Thailand dan Kemboja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Oct 2025 05:45:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Thailand dan Kemboja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anwar, Trump saksikan pemeteraian “Delivering Peace” Thailand–Kemboja https://sabahmedia.com/2025/10/26/anwar-trump-saksikan-pemeteraian-delivering-peace-thailand-kemboja/ https://sabahmedia.com/2025/10/26/anwar-trump-saksikan-pemeteraian-delivering-peace-thailand-kemboja/#respond Sun, 26 Oct 2025 05:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84190
Read Time:51 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR : Thailand dan Kemboja hari ini menandatangani “Delivering Peace – Cambodia–Thailand Peace Deal” menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula pada hari ini.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Turut hadir ke majlis penandatanganan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hadir sama, Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.

Malaysia memegang tampuk kepengerusian ASEAN buat kali kelima tahun ini sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, selepas pernah menjadi tuan rumah pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/26/anwar-trump-saksikan-pemeteraian-delivering-peace-thailand-kemboja/feed/ 0 84190