Tilawah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Feb 2026 05:10:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Tilawah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Doktor pakar bedah mata, guru agama dinobatkan johan qari dan qariah Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/14/doktor-pakar-bedah-mata-guru-agama-dinobatkan-johan-qari-dan-qariah-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/doktor-pakar-bedah-mata-guru-agama-dinobatkan-johan-qari-dan-qariah-sabah/#respond Sat, 14 Feb 2026 05:10:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91641
Read Time:2 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Pakar bedah mata, Dr Muhammad Hazim Sharum,37, dan guru agama Nur Faten Izzati Rablin,34, masing-masing dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah (MTHQNS) 1447H/2026M.

Dr Muhammad yang mewakili daerah Lahad Datu berjaya memperoleh jumlah markah terbanyak iaitu 95 peratus seterusnya menewaskan qari lain pada MTHQNS tahun ini.

Ketika ditemui, beliau menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai satu amanah untuk terus memperbaiki mutu bacaan meskipun berdepan jadual tugas padat sebagai pegawai perubatan pakar.  

“Bacaan Al-Quran perlu dibuat setiap hari. Saya biasanya menggunakan masa selepas solat atau ketika ada kelapangan untuk berlatih mengikut format pertandingan peringkat kebangsaan.

”Dari segi bilangan berapa kali buat itu tiada yang spesifik maknanya apabila ada masa terluang atau kesempatan saya akan buat latihan,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Dr Muhammad yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor turut menekankan kepentingan bertalaqqi dengan guru Al-Quran bagi memperbetulkan bacaan secara terperinci.

“Tempoh latihan sendiri biasanya antara 15 minit hingga dua jam sehari, manakala sesi bertalaqqi boleh mengambil masa lebih lama kerana setiap kesalahan diperbetulkan satu persatu.

“Kadang-kadang masa suntuk, tetapi saya cuba mencari ruang untuk berlatih dan bertemu guru.

“Jika tidak dapat bersemuka, saya menghantar rakaman bacaan melalui WhatsApp untuk mendapatkan teguran dan tunjuk ajar,” katanya.

Beliau dan Nur Faten akan mewakili Sabah  ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Terengganu. 

Menerusi kejayaannya, beliau membawa pulang pakej umrah sumbangan Sawit Kinabalu Sdn Bhd, tab Honor sumbangan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, jam tangan, buku agama, sepersalinan baju dan Al-Quran serta wang tunai RM10,000.

Kemenangan beliau bukan sahaja mengangkat nama peribadi bahkan mencerminkan profesionalisme golongan barisan hadapan yang turut menonjol dalam bidang rohani.

Sementara itu, Nur Faten ketika ditemui mengakui pencapaian itu merupakan yang kelima bagi mewakili Sabah ke peringkat Kebangsaan. 

Beliau yang juga guru agama di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berkata, latihan bagi menghadapi tilawah itu lebih banyak dilakukan di dalam kereta selain masa yang terluang di sekolah.

“Saya mengajar di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah sekarang. Saya mengajar subjek Al-Quran. Jadi, di situ juga saya berkongsi dan saya pun belajar sambil berkongsi dengan anak-anak murid.

“Saya juga jurulatih untuk tilawah Al-Quran di sekolah saya. Jadi, itulah juga bila kita mengajar anak-anak ini, dalam masa yang sama saya pun berlatih juga.,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/doktor-pakar-bedah-mata-guru-agama-dinobatkan-johan-qari-dan-qariah-sabah/feed/ 0 91641
Hayati al-Quran sebagai asas pembinaan  umat progresif, sejahtera  https://sabahmedia.com/2026/02/14/hayati-al-quran-sebagai-asas-pembinaan-umat-progresif-sejahtera/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/hayati-al-quran-sebagai-asas-pembinaan-umat-progresif-sejahtera/#respond Fri, 13 Feb 2026 18:00:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91616
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini perlu sentiasa menghayati dan memartabatkan al-Quran sebagai asas pembinaan umat yang progresif, makmur dan sejahtera. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran adalah antara pendekatan strategik kerajaan negeri dalam usaha mengajak seluruh umat Islam untuk sentiasa menghayati dan memartabatkan al-Quran. 

