Tetak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 May 2026 02:22:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tetak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis buru suspek kes tetak dua lelaki di Sembulan Lama https://sabahmedia.com/2026/05/19/polis-buru-suspek-kes-tetak-dua-lelaki-di-sembulan-lama/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/polis-buru-suspek-kes-tetak-dua-lelaki-di-sembulan-lama/#respond Tue, 19 May 2026 02:22:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96928
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki dikenali sebagai “Totong” yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan dua lelaki cedera di Kampung Sembulan Lama, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 8 malam di kawasan jambatan berhampiran Blok C kampung berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan berada di lokasi terbabit untuk membeli minuman sebelum berlaku salah faham dengan suspek.

“Susulan salah faham itu, berlaku pertengkaran sebelum suspek dipercayai pulang ke rumah untuk mengambil senjata tajam dipercayai sabit dan kapak.

“Suspek kemudian kembali semula ke lokasi kejadian lalu menyerang kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kasim berkata, mangsa pertama mengalami kecederaan di bahagian belakang leher dan kaki, manakala mangsa kedua cedera di bahagian leher serta lengan.

Katanya, kedua-dua mangsa mendapatkan rawatan lanjut di hospital berhampiran dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian selain merakam percakapan pengadu dan beberapa saksi bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Menurutnya, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/polis-buru-suspek-kes-tetak-dua-lelaki-di-sembulan-lama/feed/ 0 96928
Warga asing tetak rakan dengan parang ditahan polis https://sabahmedia.com/2025/04/11/warga-asing-tetak-rakan-dengan-parang-ditahan-polis/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/warga-asing-tetak-rakan-dengan-parang-ditahan-polis/#respond Fri, 11 Apr 2025 03:58:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71771
Read Time:54 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAWAU: Seorang lelaki warga asing berumur 30an ditahan polis pada Khamis kerana bertindak menetak rakannya dengan sebilah parang di Jalan Tanah Merah Merotai Besar, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, mangsa seorang lelaki berusia 49 tahun luka di bahagian tangan lengan kanan, belakang dan di badan mangsa ditetak suspek pada 27 Januari lepas ,sekitar jam 11.15 malam.

“Kejadian berlaku apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek mahu berjumpa untuk menyelesaikan satu urusan. Setibanya dilokasi pertemuan, suspek telah menyerang dan menetak mangsa dengan parang yang pada ketika itu sedang mabuk.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang telah mengalami trauma mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat orang awam, sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai berjaya menahan suspek bersama sebilah parang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

“Siasatan juga mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. 

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/warga-asing-tetak-rakan-dengan-parang-ditahan-polis/feed/ 0 71771
Cucu ugut tetak nenek dengan parang, tidak beri wang https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/ https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/#respond Tue, 03 Aug 2021 13:55:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4028
Read Time:58 Second

BEAUFORT: Seorang cucu mengugut hendak menetak neneknya dengan sebilah parang hanya kerana tidak diberi wang dalam satu kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu dekat sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, satu laporan polis dibuat oleh pengadu atau mangsa pada 2 Ogos 2021, jam 12.26 tengah hari, menyatakan cucunya telah mengamuk dengan memegang sebilah parang kerana marah tidak diberikan wang.

Katanya, mangsa berusia 71 tahun yang juga nenek kepada suspek, cucu lelakinya berusia 43 tahun, pernah mengatakan mahu membunuh orang kerana sudah lama tidak membunuh orang selain mengasyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan lanjut mendapati pada 24 Julai 2021, jam 2.00 petang, suspek pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang yang diminta lalu dalam keadaan marah menetak beberapa kali bahagian dinding dan tangga di dalam dapur rumah mangsa menggunakan sebilah parang yang sama digunakannya pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, sepasukan polis dari Balai Polis Kuala Penyu dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kerukan, Kuala Penyu lalu merujuknya ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Beaufort,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/03/cucu-ugut-tetak-nenek-dengan-parang-tidak-beri-wang/feed/ 0 4028