Terus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Apr 2024 05:18:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Terus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah Mesra SMJ terus dilaksana selagi Kerajaan GRS memerintah – Dr Joachim https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/#respond Sat, 13 Apr 2024 05:18:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52504
Read Time:2 Minute, 5 Second

RANAU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat miskin termasuk membina Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk rakyat yang memerlukan.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, selagi Kerajaan Negeri GRS memerintah, program Rumah Mesra SMJ ini akan diteruskan demi membantu rakyat yang memerlukan.

“Setiap DUN akan diperuntukkan 20 buah Rumah Mesra SMJ dan rumah yang telah siap ini merupakan rumah yang dibina sejak 2022 lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra SMJ di Kampung Merungin 2, kelmarin (12 April).

Turut hadir, Pegawai Daerah Ranau, Tinus Saiman, Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kundasang, Dounis Sani, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gompoyo; dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Dr. Joachim berkata, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra SMJ akan disenaraihitamkan (blacklisted).

“Kerajaan tidak mahu rumah-rumah ini lewat disiapkan. Terdapat kontraktor yang melengah-lengahkannya, maka mereka itulah yang akan disenaraihitamkan.

“Kita akan melihat punca kelewatan pembinaan rumah sama ada kerana cuaca atau jarak lokasi jauh dan mereka (kontraktor) juga akan diberikan elaun khas,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Dr. Joachim turut berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih Ranau sebagai hos kepada pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri bagi tahun 2024.

Pelancaran Pesta Kaamatan di Ranau akan diadakan pada 1 Mei 2024.

Beliau berkata, jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau sebagai Pengerusi mengadakan mesyuarat setiap minggu sebagai persediaan pelancaran pesta tersebut.

Selain itu, semua agensi-agensi kerajaan dan persatuan etnik seperti Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) dan beberapa lagi persatuan etnik di Ranau dilibatkan secara langsung dalam pelancaran Pesta Kaamatan ini.

“Pelancaran Pesta Kaamatan akan diadakan di Dewan Masyarakat Ranau manakala bagi aktiviti lain seperti sukan rakyat akan diadakan di tapak tamu pekan Ranau.

“Sepatutnya, pelancaran diadakan secara besar-besaran dan kita bersedia menggunakan lapangan terbang lama tetapi, setelah berbincang dan berdasarkan keadaan kini di mana semua harga barang meningkat dan rakyat mengadu kos sara hidup turut meningkat, maka kita telah mengambil pendekatan sederhana.

“Sebagai mewakili Pengerusi Pelaksana dan semua wakil rakyat daerah Ranau saya menjemput seluruh rakyat di Sabah untuk hadir menyaksikan pelancaran Pesta Kaamatan yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya.

Selepas majlis penyerahan kunci Rumah SMJ itu, Dr. Joachim turut mengunjungi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun serta beberapa lagi rumah dalam DUN Kundasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/rumah-mesra-smj-terus-dilaksana-selagi-kerajaan-grs-memerintah-dr-joachim/feed/ 0 52504
Ahli Parlimen Papar terus pastikan bekalan air sampai kepada penduduk terjejas https://sabahmedia.com/2024/03/17/ahli-parlimen-papar-terus-pastikan-bekalan-air-sampai-kepada-penduduk-terjejas/ https://sabahmedia.com/2024/03/17/ahli-parlimen-papar-terus-pastikan-bekalan-air-sampai-kepada-penduduk-terjejas/#respond Sun, 17 Mar 2024 11:51:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51206
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Gangguan bekalan air di 43 kampung dan taman perumahan membabitkan lebih 100,000 penduduk di kawasan Papar mendapat perhatian serius Ahli Parlimennya Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menambah kapasiti bekalan air 600,000 liter air sehari kepada 1.18 juta liter air sehari ke kawasan-kawasan yang terjejas.

“Kalau sebelum diisytiharkan bencana kemarau itu dalam 600,000 liter air sehari sekarang kapasiti harian yang mampu kita hantar bekalan air sehari hanya 1.18 juta liter sehari jauh daripada keperluan sekurang-kurangnya untuk Parlimen Papar ini kita perlu pada kadar 7 juta liter air sehari.

