Tiga remaja tersesat di hutan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 21 Jul 2023 07:39:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga remaja tersesat di hutan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga remaja tersesat di hutan, ditemui selamat https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/ https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/#respond Thu, 20 Jul 2023 08:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38626
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Tiga remaja tersesat di dalam hutan selama lebih dua jam semasa melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Rainforest Discovery Center (RDC) Sandakan pada petang Selasa (18 Julai), ditemui selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan PKPgB Severinus Sainkui berkata, ketiga-tiga remaja berusia 18 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 7 malam melalui satu panggilan kecemasan MERS999.

“Menurut mangsa, mereka mula masuk di Hutan Simpan RDC pada jam 3 petang Selasa, namun sehingga jam 6 petang mereka mula perasan yang mereka telah tersesat dan tidak menemui jalan keluar, mereka terus menghubungi panggilan kecemasan 999 pada jam 7 malam untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan bomba dari BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 28 kilometer dari balai dan telah menemui ketiga-tiga mangsa pada jam 8.13 malam dengan bantuan seorang renger RDC. Mereka ditemui dalam keadaan selamat dalam jarak kira-kira 1 kilometer dari laluan masuk RDC.

“Pada jam 8.42 malam kesemua mangsa berjaya dibawa keluar di pintu masuk RDC,” kata Severinus ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Severinus berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 8.42 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/20/tiga-remaja-tersesat-di-hutan-ditemui-selamat/feed/ 0 38626