Tiga Individu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Aug 2023 06:20:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga Individu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga individu ditahan termasuk pengurus pusat hiburan https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/ https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/#respond Fri, 04 Aug 2023 06:20:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39498
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Tiga individu ditahan termasuk seorang pengurus pusat hiburan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sebuah pusat hiburan, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton berkata, ketiga-tiga individu tersebut terdiri daripada dua lelaki warga asing berumur 32 dan 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis Methamphetamine dan seorang pengurus pusat hiburan berkenaan di atas kesalahan premis beroperasi melebihi masa yang telah ditetapkan.

Katanya, ketiga- tiga individu yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut pihak polis.

Menurut Sammy, Op Pusat Hiburan dan Op Noda telah dijalankan pada jam 2.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi telah diketuai oleh tiga pegawai kanan dengan kekuatan 11 anggota polis.

“Sebagai rekod, Polis Penampang telah melakukan sebanyak 62 pemeriksaan pusat hiburan (Op Noda) dan 25 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi serta menasihatkan pengusaha premis-premis hiburan di daerah ini supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/04/tiga-individu-ditahan-termasuk-pengurus-pusat-hiburan/feed/ 0 39498
SPRM tahan tiga individu termasuk anggota penguatkuasa https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/ https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/#respond Fri, 14 Jul 2023 09:14:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38233
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguatkuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM12,000.

Sumber berkata, suspek berusia 35 tahun yang bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga lewat 50-an yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warganegara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 6 petang, semalam.

Beliau berkata, warga Indonesia terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari daerah Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, semua suspek akan ditahan selama 24 jam bagi tujuan siasatan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/14/sprm-tahan-tiga-individu-termasuk-anggota-penguatkuasa/feed/ 0 38233
Tiga Individu Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Tidak Bercukai https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/#respond Wed, 25 Aug 2021 10:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5238
Read Time:55 Second

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan tiga individu dalam cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah dalam satu operasi di sini.

Pegawai Pemerintah PPM Labuan, ASP Saidul Maruf Rosli berkata, pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang merupakan pemandu setiap lori yang diperiksa di Pekan Menumbok malam semalam.

“Polis Marin menahan tiga buah lori dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas lori tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati beberapa jenis minuman keras tidak bercukai yang disyaki cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

“Lori tersebut dipercayai bergerak dari Labuan menuju ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan,” katanya.

Kata Saidul, nilai rampasan minuman keras termasuk tiga buah lori dianggarkan melebihi RM663,000 termasuk cukai.

Manakala, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/tiga-individu-ditahan-cuba-seludup-minuman-keras-tidak-bercukai/feed/ 0 5238