“Justeru, kita akan berusaha lagi untuk memohon daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pihak-pihak swasta untuk membantu kita dalam aspek lori-lori tangki yang bersesuaian membekalkan bekalan air.

“Namun begitu kita juga mendapat cabaran untuk mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Kogopon iaitu isu kesesakan di sana kerana terlalu banyak kenderaan yang berkumpul untuk mengambil air tersebut, jadi kita mengambil pendekatan bahawa lori-lori yang kecil juga boleh mengambil air dari Jabatan Air Papar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghantar bekalan air di Kampung Kuala dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan kaedah pembenihan awan di kawasan Papar, beliau berkata, ekosistem kawasan Papar tidak sesuai dilakukan pembenihan awan dan adalah lebih baik peruntukan yang ada digunakan untuk menyewa lori-lori air untuk kemudahan penghantaran air ke kawasan terjejas.

“Difahamkan kawasan Papar ekosistem tidak sesuai untuk melakukan pembenihan awan dan kalau mahu buat juga kosnya secara kasar tiga kali percubaan RM1 juta dan akhirnya tidak berhasil, jadi lebih baik peruntukan itu, kita terima di Papar untuk sewa lebih banyak lori swasta untuk memunggah air.

“Hari ini saya akan mempengerusikan sendiri mesyuarat bersama agensi-agensi yang terlibat, untuk mencari peruntukan bukan isu, dalam keadaan bencana begini kita perlu gunakan peruntukan yang ada termasuk Pejabat MP untuk sewaan dan sebagainya untuk membolehkan kita bantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bantuan menghantar bekalan air akan diteruskan hingga Hari Raya Aidilfitri dan hingga masalah bekalan air itu dapat diselesaikan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/17/ahli-parlimen-papar-terus-pastikan-bekalan-air-sampai-kepada-penduduk-terjejas/feed/ 0 51206
KTYS terus perkukuh hubungan baik dengan komuniti setempat https://sabahmedia.com/2024/02/08/ktys-terus-perkukuh-hubungan-baik-dengan-komuniti-setempat/ https://sabahmedia.com/2024/02/08/ktys-terus-perkukuh-hubungan-baik-dengan-komuniti-setempat/#respond Thu, 08 Feb 2024 03:44:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49180
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Pusat Khidmat Komuniti, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dengan kerjasama Ahli Parlimen P173 Putatan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui projek membaiki dan menaik taraf dua buah perhentian bas yang terletak di hadapan Perdana Park, Tanjung Aru dan Pekan Lok Kawi, Kinarut baru-baru ini.

Projek menelan kos RM15,000 itu disumbangkan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Seramai sepuluh orang termasuk pelajar dan kakitangan KTYS dari bidang Kimpalan dan Teknologi Binaan Bangunan menyertai projek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Hj Samin Hj Ongki berkata, kedua-dua projek naik taraf perhentian bas tersebut telah berjaya disiapkan dalam masa tiga hari bermula 5 hingga 7 Februari 2024.

“Objektif aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Komuniti KTYS ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan perhubungan kolej dengan komuniti setempat.

“Selain, pelajar-pelajar KTYS dengan bimbingan tenaga pengajar kolej juga dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam bidang binaan bangunan dan kimpalan.

“Disamping bertujuan mendidik pelajar kolej agar sentiasa prihatin dan menyumbang kepada keperluan komuniti,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Tambah beliau, program berkenaan juga sebagai satu strategi pemasaran kolej, selain membantu kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Sebelum ini, sebanyak empat buah perhentian bas telah dinaik taraf oleh Pusat Khidmat Komuniti KTYS iaitu di Bandaraya Kota Kinabalu, Kuala Penyu dan Pekan Menumbok,” kata Hj Samin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/08/ktys-terus-perkukuh-hubungan-baik-dengan-komuniti-setempat/feed/ 0 49180