Tidak Lama Lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Oct 2023 11:32:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tidak Lama Lagi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sekretariat Daerah Kecil Kiulu akan dibina tidak lama lagi https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/ https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/#respond Tue, 10 Oct 2023 10:46:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43431
Read Time:1 Minute, 18 Second

KIULU: Pembinaan Sekretariat Daerah Kecil Kiulu yang menelan kos RM5 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak segera untuk mengangkat Kiulu menjadi sebuah daerah kecil dalam tempoh tiga bulan selepas berupaya memastikan pembinaan sekretariat itu.

“Kami akan membangunkan Kiulu sebagai pusat pelancongan kerana ia mempunyai antara pengendali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri ini, yang mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai telah bekerja keras untuk menjadikan Kiulu sebagai hab pelancongan CoBT,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kiulu di Dewan Masyarakat di sini, hari ini.

Hajiji yang merupakan presiden Gagasan Rakyat juga menggesa ahli parti supaya berwaspada budaya fitnah yang berleluasa dalam media sosial.

“Saya mahu semua ahli kita memperbetulkan semua tuduhan palsu yang tersebar di media sosial ini
oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan telah mencapai banyak kejayaan namun ramai yang mahu memfitnah dan menafikannya. Kita tidak boleh membiarkan orang ramai terganggu dengan tindakan mereka ini,
pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Pengerusi GRS itu berkata adalah penting bagi Gagasan Rakyat untuk bekerjasama dengan rakan parti menggagalkan percubaan untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Hajiji juga memberi jaminan dia akan berjuang untuk semua parti di Kiulu.
Bagaimanapun, sebagai Ketua Menteri, beliau berkata beliau akan berjuang untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Hadir sama, ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Bahagian, Gagasan Rakyat Kiulu, Janih Bangud dan pemimpin parti komponen, termasuk Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu dan Naib Presiden UPKO, Fairuz Bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/10/sekretariat-daerah-kecil-kiulu-akan-dibina-tidak-lama-lagi/feed/ 0 43431
Tuntutan Lima Dekad Sabah Akan Dibayar Tidak Lama Lagi – Maximus https://sabahmedia.com/2022/02/17/tuntutan-lima-dekad-sabah-akan-dibayar-tidak-lama-lagi-maximus/ https://sabahmedia.com/2022/02/17/tuntutan-lima-dekad-sabah-akan-dibayar-tidak-lama-lagi-maximus/#respond Thu, 17 Feb 2022 02:01:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12290
Read Time:1 Minute, 28 Second

KUALA LUMPUR: Perjuangan lima dekad menuntut semakan kewangan dan geran tahunan untuk negeri Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan “ramah dan wajar” antara negeri itu dan Kementerian Kewangan Persekutuan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kedua-dua kementerian kewangan Persekutuan dan Negeri telah memberi taklimat kepada Kabinet masing-masing hari ini mengenai hasil perundingan yang dicapai semasa mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama mengenai semakan kewangan dan geran tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara kementerian kewangan Persekutuan dan Negeri, dan difahamkan kedua-dua pihak telah menyokong kesemua resolusi.

Maximus turut berbangga dengan Kerajaan Sabah atas kesungguhan dan kerja keras dalam memperjuangkan hak negeri dan rakyat, walaupun menunggu selama lima dekad.

“Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam geran tahunan, iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada kerajaan pimpinan Parti Warisan.

“Ini membuktikan keupayaan dan kapasiti Kerajaan Negeri GRS (Gabungan Rakyat Sabah) untuk mempertahankan hak Sabah dan memelihara hubungan baik persekutuan-negeri bagi memastikan kemakmuran bersama untuk rakyat Sabah,” kata Maximus yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.

Maximus yang turut hadir di mesyuarat pada Isnin lalu di Kota Kinabalu bagi pihak Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) mendedahkan formula geran baharu itu akan ditandatangani dan dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada mesyuarat MKMA63 seterusnya, yang dijadualkan awal bulan depan.

Mesyuarat JCC dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di pihak Kerajaan Persekutuan, manakala Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengetuai pasukan Sabah, terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Peguam Negara Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof , penasihat undang-undang dan pegawai kanan kewangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/17/tuntutan-lima-dekad-sabah-akan-dibayar-tidak-lama-lagi-maximus/feed/ 0 12290