TIM QRF ATB 2 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 09 Apr 2022 02:31:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png TIM QRF ATB 2 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TIM QRF ATB 2 Gagalkan Aktiviti Penyeludupan Rokok Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/#respond Sat, 09 Apr 2022 02:27:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14076
Read Time:1 Minute, 49 Second

TAWAU: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk 3,420 karton rokok tidak sah (tidak bercukai) menerusi rondaan Op BENTENG BERSAMA di kawasan tanggungjawab ATB 2 Tawau pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan media ATB 2 Tawau hari ini, kejayaan ini adalah hasil tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) yang telah membuat tinjauan dan pengesanan terhadap dua buah van jenis Toyata Hiace berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan di Kampung Sri Aman, Tawau pada 7 April 2022, jam 9.00 malam.

“Tim QRF telah bertindak mendekati dan melaksanakan pemeriksaan awal terhadap kedua-dua buah van tersebut dan mendapati, kenderaan tersebut digunakan bagi tujuan membawa rokok seludup dari Indonesia ke Tawau serta telah ditinggalkan setelah menyedari kehadiran Tim QRF di kawasan tersebut.

“MK ATB 2 percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau.

“Hasil pemeriksaan mendapati nilai rampasan bagi 3,420 karton rokok seludup adalah dianggarkan bernilai RM 410,200.00 manakala dua buah van jenis Toyata Hiace dianggarkan bernilai RM 216,00.00. Nilai keseluruhan rampasan adalah
bernilai RM 626,200.00.

“Kesemua barang rampasan dan kenderaan telah diserahkan kepada IPD Tawau pada jam 7.10 petang untuk siasatan serta tindakan lanjut PDRM,” kata kenyataan itu.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, Tim QRF dan PDRM atas kejayaan tersebut.

“Kerjasama erat di antara perkhidmatan ATM dan PDRM berada ditahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan dan
kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah.

“Kejayaan ini membuktikan sempadan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diawasi ketat sebilang masa oleh pasukan keselamatan sekaligus membuktikan fungsi dan peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan negara,” kata Abdul Karim.

Melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, beliau menjamin keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah berada ditahap terbaik.

Beliau turut menegaskan ATB 2 akan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi yang optimum dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pencerobohan atau penyeludupan serta ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/tim-qrf-atb-2-gagalkan-aktiviti-penyeludupan-rokok-di-sabah/feed/ 0 14076
TIM QRF ATB 2 Gagalkan PATI Menyusup Masuk Ke Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/25/tim-qrf-atb-2-gagalkan-pati-menyusup-masuk-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/tim-qrf-atb-2-gagalkan-pati-menyusup-masuk-ke-sabah/#respond Fri, 25 Mar 2022 01:50:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13462
Read Time:2 Minute, 28 Second

TAWAU: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah berjaya mematahkan cubaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang ingin menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau dekat sini.

Menurut Jurucakap MK ATB 2 dalam kenyataan media semalam, kejayaan ini adalah hasil pengesanan awal sebuah bot laju yang berada dalam keadaan mencurigakan telah dikesan oleh Radar Coastal Surveillance Station (CSS) berhampiran Tawau, yang bergerak dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu 3, Tawau pada 23 Mac 2022, jam 11.23 malam.

Berdasarkan kepada pengesanan tersebut, Pegawai Bertugas Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) berpusat di MK ATB 2 telah menugaskan Tim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melaksanakan rondaan Op BENTENG BERSAMA bagi melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan.

Tiga suspek yang ditahan bersama barang rampasan. – Foto Ihsan MK ATB 2

“Hasil tinjauan Tim QRF telah mendapati, bot laju yang digunakan bagi tujuan pemerdagangan PATI tersebut telah beredar setelah selesai mendaratkan PATI dan memunggah barang-barang milik PATI tersebut ke dalam sebuah lori muatan jenis bonded bewarna putih.

“Tim QRF seterusnya membuat pintasan dan penahanan terhadap lori tersebut ketika lori berkenaan bergerak keluar dari lokasi kejadian berdekatan Stesen minyak Petron di simpang masuk Kampung Batu 3, Jalan Apas, Tawau.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga individu tersebut terdiri daripada tiga lelaki dewasa, dua daripada mereka dipercayai agen daratan merupakan warga tempatan berusia 20 tahun, dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Manakala seorang lagi lelaki dewasa merupakan PATI warganegara Indonesia berusia 44 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,” kata kenyataan itu.

PATI tersebut ditemui bersama barang persendirian yang dibawa dari Pulau Sebatik dipercayai bagi tujuan berniaga.

Hasil pemeriksaan terperinci mendapati lori tersebut telah membawa sebanyak 13 kotak gula merah, lima guni beras pulut hitam dan satu guni pakaian milik PATI tersebut. Kesemua barangan tersebut dimaklumkan untuk dijual di pasaran Tawau.

Dua agen daratan dan seorang PATI beserta kesemua barang rampasan tersebut telah diserahkan kepada IPD Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut pada jam 7.10 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Sementara itu, Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang bertugas di POWB ATB 2, Tim QRF, radar CSS dan PDRM atas kejayaan tersebut. Kerjasama erat di antara perkhidmatan ATM, dan PDRM berada ditahap yang terbaik di dalam usaha menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah.

“Kejayaan ini membuktikan sempadan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diawasi ketat sebilang masa oleh pasukan keselamatan sekaligus membuktikan fungsi dan peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan negara.

“Melalui pelaksanaan Op PASIR dan Op BENTENG BERSAMA di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, beliau menjamin keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah berada ditahap terbaik.

“ATB 2 akan sentiasa meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi yang optimum bagi menangani sebarang cabaran serta ancaman keselamatan dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/tim-qrf-atb-2-gagalkan-pati-menyusup-masuk-ke-sabah/feed/ 0 13462