Tetap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Mar 2023 02:31:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tetap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ramadan eratkan silaturrahim walau berlainan agama – Nur Robecca https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/ https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/#respond Thu, 30 Mar 2023 14:13:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31806
Read Time:3 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SHAH ALAM: Menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan bersama masyarakat Muslim yang lain tentunya keadaan itu tidak mudah bagi seorang individu yang baru memeluk agama Islam (mualaf).

Demikian pengalaman yang dikongsikan Nur Robecca Ruth Robert Abdullah, 32, berasal dari Kota Kinabalu yang baru sahaja memeluk agama Islam kerana mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Muslim berasal dari Kuantan, Pahang.

Nur Robecca bertemu jodoh dan diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan seorang penyanyi rap dan komposer lagu, Luca Sickta, 34, pada 3 Mac 2022. Pasangan ini baharu saja dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada 17 Mac lalu, seorang bayi lelaki diberi nama Razeeq.

Menceritakan pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan bersama suami sangat menyeronokkan namun sedikit kecewa kerana dia tidak dapat menunaikan kewajiban yang menjadi salah satu Rukun Islam itu iaitu berpuasa di bulan Ramadan disebabkan dia baru seminggu melahirkan anak.

“Pengalaman pertama kali berpuasa sebagai seorang Muslim adalah tahun lalu, 2022. Ketika itu saya masih berada di Kota Kinabalu, baru berkahwin dan berjauhan dengan suami. Terus terang saya katakan, berpuasa secara suka suka (ikut kawan) dan berpuasa kerana tanggungjawab sangatlah berbeza,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, berpuasa kerana tanggungjawab dan amanah untuk kali pertama terasa mencabar disebabkan baru belajar dan cuba untuk memahami maksud Ramadan. Alhamdullilah, dengan bimbingan dari orang sekeliling terutamanya suami biarpun suami berada di Semenanjung pada ketika itu, dia sangat membantu.

“Tetapi tahun ini, saya dan suami sepatutnya merasakan pengalaman Ramadan pertama kami bersama sebagai suami isteri tapi rezeki mendapat cahaya mata pertama tahun ini, saya sedang berpantang ketika bulan Ramadan,” ujarnya.

Turut berkongsi kegembiraan dengan kehadiran ibubapanya dari Sabah yang datang sambil melawat cucu yan baru dilahirkan.

Sebagai ibu dan bapa Nur Robecca iaitu Ayunah Majabin, 52, dan Robert Sylvester Kuil, 54, mereka juga sangat menyokong dan menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pegangan agama.

Ayunah berkata, menantunya (Luca) menyuruh dia masak dan buat macam biasa tapi dia tidak berbuat begitu kerana menghormati mereka sebagai Muslim yang sedang berpuasa pada siang hari.

“Bagaimanapun, saya kata kebetulan kami beragama Kristian juga berpuasa Paska terutama pada hari Rabu dan Jumaat tidak boleh makan daging, menantu saya terkejut dia kata rupanya agama kami pun ada berpuasa, saya cakap puasa hingga good Friday 7 April ini. Puasa dalam agama kami boleh makan tapi tidak boleh terlalu kenyang.

“Tapi kami sebagai ibubapa sangat menghormati menantu dan anak kami jadi saya dan suami turut puasa dan berbuka jam 7.25 petang waktu berbuka di Shah Alam, Selangor,'” katanya.

Menurutnya, sebenarnya dia juga sudah biasa bergaul dengan masyarakat Muslim kerana anak pertama mereka Rounnah Beb juga berkahwin dengan lelaki Muslim iaitu Che Ahmad Sofian Che Mohd Yusoff dan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Che Sofea Reanna dan Che Shaquille Rizq.

“Saya juga pernah bersama mereka semasa bulan Ramadan jadi kami sudah biasa, tiada masalah bagi kami dan seronok pula sebab menantu lagi suka saya masak dari mereka makan di luar. Hanya bulan Ramadan tahun ini mereka suami isteri (Rounnah dan Che Ahmad) agak sibuk sedikit tidak dapat berbuka puasa bersama dengan kami kerana kekangan tugas sebagai pramugari dan pramugara.

“Manakala menantu saya Luca, sangat humble orangnya dan sebelum buka puasa awal lagi dia tanya “hari ini mummy masak apa?” padahal saya masak simple saja, masakan kampung-kampung Sabahan. Masa berbuka kami sama-sama sekeluarga buka puasa,” katanya.