Katanya, penganjuran berterusan majlis keagamaan ini adalah iltizam kerajaan untuk melihat pembangunan spiritual dan fizikal berjalan seiringan bagi memastikan keseimbangan antara urusan duniawi dan ukhrawi bagi seluruh umat Islam. 

“Acara tahunan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri versi kali ini, adalah mukaddimah kepada langkah seterusnya program bercorak mendaulatkan Islam di awal fasa penggal kedua pemerintahan Kerajaan Negeri pada hari ini. 

“Justeru, kelangsungan penganjuran majlis ini, bukanlah sekadar menjayakan tradisi keagamaan tahunan, tetapi ia merupakan komitmen dan kesungguhan di pihak Kerajaan dalam menjulang syiar Islam, agama rasmi negara kita yang tercinta,” katanya.  

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1447H/2026M di Dewan Saadah di Wisma MUIS, di sini pada Jumaat. 

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag. 

Hajiji berkata, majlis ini juga menjadi platform untuk melahirkan golongan Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang bukan sahaja cemerlang dari sudut bacaan dan hafazan, tetapi menjadi contoh teladan kepada masyarakat. 

“Justeru, kerajaan komited memudahcara pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan agama Islam, institusi tahfiz dan program penghayatan Islam sebagai langkah berterusan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan progresif,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menekankan aspek Kelestarian Hijau ke dalam Tiga Teras Pelan Pembangunan SMJ 2.0, iaitu di bawah Teras J, yang merangkumi Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, demi keselamatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat yang berkekalan. 

“Dalam kitab suci al-Quran sendiri menerusi ayat 77 Surah al-Qasas, turut menekankan mengenai larangan berbuat kerosakan di muka bumi. Justeru, kita mengambil iktibar daripadanya dengan menekankan aspek Kelestarian Hijau ke dalam Tiga Teras Pelan Pembangunan SMJ 2.0. 

“Dalam aspek Kelestarian Hijau ini, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM672.05 juta bagi perlindungan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan tindak balas perubahan iklim, dengan komitmen mencapai 30 peratus kawasan perlindungan sepenuhnya (Total Protected Areas) menjelang tahun 2030,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/hayati-al-quran-sebagai-asas-pembinaan-umat-progresif-sejahtera/feed/ 0 91616
Mohd Shafiqin, Siti Ainul Suffiah wakili Beluran ke MTQ Bahagian Sandakan https://sabahmedia.com/2026/01/17/mohd-shafiqin-siti-ainul-suffiah-wakili-beluran-ke-mtq-bahagian-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/01/17/mohd-shafiqin-siti-ainul-suffiah-wakili-beluran-ke-mtq-bahagian-sandakan/#respond Sat, 17 Jan 2026 03:40:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89894
Read Time:40 Second

BELURAN :  Qari Mohd Shafiqin Fadzly dan qariah Siti Ainul Suffiah Fatonah Masran bakal mewakili daerah Beluran ke Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Bahagian 1447H/2026M yang akan berlangsung di Masjid Daerah Sandakan, Sabtu depan.

Kedua-dua peserta ini muncul juara dalam kategori masing-masing pada MTQ Peringkat Daerah Beluran 1447H/2026M yang diadakan di Dewan Serbaguna, Beluran, pada Jumaat.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Luar Bandar, Datuk Samad Jambri, yang diiringi Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Muhamed Suzaile Sulaiman, yang juga Pengerusi Badan Dakwah Daerah, serta Pegawai Tadbir Agama JHEAINS, Faizul Abdul Asik.

Acara turut diimarahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Penaung dan Ketua Guru Pembimbing Akademi Tahsin Quran Negeri Sabah (ATQNS), Razman Asmat, selain persembahan nasyid oleh Kumpulan Tahsiniat, menambahkan suasana keagamaan dan meriahkan majlis.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/17/mohd-shafiqin-siti-ainul-suffiah-wakili-beluran-ke-mtq-bahagian-sandakan/feed/ 0 89894
MTHQNS 2025 dapat sambutan menggalakkan https://sabahmedia.com/2025/02/15/mthqns-2025-dapat-sambutan-menggalakkan/ https://sabahmedia.com/2025/02/15/mthqns-2025-dapat-sambutan-menggalakkan/#respond Sat, 15 Feb 2025 08:15:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68747
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu: Kehadiran orang ramai bagi menyaksikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah (MTHQNS) 2025 mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ini terbukti menerusi kehadiran orang ramai yang datang bermula petang Khamis hingga semalam.

