Tiga pekerja cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Oct 2023 07:45:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga pekerja cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga pekerja cedera, terjatuh dari perancah besi https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/ https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/#respond Wed, 18 Oct 2023 07:45:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43815
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Tiga pekerja lelaki mengalami kecederaan selepas terjatuh dari perancah besi (scaffolding) semasa melakukan aktiviti penyelenggaraan bangunan di Pusat Perindustrian Sepanggar di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.02 pagi tadi (18 Okt) mengenai tiga orang mangsa terjatuh dari scaffolding semasa melakukan aktiviti penyelenggaraan bangunan.

“Sepasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas bergegas ke lokasi kejadian, namun kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital oleh majikan mangsa dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 11.46 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/18/tiga-pekerja-cedera-terjatuh-dari-perancah-besi/feed/ 0 43815