Ayunah berkata, sebagai rakyat Sabah memang sudah ada sikap Keluarga Perpaduan dengan semangat kasih sayang bersama masyarakat Muslim contohnya bila makan di kedai sebelah Muslim sebelah lagi kedai bukan bukan Muslim. Kita dapat lihat keharmonian hidup masyarakatnya telah wujud di situ.

“Keadaan ini, mereka boleh duduk bersama tetapi bila musim puasa orang kita sangat menghormati kawan-kawan, saudara mara dan keluarga termasuklah saya memang tidak kekok bersama masyarakat Muslim, cuma di sini (semenanjung) berbeza sedikit terutamanya waktu berbuka puasa lewat tidak macam di Sabah, jadi kena sabar tunggu berbuka puasa bersama menantu dan anak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nur Robecca juga ada adik beradik yang masih beragama Kristian iaitu Brandon Ron Robert dan isterinya Suzy Robot. Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Bella Adele dan Bryden Ayden. Manakala seorang adik perempuan yang masih bersekolah di tingkatan enam atas, Rachel Avril.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/30/ramadan-eratkan-silaturrahim-walau-berlainan-agama-nur-robecca/feed/ 0 31806
Sumbangan Khidmat, Bakti dan Pengorbanan Para Pesara Tetap Akan Dikenang – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/#respond Fri, 04 Feb 2022 07:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11878
Read Time:1 Minute, 20 Second

RANAU: Segala sumbangan khidmat, bakti dan pengorbanan para pesara sama ada dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri atau swasta dalam aspek pembangunan masyarakat dan negara tetap akan dikenang selamanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun mereka sudah bersara namun khidmat serta sumbangan mereka terhadap komuniti setempat amat diperlukan dan dihargai.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menerima kunjungan hormat dari lapan orang Jawatankuasa  tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Daerah (5PMD) Ranau di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Jumaat. (4 Feb)

Dalam pertemuan itu, Jonathan menyatakan kepada para ahli persatuan itu agar sentiasa memupuk dan mengekalkan perpaduan serta persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Para pesara juga boleh mempelbagai aktiviti seperti membantu sekolah melaksanakan bimbingan atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang memerlukan disesebuah sekolah”, jelasnya sambil meluluskan RM10 ribu kepada tabung 5PMD untuk menampung kos program atau aktiviti persatuan.

Sementara itu, Pengerusi 5PMD Ranau, Deen Erwan Gunda turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan hormat yang julungkali diadakan itu.

“Kunjungan ini diharap menjadi landasan mengeratkan pepaduan dikalangan ahli persatuan dengan Datuk Jonathan dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau seluruhnya.

“Saya mewakili Jawatankuasa Tertinggi dan para ahli persatuan merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangannya kepada tabung persatuan.

“Sumbangan RM10 ribu  itu amat bermakna kepada persatuan  menjayakankan program terutama untuk kami sumbangkan kepada keluarga ahli yang yang meninggal dunia serta sumbangan kebajikan yang lain seperti warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan,” jelas Deen.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/feed/ 0 11878
Sekiranya tidak membebankan, kerajaan lantik doktor kontrak ke jawatan tetap – Bung https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/#respond Wed, 28 Jul 2021 11:10:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3708
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada kerajaan agar menyerapkan doktor yang dilantik secara kontrak ke jawatan tetap.

“Doktor yang tidak berjawatan tetap memohon untuk diserapkan ke jawatan tetap jika tidak membebankan kerajaan,” kata Bung ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidn Kassim pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga majlis Parlimen ke-14 Sidang dewan rakyat kemarin.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri terdapat keperluan untuk menambah bilangan doktor di negara ini khususnya di Sabah bagi membantu dan merawat pesakit khususnya COVID-19 yang semain meruncing ketika ini.

“Malah kalau pun tidak dapat dilantik secara tetap, doktor kontrak ini, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melantik mereka secara kontrak dalam tempoh yang sesuai contohnya menawarkan kontrak perkhidmatan empat tahun kepada golongan itu, berbanding kontrak dua tahun sahaja bagi membolehkan mereka menjalani ujian kepakaran.

“Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini memandangkan petugas kesihatan termasuk petugas berstatus kontrak terpaksa memikul beban yang berat susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara pada masa ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/sekiranya-tidak-membebankan-kerajaan-lantik-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap-bung/feed/ 0 3708