Tibi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Feb 2026 06:18:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tibi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KWKKR perkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tibi di Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/#respond Sun, 22 Feb 2026 13:04:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92057
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) Sabah terus memperkukuh pemantauan dan pengurusan situasi tuberkulosis (tibi) di negeri ini bagi memastikan kesihatan awam sentiasa terkawal.

Menterinya, Datuk Julita Majungki, berkata kementerian itu sentiasa memantau perkembangan semasa dan mengambil langkah proaktif dalam menangani penularan penyakit berjangkit berkenaan.

“Kita menyelaras rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi memperkukuh pemantauan serta memastikan akses berterusan kepada perkhidmatan pencegahan, pengesanan dan rawatan kepada rakyat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya kekal bertenang, berwaspada serta segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengamalkan kebersihan pernafasan yang baik dan memastikan pengudaraan mencukupi di kediaman atau tempat kerja sebagai langkah pencegahan.

Sementara itu, Julita turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tandek dan SMK Tandek 2, Kota Marudu pada Sabtu susulan kejadian banjir akibat hujan berterusan.

Katanya, PPS beroperasi dengan baik hasil penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

Beberapa kampung termasuk Kampung Beliajung, Kampung Tandek dan Kampung Marasinsim terjejas, dengan operasi menyelamat dan pemindahan dilaksanakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pihak polis. Keluarga yang terjejas dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Keadaan cuaca dilaporkan semakin stabil dengan paras air menunjukkan trend penurunan dan setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan.

Tambah Julita, kementeriannya akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan bantuan serta sokongan kepada komuniti terjejas disalurkan secara berterusan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/22/kwkkr-perkukuh-pemantauan-dan-pengurusan-situasi-tibi-di-sabah/feed/ 0 92057
Sabah kekal catat kes Tibi tertinggi di Malaysia https://sabahmedia.com/2026/02/21/sabah-kekal-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2026/02/21/sabah-kekal-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/#respond Sat, 21 Feb 2026 08:41:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91986
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Sabah kekal mencatatkan jumlah kes tuberkulosis (Tibi) tertinggi di Malaysia dengan 755 kes, daripada keseluruhan 3,161 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2026).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 596 kes baharu Tibi dikesan di seluruh negara setakat ini.

Negeri-negeri lain yang turut mencatat kes tinggi termasuk Selangor (596 kes), Sarawak (332 kes), Johor (280 kes) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (244 kes).

Selain itu,  beberapa negeri lain lain mencatatkan kes lebih rendah, termasuk Kedah (181 kes); Pulau Pinang (172 kes), Perak (154 kes), Kelantan (121 kes), Pahang (103 kes), Terengganu (74 kes), Negeri Sembilan (62 kes), Melaka (48 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (18 kes).

Pada ME 5/2026, Sabah mencatatkan jumlah kes Tibi sebanyak  614 kes, daripada keseluruhan 2,571 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Justeru KKM menyarankan orang ramai untuk terus mengamalkan langkah kesihatan kendiri secara konsisten, termasuk dari segi kesihatan pernafasan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kenyataan itu lagi, Tibi merupakan penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh merebak apabila seseorang yang menghidap Tibi paru-paru aktif batuk, bercakap atau bersin.

Walau bagaimanapun, Tibi lazimnya tidak merebak dengan cepat seperti influenza atau COVID-19 dan biasanya memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang.

“Risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, khususnya jika terdapat individu dengan Tibi aktif yang belum menjalani rawatan.

“Namun, risiko sebenar bergantung kepada beberapa faktor termasuk tempoh pendedahan, keadaan pengudaraan dan tahap kesihatan individu terlibat.

“Perlu ditegaskan bahawa Ramadan bukanlah punca kepada penularan Tibi. Walau bagaimanapun, peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul selain memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup.

Selain itu, orang ramai juga perlu memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat yang sesak

“Mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/21/sabah-kekal-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/feed/ 0 91986
Sabah catat kes Tibi tertinggi di Malaysia https://sabahmedia.com/2026/02/15/sabah-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2026/02/15/sabah-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/#respond Sun, 15 Feb 2026 11:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91730
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan jumlah kes tuberkulosis (Tibi) tertinggi di Malaysia dengan 614 kes, daripada keseluruhan 2,571 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini (ME 5/2026).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 503 kes baharu Tibi dikesan di seluruh negara setakat ini. 

Negeri-negeri lain yang turut mencatat kes tinggi termasuk Selangor (476 kes), Sarawak (257 kes), Johor (233 kes) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (202 kes).

Selain itu,  beberapa negeri lain lain mencatatkan kes lebih rendah, termasuk Pulau Pinang (148 kes), Kedah (144 kes), Perak (127 kes), Kelantan (96 kes), Pahang (81 kes), Terengganu (60 kes), Negeri Sembilan (58 kes), Melaka (42 kes), Perlis (17 kes) dan Labuan (16 kes).

KKM menasihatkan orang ramai lebih peka menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memakai pelitup muka di kawasan sesak, serta segera menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat bagi individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau susut berat badan.

“Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri malah tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit,” menurut kenyataan KKM.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/15/sabah-catat-kes-tibi-tertinggi-di-malaysia/feed/ 0 91730