“Malam ini (semalam) juga kita lihat dewan ini dipenuhi dengan pengunjung yang ingin mendengar dan menyaksikan para qari dan qariah menyampaikan bacaan masing-masing.

“Ini menunjukkan bahawa ilmu Al-Quran ini sentiasa mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam khususnya golongan muda.

“Oleh itu saya seru orang ramai untuk datang dan semarakkan MTHQNS ini dengan mengambil manfaat daripada program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran sesi pertama di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agaman Sabah berkata, terdapat pelbagai pameran dan aktiviti menarik di aras bawah Dewan Sa’adah yang boleh dimanfaatkan oleh para pengunjung sepanjang tiga hari majlis itu berlangsung.

“Ketika berada di sini (Wisma MUIS), ambillah peluang mengunjungi para peniaga sebagai sokongan dalam membantu mempromosikan usahawan tempatan selain mengambil ambil peluang untuk menyertai program interaktif Al-Quran anjuran agensi-agensi kerajaan yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa induk majlis berkenaan turut memuji prestasi para peserta tilawah pada malam tersebut yang disifatkan sebagai sangat baik.

“Saya juga amat berpuas hati dengan persembahan kategori remaja malam semalam, Insya-Allah, hasrat kita untuk menubuhkan Akademi Tahsin Al-Quran Negeri Sabah (AHSANS) akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya sedang meneliti potensi peserta yang layak untuk diserapkan ke dalam akademi tersebut dan akan mendedahkan mereka kepada bimbingan tokoh Al-Quran terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Mungkin kita akan membawa mereka ke beberapa negara untuk mendalami ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam,” katanya.

Seramai tiga orang qari dan tiga orang qariah memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam pertama sesi tilawah Al-Quran kategori dewasa yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Negeri Sabah Datuk Norjeli Dais dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Datuk Jumain Abdul Ghani.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/15/mthqns-2025-dapat-sambutan-menggalakkan/feed/ 0 68747
Zunaidi, Dg Saliah wakili PBS ke MTQ negeri https://sabahmedia.com/2025/02/07/zunaidi-dg-saliah-wakili-pbs-ke-mtq-negeri/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/zunaidi-dg-saliah-wakili-pbs-ke-mtq-negeri/#respond Fri, 07 Feb 2025 02:39:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68167
Read Time:1 Minute, 9 Second

Tuaran: Qari, Zunaidi @ Ady Misdaranai dan Qariah, Pangiran Dg Saliah Awang Salleh akan mewakili Pantai Barat Selatan (PBS) ke Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Negeri Sabah pada 14 Februari ini.

Kedua-dua mereka terpilih selepas menjuarai kategori masing-masing semasa Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Pantai Barat Selatan (PBS) di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, di sini baru-baru ini.

Mereka juga akan memberi saingan sengit kepada 10 lagi peserta lain melibatkan enam zon di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Selain itu, hafiz Tahap 2, Aznil Bhatt Taripin dengan markah 90.55 peratus menewaskan Ag Muhammad Qalis Ag Ramlee dan Ammar Baihaqi Saharudin juga layak bertanding di peringkat negeri mulai 13 Februari.

Sementara, beberapa nama lain terkandas akibat markah yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan iaitu johan hafazan tahap 1, Mohammad Aidil Karim (hafiz) dan Fariha Noorakma Murjim (hafizah), johan hafazan tahap 2, Nur farah Ashikin Sabran (hafizah) dan johan hafazan tahap 3, Izzah Natashah Putri Wisnu Putra (hafizah).

Turut tidak layak bertanding di peringkat negeri ialah tiga qari tilawah remaja iaitu Syafiqur Rahman Adha Amiruddin, Muhammad Arif Jamil dan Ahmad Naufal Nahar.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit.

