tilwah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Jan 2026 00:57:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png tilwah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tilawah Al-Quran bentuk sahsiah generasi muda https://sabahmedia.com/2026/01/05/tilawah-al-quran-bentuk-sahsiah-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2026/01/05/tilawah-al-quran-bentuk-sahsiah-generasi-muda/#respond Mon, 05 Jan 2026 00:56:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89222
Read Time:1 Minute, 8 Second

BEAUFORT : Penyertaan aktif kanak-kanak, remaja dan belia dalam Majlis Tilawah Al-Quran membuktikan bahawa warisan al-Quran terus subur dan terpelihara dalam kehidupan masyarakat Islam.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, peserta yang terdiri pelbagai peringkat usia itu merupakan hasil didikan berterusan melalui kelas-kelas mengaji di surau dan masjid kampung.

“Program tilawah seperti ini bermula daripada asas kecil di kampung, iaitu kelas mengaji anak-anak selepas waktu Maghrib yang menjadi tunjang pembentukan sahsiah generasi muda sejak dahulu lagi.

“Daripada surau kecil dan masjid kampung inilah lahirnya anak-anak yang berani membaca al-Quran di hadapan khalayak ramai. Ini adalah warisan yang mesti kita jaga dan teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Weston di sini baru-baru ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keberanian golongan muda tampil menyertai pertandingan itu bukan sahaja membina keyakinan diri, malah mendekatkan mereka dengan al-Quran sebagai panduan hidup.

Katanya, kejayaan sebenar bukan terletak pada kemenangan, tetapi pada usaha berterusan mempelajari dan memuliakan al-Quran, sekali gus melahirkan generasi yang berakhlak mulia, menghormati ibu bapa dan menyayangi kampung halaman.

“Majlis ini turut menjadi bukti kerjasama erat antara guru-guru al-Quran, imam masjid, AJK surau serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada pendidikan agama anak-anak,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/05/tilawah-al-quran-bentuk-sahsiah-generasi-muda/feed/ 0 89222