Tiga kanak-kanak maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 30 Aug 2026 01:28:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga kanak-kanak maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mangsa ketiga ditemukan rentung, tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/#respond Sun, 30 Aug 2026 01:19:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102482
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang lagi mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran rumah setinggan atas air di Kampung Numbak di sini, ditemukan rentung pagi ini.

Penemuan mangsa ketiga itu menjadikan keseluruhan tiga mangsa maut dalam kejadian berkenaan, membabitkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, maklumat terkini mengesahkan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Asrul Abdullah, 6, Nana Abdullah, 4, dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8.

Kebakaran yang dilaporkan pada kira-kira jam 1.40 pagi itu membabitkan rumah setinggan atas air jenis tidak kekal di Kampung Lok Buta, dengan anggaran awal kira-kira 202 rumah terjejas.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.54 pagi dan berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran pada jam 4.30 pagi.

Operasi pemadaman dan kerja-kerja pemeriksaan lanjut masih dijalankan, manakala jumlah sebenar rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/30/mangsa-ketiga-ditemukan-rentung-tiga-kanak-kanak-maut-dalam-kebakaran/feed/ 0 102482
Tiga kanak-kanak maut, bermain & mandi dalam kolam buatan https://sabahmedia.com/2023/12/07/tiga-kanak-kanak-maut-bermain-mandi-dalam-kolam-buatan/ https://sabahmedia.com/2023/12/07/tiga-kanak-kanak-maut-bermain-mandi-dalam-kolam-buatan/#respond Thu, 07 Dec 2023 13:42:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46211
Read Time:57 Second

KUDAT: Tiga kanak-kanak maut dipercayai lemas ketika sedang bermain dan mandi di kolam buatan dalam satu kejadian di Kampung Perpaduan Ria 1 dekat sini pada petang tadi (7 Dis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pada jam 5. 36 petang tadi Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kudat menerima panggilan kecemasan terdapat tiga orang kanak-kanak dikhuatiri lemas sewaktu mandi di kolam buatan (Pembinaan) di lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, Ketua Balai, BBP Kudat yang juga Komander Operasi PPgB Ishak Jabas melaporkan
ketiga-tiga mangsa terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan telah dibawa keluar dari kolam buatan tersebut oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mangsa telah diberikan bantuan awal (CPR) oleh Pegawai perubatan dan Pasukan Bomba Emergency Medical Rescue Services (EMRS), seterusnya dibawa ke Hospital menggunakan Ambulans (KKM), Jentera Bomba (EMRS) dan Kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Wan Hermi, 11, Mohd Syahzwan, 7, dan Nurul Isah, 11, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.40 malam tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/07/tiga-kanak-kanak-maut-bermain-mandi-dalam-kolam-buatan/feed/ 0 46211