangunan-sabah/feed/ 0 27242