TIADA DI RUMAH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 02 Jan 2023 03:01:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TIADA DI RUMAH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beradik rentung dalam kebakaran di Gombak – Bomba https://sabahmedia.com/2023/01/02/dua-beradik-rentung-dalam-kebakaran-di-gombak-bomba/ https://sabahmedia.com/2023/01/02/dua-beradik-rentung-dalam-kebakaran-di-gombak-bomba/#respond Mon, 02 Jan 2023 02:32:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27253
Read Time:45 Second

BERNAMA

GOMBAK — Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Jalan Dewan Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata mangsa yang maut adalah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9, dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/02/dua-beradik-rentung-dalam-kebakaran-di-gombak-bomba/feed/ 0 27253