Tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Apr 2022 12:37:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan Digesa Teliti Harga Tiket Penerbangan Yang Tinggi https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/#respond Wed, 13 Apr 2022 12:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14216
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tambang penerbangan yang tinggi telah meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari sini atau sebaliknya.

Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tambang penerbangan domestik.

“Sama ada untuk bekerja atau beriadah, tambang penerbangan yang tinggi telah memberi cabaran kepada individu dan keluarga.

“Ini juga tidak sesuai dengan aspirasi untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Sabah memandangkan sempadan negara telah dibuka semula pada 1 April,” katanya.

Menurut Hajiji, Kabinet Negeri telah membincangkan perkara itu semasa mesyuarat mingguannya di sini hari ini dan melihat kenaikan tambang penerbangan yang keterlaluan.

Beliau berkata, laporan kenaikan harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah baru-baru ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri telah menimbulkan kebimbangan dan Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan meneliti perkara itu.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan melihat perkara itu segera dan mengurangkan harga tiket yang dilaporkan melonjak kepada sekitar 566 peratus berbanding tambang penerbangan bukan musim perayaan untuk laluan yang sama.

“Ramai rakyat Sabah sama ada belajar atau bekerja di semenanjung dan kebanyakan mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Tetapi dengan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi, ramai yang tidak dapat pulang ke tanah air semata-mata kerana tidak mampu. Ia membebankan rakyat, justeru, kami di Kabinet Negeri merasakan pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak,” tegasnya.

“Terdapat juga laporan bahawa harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah lebih mahal daripada beberapa destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/feed/ 0 14216
Jangan Naik Harga Tiket Penerbangan Tanpa Pertimbangan – David https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/#respond Tue, 12 Apr 2022 08:04:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14181
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta syarikat penerbangan untuk tidak menaikkan harga tiket penerbangan domestik sesuka hati, terutama pada musim perayaan, sekaligus menjadi beban kepada anak perantauan yang ingin kembali pulang bertemu keluarga dan berhari raya.

“Anak perantau sudah berpeluang pulang ke sisi keluarga, bertemu saudara mara untuk sama-sama berpuasa dan pulang beraya, namun kecewa kerana ramai yang berduka dan tidak mampu kerana kos tiket penerbangan yang terlampau mahal.

“Dari Kuala Lumpur atau Penang, ingin pulang ke Borneo, fikir banyak kali sebab mereka tidak mampu, harga tiket penerbangan yang begitu melampau, keadaan ini menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut David, peralihan fasa endemik setelah sekian lama bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah berita gembira untuk semua rakyat kita, terutama mereka yang sudah lama tidak berjumpa keluarga.

“COVID-19 kini beransur membaik, ekonomi kita juga sedang mula ‘sembuh’ dan pulih, bagaimana pula perkara sebegini (peningkatan harga tiket penerbangan) boleh berlaku secara keterlaluan, tanpa memikirkan kesan kepada pengguna, kepada anak-anak kita yang bekerja atau belajar jauh.

“Kebanyakan daripada kita tidak mampu kerana kita bukan orang senang, bayangkan jika kos penerbangan yang keterlaluan ini, menjadi sebab, sekali lagi anak-anak kita yang jauh ini terpaksa bersendirian di perantauan berhari raya, sedih, saya sungguh tidak dapat bayangkan sebab saya sendiri merasakan isu ini adalah isu yang tidak wajar untuk berlaku,” katanya.

Jelas David, kos tiket penerbangan yang meningkat secara mendadak bagi penerbangan domestik adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu diteliti semula oleh pihak berwajib.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan serius, ya kita boleh faham, setelah sekian lama syarikat penerbangan tidak dapat beroperasi dan menjana pendapatan, kini masanya mereka kembali menjana pendapatan, namun adalah tidak wajar jika ia umpama ‘menjerat’ pengguna.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan sangat serius, tolonglah fahami keadaan dan keperluan serta keperitan rakyat di bawah, yang sekian lama bertahan berjauhan dari keluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David turut menyeru syarikat penerbangan untuk tidak bersikap mementingkan diri dan rakus.

“Boleh mahu berniaga dan menjana pendapatan, untuk menggantikan semula segala apa yang telah berlaku selama kita bersama COVID-19, namun jangan sampai bersifat zalim, menyiksa pengguna, kita semua untuk penerbangan domestik pastinya bertujuan untuk urusan pekerjaan, belajar dan untuk bertemu keluarga.

“Lainlah jika penerbangan antarabangsa, mau mahal, mahal lah tidak mengapa, sebab melancong ke luar negara adalah kemampuan yang luar biasa untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah kewangan dan ekonomi, dan untuk penerbangan domestik, adalah sangat tidak wajar, tolong peka dan faham keadaan pengguna kita,” ujar David lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/feed/ 0 14181
Tempahan Tiket Penerbangan Ke Kota Kinabalu Meningkat https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/#respond Tue, 23 Nov 2021 07:34:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8759
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan peningkatan tempahan tiket ke Sabah selepas Kerajaan Negeri melonggarkan syarat ujian calitan Covid-19 kepada pengunjung yang lengkap divaksin datang ke negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Kapten Izham Ismail berkata, penjualan tiket bagi penerbangan ke Kota Kinabalu adalah yang tertinggi untuk MAS sepanjang tempoh pameran Matta Fair yang berakhir baru-baru ini.

Perkara itu disampaikan kepada delegasi Sabah yang diketuai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Jafry Ariffin, dalam pertemuan yang diadakan di Akademi MAB di Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin lepas.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman; dan Ketua Pegawai Pemasaran STB Tay Shu Lan.

Izham berkata, Sabah adalah hab penting bagi mereka dan MAS telah meningkatkan penerbangan mingguannya ke Kota Kinabalu daripada 68 kepada 75 penerbangan dari November hingga Disember tahun ini.

Tambah beliau, syarikat penerbangan itu akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan antara Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mulai 1 Disember ini.

Dengan sempadan antarabangsa dijangka dibuka semula tahun depan, MAS juga menyatakan persediaan mereka untuk membawa masuk pelawat antarabangsa ke negara ini dan seterusnya ke Sabah.

Sementara itu, Jafry menyatakan bahawa penjualan tiket penerbangan yang memberansangkan itu merupakan petunjuk bahawa pelancongan semakin pulih dan ramai rakyat Malaysia masih bersemangat untuk melawat Sabah.

“Kementerian kami dan STB sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan MAS untuk mewujudkan semula penerbangan terus domestik dan antarabangsa ke Sabah.

“Kami menyasarkan untuk melihat ketibaan pelawat meningkat selepas sekian lama industri pelancongan terhenti, dan ini tidak akan dicapai tanpa bantuan daripada syarikat penerbangan,” katanya.

Pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Kumpulan MAS adalah sebahagian daripada penglibatan berterusan STB dengan syarikat-syarikat penerbangan.

Pada 19 Nov, perwakilan STB yang diketuai oleh Joniston mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Riad Asmat bagi membincangkan rancangan masa depan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk Sabah.

Perancangan juga sedang dibuat untuk bertemu dengan pengurusan Malindo Air.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/feed/ 0 8759