Tiang letrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 May 2025 05:01:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiang letrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di DUN Sindumin  https://sabahmedia.com/2025/05/07/275-tiang-elektrik-akan-dipasang-di-13-kampung-di-dun-sindumin/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/275-tiang-elektrik-akan-dipasang-di-13-kampung-di-dun-sindumin/#respond Wed, 07 May 2025 05:01:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73339
Read Time:1 Minute, 20 Second

Sipitang: Sebanyak 275 tiang elektrik akan dipasang di 13 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin untuk rumah penduduk kampung yang belum mendapat bekalan elektrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia diperolehi dibawah peruntukan dibawah Kerajaan Persekutuan menerusi permohonan yang dibuat dengan kerjasama Sabah Electricity.

“Ini sudah tentu akan memberi manfaat di beberapa rumah penduduk kampung sedia ada yang sebelum ini tiada bekalan elektrik disebabkan tiada tiang elektrik.

“Pihak kontarktor sudah dilantik untuk melakukan pemasangan tiang elektrik di kampung terlibat,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu Sabah Electricity Kawasan Sipitang, semalam.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Madius Tangau. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Ir.Ts Mohd Yaakob Jaafar.

Dalam pada itu, Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad meminta Sabah Electricity menerusi tanggungjawab sosial korporat membantu pemasangan tambahan tiang elektrik untuk beberapa rumah baharu di daerah ini untuk mendapat bekalan elektrik.

Katanya, ketika ini rumah terbabit hanya menggunakan lampu solar dan tidak dapat menggunakan peralatan elektrik lain seperti peti ais.

Mengenai pembukaan Pejabat Baharu Sabah Electricity Kawasan Sipitang, beliau yakin ini akan dapat meningkatkan lagi operasi petugas Sabah Electricity di daerah ini.

Katanya, ini juga akan memudahkan pengguna di daerah berurusan dengan Sabah Electricity termasuk membuat aduan jika berlaku masalah berkaitan bekalan elektrik.

Beliau juga mahu Pegawai dan Staf Sabah Electricity di kawasan itu selalu turun di lapangan khususnya berkaitan penyelenggaran kabel elektrik dan tiang yang masih banyak ditutupi dahan dan pokok.

Menurutnya, pembersihan dahan dan pokok yang menutupi kabel dan tiang elektrik harus selalu dilakukan bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan elektrik.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/275-tiang-elektrik-akan-dipasang-di-13-kampung-di-dun-sindumin/feed/ 0 73339
Lelaki maut selepas kereta terbabas langgar tiang letrik https://sabahmedia.com/2025/04/27/lelaki-maut-selepas-kereta-terbabas-langgar-tiang-letrik/ https://sabahmedia.com/2025/04/27/lelaki-maut-selepas-kereta-terbabas-langgar-tiang-letrik/#respond Sun, 27 Apr 2025 03:40:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72763
Read Time:54 Second

Oleh Florieta Diet

TAWAU: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik sebelum melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Dr Yamamoto, Kampung Jawa, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba II Jemishin Ujin berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik sebelum melanggar tiang elektrik.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang yang pecah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 5.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 5.19 pagi dan operasi melibatkan sepuluh anggota.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.54 pagi selepas memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/27/lelaki-maut-selepas-kereta-terbabas-langgar-tiang-letrik/feed/ 0 72763