Turut hadir dalam majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Tuaran yang juga Pengerusi Penganjur MTHQ PBS, Alfian Rahim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/zunaidi-dg-saliah-wakili-pbs-ke-mtq-negeri/feed/ 0 68167
Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran buka ruang cungkil bakat baru https://sabahmedia.com/2025/01/28/penganjuran-majlis-tilawah-al-quran-buka-ruang-cungkil-bakat-baru/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/penganjuran-majlis-tilawah-al-quran-buka-ruang-cungkil-bakat-baru/#respond Mon, 27 Jan 2025 23:52:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67589
Read Time:1 Minute, 13 Second

Membakut : Penganjuran majlis tilawah Al-Quran berupaya membuka ruang kepada bakat-bakat baru dalam kalangan qari dan qariah yang berkebolehan dalam pembacaan Al-Quran secara bertajwid, bertaranum, berfasohah dan bersuara merdu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, bakat baru yang dicungkil diharap dapat membawa nama daerah ini ke peringkat negeri, kebangsaan, malah antarabangsa.

“Dalam suasana penuh keberkatan ini, saya ingin menyeru kita semua untuk terus memperkukuh ukhuwah Islamiah. 

“Hindarilah perpecahan dan perselisihan yang hanya melemahkan umat. Sebaliknya, semaikan kasih sayang, keharmonian, dan permuafakatan demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Membakut 1446H/2025M di sini semalam.

Ruslan berkata, kejayaan penganjuran majlis itu juga membuktikan bahawa keamanan dan kemakmuran yang di nikmati kini adalah hasil daripada kepimpinan berwawasan yang mendukung agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Marilah kita bersama-sama memelihara nikmat ini dan terus berusaha menjadi masyarakat yang lebih baik, beriman, dan bertakwa,” katanya.

Terdahulu, Ruslan berkata, majlis itu bukan sekadar acara tahunan, tetapi juga sebuah usaha memperkukuh tradisi keilmuan Al-Quran.

Katanya, Al-Quran bukan sahaja sumber spiritual, tetapi juga panduan intelektual yang mencakupi pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi.

“Dalam konteks hari ini, adalah penting untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam atau ‘ulul albab’ yang mampu mengimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi. 

“Sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Khaldun, ilmu dan penghayatannya adalah asas untuk melahirkan manusia yang berakhlak mulia dan berdaya saing,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/penganjuran-majlis-tilawah-al-quran-buka-ruang-cungkil-bakat-baru/feed/ 0 67589
Sabah harap dapat diberi peluang anjur MTHQA https://sabahmedia.com/2024/10/10/sabah-harap-dapat-diberi-peluang-anjur-mthqa/ https://sabahmedia.com/2024/10/10/sabah-harap-dapat-diberi-peluang-anjur-mthqa/#respond Thu, 10 Oct 2024 03:01:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61950
Read Time:59 Second

Kuala Lumpur : Sabah berharap agar dapat diberi peluang untuk menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) di negeri itu pada masa akan datang.

Exco Agama Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, beberapa perkara termasuk penyelarasan dan pengurusan majlis dapat dipelajari melalui penganjuran yang dilaksanakan di ini negara.

“Alhamdulillah,  kita telah berada di hari atau malam kelima Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Kita daripada beberapa agensi agama Sabah menghadiri majlis berkat ini untuk beberapa perkara.

“Antaranya adalah untuk melihat keadaan penyelarasan atau pengurusan majlis ini selain mencari pengalaman berhubung dengan apa-apa yang perlu dilihat dan dikembangkan untuk dibawa ke negeri Sabah.

“Kita juga berharap satu hari nanti agar majlis tilawah antarabangsa boleh diberi peluang untuk dibawa ke negeri Sabah dan amalan untuk menghadiri majlis seumpama  ini telah lama kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada MTHQA di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, selain penganjuran majlis itu, pihaknya turut berharap agar pameran berkaitan dapat dilaksanakan di negeri itu. 

Majlis itu telah mendapat penyertaan seramai 92 peserta mewakili 71 negara. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/10/sabah-harap-dapat-diberi-peluang-anjur-mthqa/feed/ 0 61950