Tiga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 Feb 2024 10:18:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Arthur jadikan tiga beradik mangsa tragis kematian ibu di Sook sebagai pelajar angkat https://sabahmedia.com/2024/02/12/arthur-jadikan-tiga-beradik-mangsa-tragis-kematian-ibu-di-sook-sebagai-pelajar-angkat/ https://sabahmedia.com/2024/02/12/arthur-jadikan-tiga-beradik-mangsa-tragis-kematian-ibu-di-sook-sebagai-pelajar-angkat/#respond Mon, 12 Feb 2024 09:52:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49388
Read Time:42 Second

KENINGAU : Tiga beradik yang kehilangan ibu mereka selepas tragedi menyayat hati di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Saya akan mengambil tiga beradik ini sebagai pelajar angkat saya. Komitmen saya ialah untuk memastikan tiga beradik ini dapat dijaga dengan baik terutama pendidikan mereka semasa di sekolah.

“Saya juga komited untuk menanggung semua kos keperluan mereka sehingga selesai belajar di sekolah”, tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Arthur berkata bahawa dalam apa juga cabaran yang dihadapi, anak-anak tersebut perlu menghabiskan persekolahan mereka kerana nilai pendidikan akan membantu menjamin hidup dan masa depan mereka.

Terdahulu, Arthur telah melawat dan menyampaikan bantuan kewangan, peralatan keperluan sekolah dan barangan dapur kepada keluarga dan anak-anak mendiang di Kampung Linsuk, Sook.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/12/arthur-jadikan-tiga-beradik-mangsa-tragis-kematian-ibu-di-sook-sebagai-pelajar-angkat/feed/ 0 49388
Tiga penjawat awam direman, guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/ https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/#respond Tue, 23 Jan 2024 06:14:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48386
Read Time:56 Second

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

“Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

“Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan dan direkodkan keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/23/tiga-penjawat-awam-direman-guna-kedudukan-lantik-syarikat-milik-keluarga/feed/ 0 48386
Tiga bulan selesaikan isu kebersihan tandas milik DBKK di kawasan bandaraya – Sabin https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/#respond Sat, 06 Jan 2024 04:28:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47566
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberikan tempoh selama tiga bulan bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam yang terdapat di sekitar ibu negeri.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, tempoh masa tersebut dilihat sangat mencukupi memandangkan timbul sedikit rungutan dalam kalangan peniaga serta warga bandaraya terhadap tandas awam milik DBKK.

Katanya, sejak beberapa hari lalu dalam siri lawatan ke Anjung Senja, Pasar Malam Sinsuran pasar malam Sembulan isu tandas serta permukaan jubin lantai yang licin mendapat maklum balas yang kurang memuaskan.

“Kita akan pastikan dalam tempoh tiga bulan isu kebersihan tandas ini akan dapat diselesaikan sekali gus mencerminkan imej sebenar bandaraya agar menjadi tumpuan pelancong.

“Saya sendiri melihat, memeriksa beberapa tandas awam milik DBKK. Ada ruang untuk ditambah baik agar ia dapat digunakan secara meluas khususnya dalam kalangan warga bandaraya.

“Dalam tempoh tersebut saya akan kerap kali turun memeriksa keadaan tandas ini serta aduan lain bagi memastikan kita dapat ambil tindakan sekali gus diselesaikan secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam lawatan di sekitar kawasan Foh Sang di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang dan Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin.

Sabin berkata, ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) utama yang perlu dicapai oleh DBKK bagi memastikan Bandaraya Kota Kinabalu mesra kepada pengguna serta boleh dilawati oleh semua lapisan masyarakat termasuk pelancong.

“Kita akan memberikan perhatian kepada isu yang dibangkitkan oleh orang ramai dalam siri lawatan beberapa hari lalu. Bukan terhad kepada masalah tandas sahaja malah aduan lain yang ditimbulkan oleh orang ramai.

“Selain itu isu utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang termasuk kelewatan penyiapan projek Cadangan Membina Tempat Letak Kereta Bertingkat di Foh Sang Luyang boleh disiapkan dalam tempoh terdekat,” jelas Sabin.

Menurutnya, projek ini adalah dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang membina bangunan enam-tingkat untuk memasukkan pasar basah dan kering dengan 92 gerai, dengan ruang parkir yang boleh menampung sehingga 320 kereta.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/06/tiga-bulan-selesaikan-isu-kebersihan-tandas-milik-dbkk-di-kawasan-bandaraya-sabin/feed/ 0 47566