Tiga deretan kedai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jun 2025 00:53:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga deretan kedai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga deretan kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/#respond Tue, 10 Jun 2025 00:53:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75309
Read Time:46 Second

BONGAWAN: Tiga deretan bangunan kedai dua tingkat jenis tidak kekal musnah 100 peratus dalam satu kebakaran di Pekan Bongawan dekat sini awal pagi Selasa (10 Jun).

Anggota bomba sedang memadam kebakaran di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Sabah

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.38 pagi.

“Kebakaran melibatkan tiga blok bangunan iaitu bangunan pertama terdiri daripada lapan pintu, bangunan kedua dan ketiga masing-masing empat pintu, terbakar sepenuhnya.

“Beberapa buah kenderaan turut terlibat dalam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 24 anggota dari Balai Bomba Kimanis, Papar dan Beaufort bersama enam jentera dan kenderaan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi menggunakan tiga aliran sumber air dari jentera dan pili bomba.

Operasi terkawal pada jam 7.30 pagi. Tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/tiga-deretan-kedai-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-di-bongawan/feed/ 0 75309