Test Kit – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 18 Feb 2022 03:14:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Test Kit – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MDA diarah menilai aduan berkaitan pengunaan kit ujian kendiri COVID-19 https://sabahmedia.com/2022/02/18/mda-diarah-menilai-aduan-berkaitan-pengunaan-kit-ujian-kendiri-covid-19/ https://sabahmedia.com/2022/02/18/mda-diarah-menilai-aduan-berkaitan-pengunaan-kit-ujian-kendiri-covid-19/#respond Fri, 18 Feb 2022 03:14:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12331
Read Time:1 Minute, 57 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarah memanggil semua pembekal kit ujian kendiri COVID-19 dalam negara, bagi menilai aduan yang diterima daripada pengguna, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata ia susulan aduan mengenai penggunaan kit ujian berkenaan yang menunjukkan keputusan COVID-19 meragukan.

“Saya juga meminta agensi (MDA) agar memohon pembekal mendapatkan maklumat jaminan kualiti daripada kilang prinsipal mereka,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, semalam.

Katanya, penilaian juga akan dibuat ke atas kit ujian yang diragui di pasaran, untuk menentukan bahawa tiada kemerosotan dari segi kualiti dari waktu ia diluluskan sehingga sekarang.

“Perkara ini sedang dilaksanakan dan hasil tindakan MDA akan dimaklumkan kepada orang ramai nanti,” kata Khairy.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 27 Okt 2021, terdapat 49 kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh MDA (Rujukan:https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/10/senarai-kit-ujian-covid-19-kendiri-yg-diluluskan-27102021).

Sementara itu, ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Khairy berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan perkara itu.

“KKM dah buat syor dan cadangan, kita dah setuju dengan semua yang dibentang. Saya percaya dan yakin SOP ini sekiranya dipatuhi adalah mencukupi, untuk kita mencegah peningkatan (kes) yang terlalu mendadak,” katanya.

SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani, berkata siasatan terperinci Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 daripada 42 kes kematian yang dikaitkan dengan dos penggalak, adalah tidak berkaitan dengan vaksin COVID-19.

Katanya, sebanyak 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima NPRA, masih lagi dalam siasatan.

Dr Roshayati merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan semalam berdasarkan kenyataan NRPA, yang menunjukkan 42 kematian dilaporkan dikaitkan dengan dos penggalak, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk menerima dos itu.

Beliau menjelaskan setiap kematian berkaitan AEFI akan disiasat secara terperinci oleh pasukan penyiasat, terdiri daripada pakar yang berada di fasiliti yang melaporkan kematian itu.

“Hasil siasatan berkenaan termasuk maklumat klinikal akan dinilai dengan teliti oleh Jawatankuasa Farmakovigilans, yang dianggotai pakar daripada pelbagai bidang yang seterusnya akan menentukan sama ada terdapat sebab-akibat secara langsung dengan kematian dan vaksin yang diterima,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/18/mda-diarah-menilai-aduan-berkaitan-pengunaan-kit-ujian-kendiri-covid-19/feed/ 0 12331
Bung Sumbang Test Kit COVID-19 RTK Kepada Kakitangan KKRS https://sabahmedia.com/2021/09/07/bung-sumbang-test-kit-covid-19-rtk-kepada-kakitangan-kkrs/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/bung-sumbang-test-kit-covid-19-rtk-kepada-kakitangan-kkrs/#respond Tue, 07 Sep 2021 08:40:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5973
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyampaikan sumbangan “Test Kit” COVID-19 RTK kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) bagi memastikan kesihatan kakitangan di kementerian tersebut bebas dari jangkitan virus COVID-19.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, mengambil insiatif dengan pemberian sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kakitangan jabatan terlibat membuat ujian saringan sendiri dari jangkitan virus COVID-19 sebelum mereka memasuki dan memulakan tugas di pejabat.

“ Sumbangan ini untuk memberikan kemudahan kepada kakitangan membuat ujian saringan sendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan mereka sihat dan bebas dari jangkitan virus COVID-19 sebelum mereka hadir dan menjalankan tugas di pejabat” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbang tersebut di pejabat beliau kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury ,Setiausaha Tetap KKRS Mohd Jasmin Juplin dan ketua ketua jabatan dibawah KKRS.

Menurut Bung, melalui ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh kakitangan yang terlibat turut memberikan keyakinan mereka bebas dari jangkitan virus COVID-19 untuk melaksanakan tugas disamping dapat meningkatkan kehadiran kakitangan ke pejabat untuk bertugas semasa pandemik ini.

“ Jika sebelum ini kita menggalakkan kakitangan dalam 30 peratus hadir ke pejabat berkerja secara bergilir-gilir, mungkin selepas melakukan ujian sendiri , jumlah kehadiran kakitangan dapat kita tingkatkan bagi menggalakkan produktiviti tugas-tugas seharian di pejabat ” tambah Bung.

Ketika ditanya mengenai kadar pemberian Vaksin COVID-19 di negeri ini yang masih rendah berbanding di lain-lain negeri , Bung yakin menjelang akhir bulan september ini kadar pemberian vaksinasi di negeri ini akan mencapai lebih dari sasaran 60 peratus.

Katanya, keyakinan ini berdasarkan kesungguhan kerajaan pusat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberikan tumpuan khusus bagi membantu Sabah mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini yang semakin meningkat selain bantuan untuk menambah kemudahan kesihatan di beberapa buah hospital di negeri ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa sidang media ketika lawatannya ke Sabah pada Rabu ,telah mengumumkan penghantaran 2.8 juta dos vaksin pada bulan ini ke Sabah bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar vaksinasi harian.

Selain itu Khairy turut memaklumkan penghantaran peralatan perubatan tambahan ke Sabah antaranya adalah 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak ‘oxygen regulator, lima buah kotak ubat-ubatan COVID-19 dan penghantaran peralatan perubatan tambahan ini dijangka tiba pada 7 September ini.

Bung juga turut bersetuju agar kaedah pemberian vaksin secara ‘mobile outreach program’ diperbanyakkan di negeri ini berdasarkan faktor geografi di mana kebanyakan penduduk khususnya di luar bandar dan pedalaman sukar keluar untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disebabkan faktor perhubungan kawasan yang kurang baik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/bung-sumbang-test-kit-covid-19-rtk-kepada-kakitangan-kkrs/feed/ 0 5973