Tiga suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 Jul 2024 11:33:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiga suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga suspek diburu berkaitan kes kematian anak pemilik restoran terkenal di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/#respond Fri, 26 Jul 2024 11:33:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58105
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Polis Sandakan sedang giat memburu tiga suspek lelaki untuk membantu siasatan kes kematian seorang anak pemilik restoran terkenal di Sandakan yang mayatnya ditemui di kawasan ladang Kampung Sungai Memanjang semalam.

Tiga suspek yang diburu iaitu Mohd Jasmin Rusman, 24, atau Achok, Mohamad Zulfaizie Hanafie Mohd Firdaus, 24, dan seorang lagi dikenali sebagai Komeng berusia 20-an.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan K Ramasamy berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, telah berkenalan dan berkawan dengan seorang wanita iaitu adik kepada suspek, Mohd Jasmin.

“Berdasarkan maklumat orang hilang, mangsa kali terakhir dilihat bersama suspek Mohd Jasmin sebelum dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 pagi pada Ahad lalu (21 Julai).

“Difahamkan mangsa dengan Mohd Jasmin berjumpa kerana ada perselisihan faham yang mahu mereka bincangkan pada pagi itu,” kata K Ramasamy pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan hari ini.

Susulan daripada itu, K Ramasamy berkata, seorang wanita yang juga bekas isteri suspek Mohd Jasmin telah ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, semalam pihak polis menerima maklumat dari orang awam pada jam 10.50 pagi (25 Julai) berkenaan penemuan sebuah kenderaan terbakar di kawasan ladang tersebut.

“Seterusnya sepasukan polis menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut telah menjumpai satu mayat yang tidak sempurna lebih kurang 16 meter dari kereta tersebut dalam kawasan hutan berhampiran.

“Hasil siasatan dijalankan di lokasi berdasarkan kepada pakaian dan seluar mangsa yang dijumpai ianya merujuk kepada kes orang hilang yang telah disiasat.

“Mangsa dipercayai anak kepada pemilik restoran terkenal di Sandakan dilaporkan hilang sejak empat hari lalu sebelum mayatnya ditemukan pada Khamis,” katanya.

Menurut K Ramasamy, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan dan bedah siasat serta pengecaman mayat akan dijalankan pada hari esok (27 Julai).

“Setakat ini, motif adalah perselisihan faham berkaitan dengan hubungan mangsa dengan adik Mohd Jasmin.

“Pasukan penyiasat forensik masih ditempat kejadian untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dijumpai.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/tiga-suspek-diburu-berkaitan-kes-kematian-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/feed/ 0 58105
1kg syabu anggaran nilai RM1 juta dirampas, tiga suspek ditahan https://sabahmedia.com/2024/01/11/1kg-syabu-anggaran-nilai-rm1-juta-dirampas-tiga-suspek-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/01/11/1kg-syabu-anggaran-nilai-rm1-juta-dirampas-tiga-suspek-ditahan/#respond Thu, 11 Jan 2024 12:11:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47849
Read Time:2 Minute, 17 Second

SEMPORNA: Polis berjaya memberkas tiga suspek bersama 20 bungkusan plastik hitam disyaki dadah jenis Syabu seberat 1kilogram dengan anggaran nilai RM1 juta dalam satu serbuan di Jeti Umum Semporna pada 3 Januari lalu.

Ketiga-tiga suspek ditahan oleh sepasukan polis daripada Balai Polis Pulau Bum Bum dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Semporna (BSJND) pada jam 6.30 pagi ketika pasukan itu sedang menjalankan pemerhatian di Sekitar Jeti Umum pada hari tersebut.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semasa pemerhatian tersebut telah kelihatan tiga lelaki dalam bot kayu datang dari arah laut dan merapat ke tebing bebatuan bersebelahan dengan Jeti Umum, Semporna.

“Seorang daripada lelaki berkenaan telah turun dari bot dan naik ke darat. Dalam beberapa minit kemudian lelaki tersebut kembali semula menuju ke arah bot dengan membawa dua beg bagasi dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berbahaya.

“Pasukan serbuan telah bertindak pantas menyerbu dan menahan dengan menjalankan tangkapan serentak ketiga-tiga suspek lelaki iaitu dua suspek warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 38 tahun.

“Menyedari kehadiran polis kesemua suspek cuba melarikan diri namun berjaya di tahan oleh pasukan serbuan. Ketiga-tiga suspek berserta dua beg bagasi dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, hasil pemeriksaan terhadap dua beg bagasi berkenaan telah menjumpai 20 bungkusan plastik hitam ketulan mampat bahan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu.

“Setiap beg berkenaan mengandungi 10 bungkusan hitam yang mana anggaran berat kasar untuk setiap satu bungkusan hitam berkenaan adalah 1000 gram.

“Anggaran berat kasar dadah disyaki Syabu yang di rampas adalah lebih kurang 20,227.42 gram yang di anggarkan bernilai RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata, dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan ke negara jiran yang mana dianggarkan jumlah dadah 1 kilogram dadah boleh digunakan seramai 5,000 orang penagih dadah.

“Turut di rampas adalah sebuah bot kayu dan satu unit enjin sangkut jenama Yamaha 15hp.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 4 Januari hingga 11 Januari 2024.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” tegasnya.

Mohd Farhan turut memaklumkan ujian saringan awal keatas ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis Meth, bagi kesalahan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua OKT telah dituduh di Mahkamah Semporna pada 10 Januari 2024 serta tiada ikat jamin ditawarkan.

“Pihak IPD Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di Daerah Semporna.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes diminta untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020 atau kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Adzilee Suili,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/11/1kg-syabu-anggaran-nilai-rm1-juta-dirampas-tiga-suspek-ditahan/feed/ 0 47849
Tiga suspek ditangkap, kes rompakan berkumpulan bersenjata https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/#respond Thu, 18 May 2023 11:21:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34668
Read Time:59 Second

TAWAU: Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat berkaitan kes rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata, pada Rabu lalu (17 Mei) jam lebih kurang 4.00 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kes samun di daerah itu.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona milik suspek yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, ketiga-tiga suspek lingkungan umur 38 hingga 42 tahun berkenaan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Manakala ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati positif dadah jenis metamfetamin.

“Suspek direman tujuh hari bermula 19 hingga 25 Mei 2023 dan Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

“Siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/tiga-suspek-ditangkap-kes-rompakan-berkumpulan-bersenjata/feed/ 0 34668