TH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 29 Sep 2025 07:18:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Balu pesara Felda Lahad Datu terima RM48,000 manfaat TH Khairat https://sabahmedia.com/2025/09/29/balu-pesara-felda-lahad-datu-terima-rm48000-manfaat-th-khairat/ https://sabahmedia.com/2025/09/29/balu-pesara-felda-lahad-datu-terima-rm48000-manfaat-th-khairat/#respond Mon, 29 Sep 2025 07:18:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82203
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan manfaat tuntutan TH Khairat berjumlah RM48,000 kepada keluarga Allahyarham Jamal Samsuri di pejabat TH Negeri Sabah pada Isnin.

Penyerahan disampaikan oleh Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said kepada balu arwah, Setra Quezon.

Setra yang merupakan seorang suri rumah berkata, manfaat itu sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya selepas kehilangan suami yang juga seorang pesara Felda dari Lahad Datu.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana atas kesedaran tinggi dan tanggungjawab arwah suami, dapatlah saya meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak melalui manfaat ini. Terima kasih kepada TH yang amat prihatin dalam melancarkan urusan tuntutan ini,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas majlis penyerahan manfaat TH Khairat itu di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau dan arwah suami pada mulanya hanya mengambil satu sijil takaful berjumlah RM28 sebelum menambah tiga sijil lagi, menjadikan empat sijil keseluruhan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji tahun ini.

Setra berkata, proses tuntutan manfaat perlindungan TH Khairat arwah suaminya dipermudah dan mendapat kelulusan dengan cepat.

“Hanya kurang sebulan selepas menyerahkan borang tuntutan berserta dokumen yang lengkap diperlukan semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat kelulusan dengan cepat oleh pihak Takaful,’ katanya.

Jamal meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru seminggu selepas pulang dari tanah suci dan meninggalkan balu serta tiga anak berusia 29, 22 dan 20 tahun.

Sementara itu, Nurlaila berkata TH sentiasa komited meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk memberi nilai tambah kepada pendeposit menerusi skim perlindungan itu.

“Sememangnya tiada nilai yang dapat dibandingkan dengan kehilangan insan tersayang. Namun, manfaat perlindungan ini adalah tanda kasih dan tanggungjawab seadanya yang ditinggalkan buat keluarga sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Alhamdulillah, hari ini Puan Setra merupakan salah seorang daripada lebih 1,200 waris yang telah menerima manfaat ini sejak ia dilancarkan,” katanya.

Tambah beliau, TH menyeru lebih ramai pendeposit khususnya masyarakat di Sabah untuk mendaftar sijil perlindungan TH Khairat sebagai jaminan buat ahli keluarga dengan bayaran rendah dan mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.

Setakat ini, seramai 77 waris di Sabah telah menerima manfaat berkenaan sejak skim itu diperkenalkan.

Turut hadir pada majlis penyerahan, Pengarah TH Negeri Sabah, Yusdi Nasip; Ketua Pemasaran TH Negeri, Mohd Readzuan Ramlan; Pengurus TH Cawangan Lahad Datu, Imran Setta serta Ketua Wilayah Takaful myCare Centre (TMCC) Malaysia Timur, Amelia Joehari.

Untuk rekod, pelan perlindungan TH Khairat dilancarkan pada 31 Julai 2023 menawarkan perlindungan kematian atau hilang upaya kekal antara RM12,000 hingga RM48,000 dengan bayaran serendah RM28 setahun dan terbuka kepada semua pendeposit TH.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/29/balu-pesara-felda-lahad-datu-terima-rm48000-manfaat-th-khairat/feed/ 0 82203
100 Keluarga Terima Sumbangan Bakul Makanan TH https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/ https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/#respond Thu, 23 Dec 2021 08:36:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10230
Read Time:1 Minute, 2 Second

SIPITANG : Seramai 100 buah keluarga di daearah ini menerima sumbangan Bakul Makanan Tabung Haji (TH) berjumlah RM10,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan itu disalurkan kepada keluarga terdiri daripada golongan asnaf dan B40 di daerah ini.

“TH menyalurkan bantuan berupa Bakul Makanan dengan memperuntukkan kira-kira RM100 kepada setiap 100 buah keluarga yang terlibat.

“Sumbangan ini terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung,gula, biskut, susu krimer manis, sardin, bihun dan mi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan  pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan TH di Masjid Pekan Sipitang disini hari ini.

Hadir sama  Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said serta Ketua-ketua Agensi Agama Islam Sabah.

Ahmad berkata, kerajaan terus prihatin dengn nasib rakyat khususnya golongan asnaf dan B40 di seluruh negara khususnya di kala negara sedang dilanda pelbagai musibah.

“Dengan penyerahan sumbangan Bakul Makanan TH pada hari ini adalah diharapkan dapat meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung semua,”katanya.

Sejak Januari hingga Disember 2021, TH telah menjalankan 17 program zakat yang juga sebahagian daripada inisiatif CSR.

Kesemua program ini dilaksanakan dengan jumlah peruntukan melebihi RM19 juta. Antaranya adalah Program A’fiat, Program Iqra’ TH-IPTA dan Program Mobiliti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/23/100-keluarga-terima-sumbangan-bakul-makanan-th/feed/ 0 10230