Tiga maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Oct 2024 05:46:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemalangan jalan raya ragut tiga nyawa di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/10/07/tiga-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-perempuan-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/tiga-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-perempuan-di-lahad-datu/#respond Mon, 07 Oct 2024 05:41:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61797
Read Time:1 Minute, 44 Second

LAHAD DATU: Tiga maut termasuk kanak-kanak dan dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kenderaan di Jalan Felda Sahabat 6 Cenderawasih di sini, petang semalam.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan polis kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang pada Ahad (6 Okt) semasa sebuah motosikal jenis SM Sport 110 yang ditunggang oleh seorang lelaki warganegara Indonesia, 55, dari arah Lahad Datu ke Felda Sahabat telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan, 62, bersama tiga orang penumpang yang datang dari arah Felda Sahabat ke Lahad Datu.

Katanya, kenderaan Proton hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Frontier yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Indonesia, 40, bersama lima orang penumpang yang datang dari arah Lahad Datu ke Felda Sahabat.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit dan seorang penumpang kenderaan proton telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan dua orang penumpang kenderaan Proton termasuk seorang kanak-kanak mendapat kecederaan parah dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tungku menggunakan Ambulan Klinik.

“Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan dua mangsa yang maut merupakan isteri dan anak perempuan kepada pemandu kenderaan Proton.

Selain itu, Dzulbaharin berkata, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan 4 roda tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan telah menerima rawatan selanjutnya di Klinik Kesihatan Tungku.

“Sampel darah kedua pemandu dan penunggang telah diambil untuk di hantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk ujian alkohol dan dadah.

“Sehubungan itu, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau menyeru mana-mana individu telah melihat kejadian ini boleh terus menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Dzulbaharin turut menasihatkan kepada semua pemandu agar memandu dengan berhati-hati dan berhemah agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/tiga-maut-termasuk-seorang-kanak-kanak-perempuan-di-lahad-datu/feed/ 0 61797
Tiga pekerja maut, empat cedera parah, jentera traktor dinaiki jatuh gaung https://sabahmedia.com/2024/06/29/tiga-pekerja-maut-empat-cedera-parah-jentera-traktor-dinaiki-jatuh-gaung/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/tiga-pekerja-maut-empat-cedera-parah-jentera-traktor-dinaiki-jatuh-gaung/#respond Sat, 29 Jun 2024 00:45:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56666
Read Time:1 Minute, 0 Second

BELURAN : Tiga pekerja maut manakala empat lagi mengalami cedera parah selepas jentera traktor ladang yang dinaiki terlibat kemalangan terjatuh ke dalam gaung di sebuah ladang kawasan jalan Sapi Nangoh dekat sini awal pagi kelmarin (29 Jun).

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan telah berlaku pada jam 6.00 pagi pada Jumaat di sebuah ladang dalam kawasan jalan Sapi Nangoh Daerah Beluran.

“Kemalangan melibatkan tujuh orang mangsa warganegara asing yang juga pekerja di sebuah ladang di kawasan tersebut.

“Dalam kejadian sebuah jentera jenis farm tractor (traktor ladang) telah hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung, mengakibatkan mangsa seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 28 tahun dan dua perempuan berumur 28 dan 42 tahun warganegara Filipina telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala empat mangsa lain iaitu, tiga perempuan masing-masing berumur 22, 26 dan 45 tahun warganegara Filipina serta seorang lelaki berumur 29 tahun warganegara Indonesia yang juga pemandu jentera mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Hasan, hasil siasatan awal, semasa jentera melalui jalan curam pemandu gagal mengawal jentera mengakibatkan traktor , hilang kawalan dan terus menjunam ke dalam curam.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/tiga-pekerja-maut-empat-cedera-parah-jentera-traktor-dinaiki-jatuh-gaung/feed/ 0 56666
Tiga maut dalam nahas jalan raya di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/#respond Wed, 08 Mar 2023 23:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30550
Read Time:55 Second

LAHAD DATU: Tiga maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bekapit dekat sini malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Amil Sappari, 45, Isang Sappari,39, dan Ellaine Sappari, 4.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.02 malam tadi (8 Mac) mengenai kemalangan di lokasi berkenaan.

Katanya, setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Motosikal Honda Wave, Mitsubishi Triton dan Isuzu Dmax.

“Terdapat lapan orang mangsa yang terlibat namun tiga orang mangsa yang menaiki Motosikal meninggal dunia disahkan oleh pihak pasukan perubatan di lokasi kejadian,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia itu diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan susulan. Manakala lima orang mangsa lagi tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada operasi menyelamat yang dilakukan oleh pasukan Bomba hanya pemeriksaan oleh anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kepada mangsa yang terlibat.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.50 malam setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan di lokasi kejadian tersebut,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/09/tiga-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-lahad-datu/feed/ 0 30550